04/04/2026
TIADA KOMPROMI TERHADAP PEMANDU MABUK
• Memandu di bawah pengaruh alkohol atau dadah adalah satu jenayah serius yang mengancam nyawa. Anda bukan sahaja membahayakan diri sendiri, malah menjadi ancaman kepada semua pengguna jalan raya.
• Memandu dalam keadan mabuk boleh membawa kepada kematian, kecederaan parah, kecacatan kekal dan penderitaan seumur hidup kepada diri sendiri dan pengguna jalan raya yang lain
• Tiada alasan. Tiada pengecualian. Penguatkuasaan akan diambil tanpa kompromi terhadap mana-mana individu yang memandu dalam keadaan mabuk.
• Fikir sebelum memandu. Jika anda minum, jangan memandu.
• Ambil langkah bijak dengan menggunakan e-hailing atau mendapatkan pemandu alternatif.
• Ingat, satu kesilapan boleh menghancurkan masa depan anda dan meragut nyawa orang lain.