09/05/2016
*Kerteh*
Kerteh atau Kertih merupakan sebuah mukim
yang terdapat di daerah Kemaman,
Terengganu, Malaysia.
Terdapat beberapa buah kampung didalam
Mukim Kerteh iaitu Kg Labohan,Kg Tengah,Kg
Telaga Papan,Kg Gelugor,Kg Kuala Opis
(Bandar Baru sekarang),Kg Baru(mula didiami
dalam tahun awal 1970'an melalui pemberian
tanah kepada penduduk dizaman Dato' Sulong
bin Mahmood menjadi wakil rakyat), Kg
Chabang, Kg Pengkalan Ranggon, Kg Bukit
Pahang, Kg Batu Puteh, Kg Darat Kolam, Kg
Mat Ikal, Kg Lama (Ditepi pantai dihadapan
Stesen Minyak ESSO Kerteh, terdapat kubur
penduduk Kg Lama yang berpagar ditepi
jalanraya), Rasau Kerteh dan KETENGAH
JAYA.
Kerteh membangun hasil daripada adanya
'emas hitam' iaitu petroleum yang terdapat di
dasar Laut China Selatan yang menghadap ke
pantai Kerteh.Kerteh menjadi salah satu
kawasan tumpuan penting di daerah Kemaman
kerana kepadatan penduduk dan juga
kemudahan yang lengkap. Kerteh juga sering
dipanggil sebagai "City of Light" di kalangan
pelancong kerana limpahan cahaya dari
Kawasan Perindustian Petroleum Petronas
yang menerangi kawasan Kerteh pada waktu
malam.
Pelbagai bentuk pembangunan telah
dibangunkan di Kerteh . Antaranya ialah
Bandar Seri Kerteh , Lapangan Terbang Kerteh ,
Kawasan Perindustrian Petronas , Pelabuhan
Kerteh , Loji Penapis Minyak Terengganu ,
Rantau Petronas, Sekolah Rantau Petronas ,
Rantau Mall Kerteh , Stadium Mini Kerteh,
Kelab Desa Rantau Petronas, Padang Golf,
dan lain-lain. Rantau Petronas turut
dibangunkan oleh PMINT. Terdapat banyak
pembangunan muncul di Kerteh seiring
dengan pembangunan ECER di seluruh negeri
Terengganu.
*Asal-usul nama**
Dahulu kawasan Kerteh dipenuhi dengan
air. Sememangnya kawasan ini adalah
kawasan paya. Selepas itu, kawasan paya ini
kering dan bertukar menjadi daratan dan
disebut 'kering kerotey' mengikut dialek
Terengganu. Akhirnya
disebut Kerotey, Kretay,
dan sekarang disebut Kerteh.
Kisah seorang lelaki yang mempunyai isteri
bernama Cik Teh. Ketika mereka membuat
huma , Cik Teh terpandang seekor kera lalu
bertanya kepada suaminya. Lalu dijawab '
Kera Teh'. Dialog itu berubah menjadi
'Kerteh'.
Dikampung pada suatu masa banyak dihuni
oleh Kera Puteh, jadi digabungkan dan
dipendekkan menjadi KERTEH
*Sempadan*
Sempadan Mukim Kerteh adalah bermula dari
selepas Sekolah Men Badrul Alam
Shah,Kemasek, sehingga ke persimpangan
selepas Kawasan Perindustian Petroleum
Petronas.
*Penduduk Asal*
Penduduk asal Kerteh adalah dari Kg Telaga
Papan hingga Kg Labohan. Penduduk yang
mendiami kampung lain kebanyakannya dari
pehijrahan ke Kerteh untuk bekerja di Estate
Kerteh yang bermula tinggal di Kuala
Opis.Kebanyakan penduduk Kuala Opis
sekarang telah berpindah ke Kg Baru. Ramai
penduduk Kuala Opis adalah berasal dari
sekitar Kuala Terengganu dan lain-lain negeri
juga.
*Pantai*
Pantai Paloh - disekitar KDRP
Pantai Seberang Penarik - Dikawasan PLKN
Pantai Teluk Air Tawar - sebelahan Pantai
Seberang Penarik
Pantai Ma' Daerah - di Kg Labohan
Pantai C***r Hutan - bersebelahan
Petronas Carigali (Resak OGT)
Selepas kegiatan petroleum dan gas aktif di
Kerteh, bilangan penyu yang mendarat telah
berkuranngan dari tahun ke tahun.
*Sejarah*
Asalnya ramai penduduk Kerteh bekerja
sebagai nelayan, petani, dan pekerja buatan
tangan. Penangkapan ikan hanya dibuat
secara kecil-kecilan dan untuk kegunaan
rumah sahaja. Mereka hanya menggunakan
sampan kolek sahaja ketika menangkap ikan.
Tapak kawasan Loji Penapis Minyak
Terengganu asalnya ialah kawasan kebun
kelapa.
1920-an : Telah wujud industri membuat
belacan , ikan kering dan budu. Bot nelayan
semakin besar dan belayar lebih jauh ke
tengah laut.Dahulu Kerteh adalah pusat
perdagangan kerana menjadi tempat
persinggahan perahu besar
Mulai 1979, pekerja Petronas mula mengukur
tapak bagi pembinaan lapangan terbang baru,
skim perumahan laluan saluran paip gas, dan
stesen kajicuaca .
Antara pekerja Petronas terawal ialah Encik
Wahab bin Abdul Rahman yang duduk di
'rumah putih'. Mereka menjumpai kesan tapak
kaki babi , rusa , beruang , dan harimau ketika
kerja-kerja ukur tanah. Jambatan yang
merentangi sungai tidak ada ketika itu dan
kaedah yang harus digunakan ialah berenang.
1960-an : Rumah-rumah kampung beratap
rumbia atau zink
1970-an : Pantai Laut China Selatan
sepanjang 225 km masih tenang dan kelihatan
penyu mendarat dengan tenang.
1980-an : Perubahan cukup pesat di Kerteh.
Istilah petroringgit, pelantar minyak, minyak
mentah , gas petroleum cair digunakan.
*Sungai*
Sungai Kerteh adalah sungai utama yang
berpunca dari Sungai Mat Ikal, Sungai
Chabang dan Sungai Batu Puteh.
Terdapat longkang besar yang melalui Kg
Labohan untuk saliran bahan sisa kimia dari
Logi Gas (GPP 1,2,3,4)yang keluar ke Sungai Kerteh .
Laluan keluar longkang ini adalah
diselekoh sungai selepas Jambatan Kerteh
bertentangan dengan laluan keluar Sungai
Chabang.
Asal usul Kampung Labuhan, Kerteh ialah
berasal daripada nama pelabuhan. Menurut
orang tua yang lama menetap di situ, Pantai
Ma'Daerah adalah kawasan pelabuhan penting
ketika itu. Pada zaman dahulu kawasan Loji
Penapisan Minyak Terengganu adalah ladang
kelapa terbesar di daerah ini. Antara bukti
pentingnya, ada terdapat satu perkampungan
awal yang dinamakan Kampung Nyior Matir
iaitu berhampiran loji yang ada sekarang ini
yang mana penduduk asalnya dipindahkan ke
Kampung Labuhan kerana kawasan itu adalah
kawasan berhampiran loji. Penanaman kelapa
bermula daripada Kampung Labohan
sehinggalah di kawasan Stesen Janakuasa
Elektrik Paka, merupakan salah sebuah ladang
terbesar di Terengganu ketika itu. Produk
utama ladang tersebut ialah kelapa kering.
Hasil kelapa kering diekspot keluar negara
melalui pelabuhan..