JPKK Kampung Tengah Cukai

  • Home
  • JPKK Kampung Tengah Cukai

JPKK Kampung Tengah Cukai Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Tengah Cukai.

Alhamdulillah, bubur dah siap… perut pun dah kenyang! 😋Program Kacau Bubur Asyura Bersama Komuniti pagi tadi memang padu...
09/08/2025

Alhamdulillah, bubur dah siap… perut pun dah kenyang! 😋

Program Kacau Bubur Asyura Bersama Komuniti pagi tadi memang padu 🔥 – dari kacau, gelak, sampai rasa, semua best!

Terima kasih geng kampung yang turun bantu. Kita kacau bubur, sambil kacau hati masing-masing biar makin rapat 💚

Terima kasih jugok encik Eksan, wakil YB Dato’ Haji Hanafiah bin Mat turut hadir menyantuni kami semua.

🥣 JOM KACAU BUBUR ASYURA!Biar bubur masak lama, ukhwah jangan sampai basi 💚📍 Jemput semua warga Kg. Tengah Cukai, Kg. Ma...
06/08/2025

🥣 JOM KACAU BUBUR ASYURA!
Biar bubur masak lama, ukhwah jangan sampai basi 💚

📍 Jemput semua warga Kg. Tengah Cukai, Kg. Mak Dayang & kawasan sekitar turun padang!
Sambil kacau bubur, boleh kacau borak sekali 😄

📅 9 Ogos 2025 (Sabtu)
🕢 7.30 pagi
📌 Belakang goreng pisang, Balai Raya Kg. Tengah Cukai

🎉 Jangan lupa bawak senyuman, senduk tak payah bawak – kami sediakan!

📢 Jemputan Kuliah Maghrib Perdana(Peristiwa Besar di Bulan Muharram)🎙️ Al-Fadhil Ustaz Faris Radhi bin Mustaffar (Pendak...
17/07/2025

📢 Jemputan Kuliah Maghrib Perdana
(Peristiwa Besar di Bulan Muharram)

🎙️ Al-Fadhil Ustaz Faris Radhi bin Mustaffar (Pendakwah Bebas)
📅 Ahad | 20 Julai 2025
🕢 7.30 Malam
📍 Surau Haji Isa, Kg. Tengah Cukai (Hadapan Tabung Haji Kemaman)

📚 Jom hadir bersama keluarga! Ambil manfaat & keberkatan bulan Muharram ✨

Alhamdulillah, selesai sudah Program Dialog Pelaksanaan Syariah bersama barisan JPKK, imam, bilal dan AJK masjid di Dewa...
10/07/2025

Alhamdulillah, selesai sudah Program Dialog Pelaksanaan Syariah bersama barisan JPKK, imam, bilal dan AJK masjid di Dewan Seri Amar Diraja.

Sesi yang penuh manfaat — perkongsian ilmu, teguran membina dan perbincangan terus dari hati ke hati demi memperkasakan pelaksanaan syariah di peringkat akar umbi.

Moga usaha kecil ini jadi asbab besar untuk perubahan yang diredhai. ✊📿

Lawatan susulan bersama pegawai kejuruteraan MPK dan ahli majlis MPK berkenaan permasalah sistem perparitan longkang di ...
08/07/2025

Lawatan susulan bersama pegawai kejuruteraan MPK dan ahli majlis MPK berkenaan permasalah sistem perparitan longkang di Depan Pasar Chukai dan Jalan Kg. Tengah.

InsyaAllah, tindakan akan diambil dengan segera.

Selain itu, pihak JPKK telah memaklumkan kepada ahli majlis MPK untuk menyelesaikan masalah jalan tiada papan petunjuk arah di Jalan Kg. Tengah yang menyebabkan pengguna kenderaan dari luar lalu menggunakan jalan yang bertentangan.

Kes ini juga ahli majlis MPK akan usulkan kepada jabatan berkaitan.

Ziarah Setiausaha JPKK Kg. Jakar, Ameri Salleh di kediaman beliau. Diuji dengan masalah kesihatan baru-baru ini. Kami do...
26/06/2025

Ziarah Setiausaha JPKK Kg. Jakar, Ameri Salleh di kediaman beliau.

Diuji dengan masalah kesihatan baru-baru ini. Kami doakan semoga sdr. Ameri diberikan kesihatan yang baik. 🤲🏻

Mesyuarat bulanan JPKK Kg. Tengah Cukai kali ke-3 diteruskan. InsyaAllah, beberapa aktiviti bersama komuniti akan dilaks...
24/06/2025

Mesyuarat bulanan JPKK Kg. Tengah Cukai kali ke-3 diteruskan.

InsyaAllah, beberapa aktiviti bersama komuniti akan dilaksanakan tidak lama lagi.

Nantikan ya…

JPKK Kg. Tengah Cukai turut hadir bersama dalam program Bicara Perpaduan   : “Harmoni Dalam Kepelbagaian” sempena Sambut...
20/06/2025

JPKK Kg. Tengah Cukai turut hadir bersama dalam program Bicara Perpaduan : “Harmoni Dalam Kepelbagaian” sempena Sambutan Minggu Perpaduan 2025 Peringkat Negeri Terengganu Darul Iman.

Alhamdulillah, banyak manfaat yang dapat dari perkongsian ahli-ahli panel, Al-Fadhil Ust Syed Mohd Norhisyam bin Tuan Padang Al-Idrus dan YBhg. Dato’ Prof. Dr. Sivamurugan A/L Pandian.

Lawatan bersama Ahli Majlis MPK di beberapa kawasan di bawah JPKK Kg. Tengah Cukai yang perlu diselesaikan.Antaranya, me...
18/06/2025

Lawatan bersama Ahli Majlis MPK di beberapa kawasan di bawah JPKK Kg. Tengah Cukai yang perlu diselesaikan.

Antaranya, menyelenggara sistem perparitan di depan Pasar Chukai dan Jalan Kg. Tengah.

‘Loading Bay’ untuk peniaga-peniaga Pasar Chukai juga telah dibincangkan bagi kemudahan mereka.

Terima kasih Ahli Majlis MPK, Dato’ Zawawi Ahmad dan Encik Ahmad Eksan Razali.

50 bungkus daging Qurban dari ADUN Cukai, YB Dato’ Haji Hanafiah bin Mat buat asnaf komuniti Kg. Tengah Cukai dan Kg. Ma...
07/06/2025

50 bungkus daging Qurban dari ADUN Cukai, YB Dato’ Haji Hanafiah bin Mat buat asnaf komuniti Kg. Tengah Cukai dan Kg. Mak Dayang.

Terima kasih Dato’ YBC di atas sumbangan.

Salam Aidiladha.Semoga semangat pengorbanan Nabi Ibrahim A.S. menjadi inspirasi dalam kehidupan kita.“Ya Allah, kurniaka...
06/06/2025

Salam Aidiladha.

Semoga semangat pengorbanan Nabi Ibrahim A.S. menjadi inspirasi dalam kehidupan kita.

“Ya Allah, kurniakan kami keikhlasan hati dan keberkatan yang berpanjangan.”

Address

Depan Pasar Chukai, Kemaman.

24000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when JPKK Kampung Tengah Cukai posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

  • Want your organization to be the top-listed Government Service?

Share