Hj Munir Mohamad Yusoff

Hj Munir Mohamad Yusoff KUALA NERANG SEJAHTERA,
NIKMAT UNTUK SEMUA.

๐ƒ๐€๐”๐‹๐€๐“ ๐“๐”๐€๐๐Š๐”Merafak sembah setinggi-tinggi ucapan tahniah sempena Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku.S...
01/06/2026

๐ƒ๐€๐”๐‹๐€๐“ ๐“๐”๐€๐๐Š๐”

Merafak sembah setinggi-tinggi ucapan tahniah sempena Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku.

Semoga Allah SWT mengurniakan kesejahteraan, kesihatan yang berpanjangan serta keberkatan kepada Tuanku dalam memayungi rakyat dan negeri dengan penuh kebijaksanaan dan keadilan.

Patik sekalian menjunjung kasih atas segala jasa dan pengorbanan Tuanku demi agama, bangsa dan tanah air.

Dirgahayu Tuanku. Daulat Tuanku.

Sembah takzim daripada,
๐˜๐ ๐ƒ๐š๐ญ๐จโ€™ ๐‡๐š๐ฃ๐ข ๐Œ๐จ๐ก๐š๐ฆ๐š๐ ๐˜๐ฎ๐ฌ๐จ๐Ÿ๐Ÿ @ ๐Œ๐ฎ๐ง๐ข๐ซ ๐๐ข๐ง ๐‡๐š๐ฃ๐ข ๐™๐š๐ค๐š๐ซ๐ข๐š
๐ดโ„Ž๐‘™๐‘– ๐‘€๐‘Ž๐‘—๐‘™๐‘–๐‘  ๐‘€๐‘’๐‘ ๐‘ฆ๐‘ข๐‘Ž๐‘Ÿ๐‘Ž๐‘ก ๐พ๐‘’๐‘Ÿ๐‘Ž๐‘—๐‘Ž๐‘Ž๐‘› ๐‘๐‘’๐‘”๐‘’๐‘Ÿ๐‘– ๐พ๐‘’๐‘‘๐‘Žโ„Ž
๐ด๐ท๐‘ˆ๐‘ ๐พ๐‘ข๐‘Ž๐‘™๐‘Ž ๐‘๐‘’๐‘Ÿ๐‘Ž๐‘›๐‘”

๐™๐ˆ๐€๐‘๐€๐‡ ๐ƒ๐”๐€ ๐๐„๐๐ƒ๐”๐ƒ๐”๐Š ๐”๐™๐”๐‘ ๐ƒ๐€๐ ๐Œ๐€๐๐†๐’๐€ ๐Š๐„๐Œ๐€๐‹๐€๐๐†๐€๐ ๐ƒ๐ˆ ๐ƒ๐”๐ ๐Š๐”๐€๐‹๐€ ๐๐„๐‘๐€๐๐†KUALA NERANG โ€“ Prihatin terhadap kebajikan rakyat, say...
01/06/2026

๐™๐ˆ๐€๐‘๐€๐‡ ๐ƒ๐”๐€ ๐๐„๐๐ƒ๐”๐ƒ๐”๐Š ๐”๐™๐”๐‘ ๐ƒ๐€๐ ๐Œ๐€๐๐†๐’๐€ ๐Š๐„๐Œ๐€๐‹๐€๐๐†๐€๐ ๐ƒ๐ˆ ๐ƒ๐”๐ ๐Š๐”๐€๐‹๐€ ๐๐„๐‘๐€๐๐†

KUALA NERANG โ€“ Prihatin terhadap kebajikan rakyat, saya meluangkan masa menziarahi Encik Aziz Johari yang sedang sakit terlantar di Kampung Ulu Padang Sanai.

Dalam ziarah tersebut, saya berpeluang bertanya khabar serta menyampaikan kata-kata semangat kepada keluarga agar terus tabah menghadapi ujian yang diberikan Allah SWT.

Saya turut bersama Pengerusi MKK menziarahi Encik Abdul Manaf Ibrahim yang mengalami gegaran otak akibat kemalangan jalan raya di hadapan stesen minyak baru-baru ini dan masih menerima rawatan susulan di Kg Tanjung Kiri.

Setiap ujian yang diturunkan Allah pasti mempunyai hikmahnya yang tersendiri.

"Kita doakan agar saudara Aziz dan saudara Abdul Manaf diberikan kesembuhan yang segera. Saya juga menyeru masyarakat supaya sentiasa mengambil berat terhadap jiran dan penduduk sekitar yang sedang diuji dengan kesakitan serta kesusahan."

Saya turut menasihatkan orang ramai agar sentiasa berhati-hati ketika memandu serta mematuhi peraturan jalan raya bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini.

Semoga Allah SWT mengurniakan kesembuhan buat kedua-dua mereka, mengangkat segala kesakitan yang ditanggung dan memberikan kekuatan kepada ahli keluarga yang setia menjaga mereka.

"Sesungguhnya ujian sakit adalah penghapus dosa bagi orang yang sabar dan reda. Semoga Allah mempermudahkan segala urusan mereka."



๐“๐„๐‘๐ˆ๐Œ๐€ ๐Š๐€๐’๐ˆ๐‡ ๐’๐„๐๐€๐ ๐‹๐ˆ๐Š๐„, ๐Š๐Ž๐Œ๐„๐ & ๐’๐‡๐€๐‘๐„.

๐’๐€๐๐“๐”๐๐ˆ ๐Œ๐€๐‰๐‹๐ˆ๐’ ๐–๐€๐‹๐ˆ๐Œ๐€๐“๐”๐‹๐”๐‘๐”๐’ ๐ƒ๐ˆ ๐’๐„๐Š๐ˆ๐“๐€๐‘ ๐ƒ๐”๐ ๐Š๐”๐€๐‹๐€ ๐๐„๐‘๐€๐๐†KUALA NERANG โ€“ Saya bersama isteri menghadiri beberapa majlis wa...
01/06/2026

๐’๐€๐๐“๐”๐๐ˆ ๐Œ๐€๐‰๐‹๐ˆ๐’ ๐–๐€๐‹๐ˆ๐Œ๐€๐“๐”๐‹๐”๐‘๐”๐’ ๐ƒ๐ˆ ๐’๐„๐Š๐ˆ๐“๐€๐‘ ๐ƒ๐”๐ ๐Š๐”๐€๐‹๐€ ๐๐„๐‘๐€๐๐†

KUALA NERANG โ€“ Saya bersama isteri menghadiri beberapa majlis walimatulurus di sekitar DUN Kuala Nerang serta beramah mesra dengan masyarakat setempat.

Saya turut mengucapkan tahniah kepada pasangan pengantin baharu dan mendoakan agar rumah tangga yang dibina sentiasa diberkati Allah SWT.

"Semoga setiap pasangan dikurniakan kebahagiaan, ketenangan dan keberkatan dalam melayari alam rumah tangga."



๐“๐„๐‘๐ˆ๐Œ๐€ ๐Š๐€๐’๐ˆ๐‡ ๐’๐„๐๐€๐ ๐‹๐ˆ๐Š๐„, ๐Š๐Ž๐Œ๐„๐ & ๐’๐‡๐€๐‘๐„.

๐™๐ˆ๐€๐‘๐€๐‡ ๐“๐€๐Š๐™๐ˆ๐€๐‡ ๐Š๐„๐‹๐”๐€๐‘๐†๐€ ๐€๐‹๐‹๐€๐‡๐˜๐€๐‘๐‡๐€๐Œ ๐‘๐€๐Œ๐‹๐ˆ ๐Ž๐“๐‡๐Œ๐€๐ุฅูู†ูŽู‘ุง ู„ูู„ูŽู‘ูฐู‡ู ูˆูŽุฅูู†ูŽู‘ุง ุฅูู„ูŽูŠู’ู‡ู ุฑูŽุงุฌูุนููˆู†ูŽุงู„ู„ู‘ูŽู‡ูู…ู‘ูŽ ุงุบู’ููุฑู’ ู„ูŽู‡ู ูˆูŽุงุฑ...
01/06/2026

๐™๐ˆ๐€๐‘๐€๐‡ ๐“๐€๐Š๐™๐ˆ๐€๐‡ ๐Š๐„๐‹๐”๐€๐‘๐†๐€ ๐€๐‹๐‹๐€๐‡๐˜๐€๐‘๐‡๐€๐Œ ๐‘๐€๐Œ๐‹๐ˆ ๐Ž๐“๐‡๐Œ๐€๐

ุฅูู†ูŽู‘ุง ู„ูู„ูŽู‘ูฐู‡ู ูˆูŽุฅูู†ูŽู‘ุง ุฅูู„ูŽูŠู’ู‡ู ุฑูŽุงุฌูุนููˆู†ูŽ
ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ูู…ู‘ูŽ ุงุบู’ููุฑู’ ู„ูŽู‡ู ูˆูŽุงุฑู’ุญูŽู…ู’ู‡ู ูˆูŽุนูŽุงููู‡ู ูˆูŽุงุนู’ูู ุนูŽู†ู’ู‡ู

PADANG SANAI โ€“ Saya menziarahi keluarga Allahyarham Ramli Othman di Kampung Baru Padang Sanai bagi menyampaikan ucapan takziah serta memimpin bacaan tahlil bersama ahli keluarga dan penduduk setempat.

Dalam kunjungan tersebut, saya meluangkan masa bertemu waris Allahyarham serta mendoakan agar mereka diberikan ketabahan dan kekuatan dalam menghadapi saat-saat sukar akibat kehilangan insan tersayang.

"Saya merakamkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga Allahyarham. Semoga Allah SWT mengampunkan segala dosa Allahyarham, melapangkan kuburnya dan menempatkan dia dalam kalangan hamba-Nya yang beriman. Kepada ahli keluarga, teruslah bersabar dan redha kerana setiap yang hidup pasti akan kembali kepada-Nya."

Setiap berita kematian seharusnya menjadi peringatan kepada seluruh umat Islam bahawa kehidupan di dunia hanyalah sementara, manakala kehidupan akhirat adalah destinasi yang kekal abadi.

Saya turut menasihatkan masyarakat agar sentiasa menghargai keluarga, memperkukuhkan silaturahim dan memperbanyakkan amal soleh sebagai bekalan apabila tiba saat dipanggil menghadap Allah SWT.

"Sesungguhnya daripada Allah kita datang dan kepada-Nya jua kita kembali."

Al-Fatihah.



๐“๐„๐‘๐ˆ๐Œ๐€ ๐Š๐€๐’๐ˆ๐‡ ๐’๐„๐๐€๐ ๐‹๐ˆ๐Š๐„, ๐Š๐Ž๐Œ๐„๐ & ๐’๐‡๐€๐‘๐„.

๐‡๐€๐ƒ๐ˆ๐‘ ๐Ÿ๐Ÿ‘ ๐Œ๐€๐‰๐‹๐ˆ๐’ ๐–๐€๐‹๐ˆ๐Œ๐€๐“๐”๐‹๐”๐‘๐”๐’ ๐’๐„๐Š๐ˆ๐“๐€๐‘ ๐ƒ๐”๐ ๐Š๐”๐€๐‹๐€ ๐๐„๐‘๐€๐๐†KUALA NERANG โ€” Saya meneruskan tradisi mendekati rakyat apabila me...
01/06/2026

๐‡๐€๐ƒ๐ˆ๐‘ ๐Ÿ๐Ÿ‘ ๐Œ๐€๐‰๐‹๐ˆ๐’ ๐–๐€๐‹๐ˆ๐Œ๐€๐“๐”๐‹๐”๐‘๐”๐’ ๐’๐„๐Š๐ˆ๐“๐€๐‘ ๐ƒ๐”๐ ๐Š๐”๐€๐‹๐€ ๐๐„๐‘๐€๐๐†

KUALA NERANG โ€” Saya meneruskan tradisi mendekati rakyat apabila memenuhi jemputan ke 23 majlis walimatulurus di sekitar DUN Kuala Nerang.

Kehadiran saya bukan sahaja bagi meraikan pasangan pengantin dan keluarga masing-masing, malah turut mengambil kesempatan beramah mesra serta bertanya khabar penduduk setempat.

Majlis walimatulurus merupakan platform terbaik untuk mengeratkan silaturahim dan memperkukuhkan hubungan antara pemimpin dengan masyarakat.

"Saya sentiasa percaya bahawa kekuatan sesebuah masyarakat bermula dengan hubungan yang baik sesama manusia. Melalui program seperti ini, kita dapat bertemu, bertanya khabar dan mendengar sendiri pandangan rakyat."

Saya turut menzahirkan penghargaan kepada semua tuan rumah yang sudi menjemput beliau hadir memeriahkan majlis masing-masing.

Dalam kesempatan itu, saya turut menitipkan nasihat kepada pasangan yang baru melangkah ke alam rumah tangga agar sentiasa menjadikan agama sebagai panduan dalam membina keluarga yang bahagia dan diberkati Allah SWT.

"Rumah tangga yang dibina atas dasar iman, kasih sayang dan saling menghormati akan menjadi asas kepada lahirnya generasi yang baik untuk agama, bangsa dan negara."

Saya turut mendoakan agar semua pasangan pengantin yang diraikan dikurniakan kebahagiaan, keberkatan rezeki serta keluarga yang sakinah, mawaddah wa rahmah.

"Semoga seluruh pasangan pengantin dipermudahkan segala urusan, dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah serta kekal bahagia hingga ke syurga."



๐“๐„๐‘๐ˆ๐Œ๐€ ๐Š๐€๐’๐ˆ๐‡ ๐’๐„๐๐€๐ ๐‹๐ˆ๐Š๐„, ๐Š๐Ž๐Œ๐„๐ & ๐’๐‡๐€๐‘๐„.

๐Ÿ“ ๐‹๐„๐Œ๐๐”, ๐Ÿ‘ ๐Š๐„๐‘๐๐€๐” ๐ƒ๐ˆ๐Š๐Ž๐‘๐๐€๐๐Š๐€๐: ๐‹๐„๐๐ˆ๐‡ ๐Ÿ”๐ŸŽ๐ŸŽ๐Š๐† ๐ƒ๐€๐†๐ˆ๐๐† ๐ƒ๐ˆ๐€๐†๐ˆ๐‡๐Š๐€๐ ๐Š๐„๐๐€๐ƒ๐€ ๐๐„๐๐ƒ๐”๐ƒ๐”๐ŠKUALA NERANG โ€“ Sebanyak 5 ekor lembu dan 3 ek...
01/06/2026

๐Ÿ“ ๐‹๐„๐Œ๐๐”, ๐Ÿ‘ ๐Š๐„๐‘๐๐€๐” ๐ƒ๐ˆ๐Š๐Ž๐‘๐๐€๐๐Š๐€๐: ๐‹๐„๐๐ˆ๐‡ ๐Ÿ”๐ŸŽ๐ŸŽ๐Š๐† ๐ƒ๐€๐†๐ˆ๐๐† ๐ƒ๐ˆ๐€๐†๐ˆ๐‡๐Š๐€๐ ๐Š๐„๐๐€๐ƒ๐€ ๐๐„๐๐ƒ๐”๐ƒ๐”๐Š

KUALA NERANG โ€“ Sebanyak 5 ekor lembu dan 3 ekor kerbau telah dikorbankan dalam Program Korban Aidiladha yang berlangsung di Tenang Agro Farm (TAF), dengan lebih 600 kilogram daging berjaya diagihkan kepada penduduk dan golongan yang memerlukan di sekitar kawasan DUN Kuala Nerang.

Saya turut hadir bersama petugas dan sukarelawan merakamkan penghargaan kepada semua peserta korban, penyumbang serta pihak yang terlibat dalam menjayakan program berkenaan.

Aidiladha merupakan medan terbaik untuk menghayati erti pengorbanan, kesyukuran dan keprihatinan terhadap masyarakat yang memerlukan.

"Alhamdulillah, tahun ini kita berjaya melaksanakan ibadah korban melibatkan 5 ekor lembu dan 3 ekor kerbau. Saya berharap agihan daging ini bukan sahaja dapat meringankan beban penerima, malah menjadi asbab mengeratkan silaturahim dan semangat kebersamaan dalam kalangan masyarakat."

Saya turut mengajak masyarakat agar terus menyemai budaya berkongsi rezeki dan membantu golongan yang memerlukan tanpa mengira latar belakang.

"Aidiladha mengajar kita bahawa nilai pengorbanan tidak terhenti pada ibadah korban semata-mata, tetapi diterjemahkan melalui keikhlasan membantu sesama insan. Semoga Allah SWT menerima segala amal ibadah kita dan mengurniakan keberkatan kepada seluruh masyarakat."

Program tersebut berlangsung dalam suasana penuh gotong-royong dengan kerjasama sukarelawan dan penduduk setempat yang berganding bahu menjayakan proses penyembelihan, melapah serta pengagihan daging korban.

Semoga Aidiladha tahun ini membawa keberkatan, memperkukuhkan ukhuwah dan menanam semangat pengorbanan dalam jiwa setiap daripada kita.



๐“๐„๐‘๐ˆ๐Œ๐€ ๐Š๐€๐’๐ˆ๐‡ ๐’๐„๐๐€๐ ๐‹๐ˆ๐Š๐„, ๐Š๐Ž๐Œ๐„๐ & ๐’๐‡๐€๐‘๐„.

๐“๐ˆ๐๐‰๐€๐” ๐๐„๐‘๐’๐ˆ๐€๐๐€๐ ๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐ˆ๐๐€๐ƒ๐€๐‡ ๐Š๐Ž๐‘๐๐€๐ ๐ƒ๐ˆ ๐“๐€๐…KUALA NERANG โ€“ Saya mengadakan tinjauan ke Tenang Agro Farm (TAF) bagi meli...
01/06/2026

๐“๐ˆ๐๐‰๐€๐” ๐๐„๐‘๐’๐ˆ๐€๐๐€๐ ๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐ˆ๐๐€๐ƒ๐€๐‡ ๐Š๐Ž๐‘๐๐€๐ ๐ƒ๐ˆ ๐“๐€๐…

KUALA NERANG โ€“ Saya mengadakan tinjauan ke Tenang Agro Farm (TAF) bagi melihat sendiri persiapan akhir Program Ibadah Korban sempena Aidiladha.

Tinjauan tersebut bertujuan memastikan segala aspek pengurusan, logistik dan penyelarasan petugas berada dalam keadaan siap siaga bagi menjamin kelancaran pelaksanaan program serta pengagihan daging korban kepada penerima yang layak.

Ibadah korban bukan sekadar memenuhi tuntutan syariat, bahkan menjadi medium untuk memupuk nilai pengorbanan, keikhlasan dan semangat kebersamaan dalam masyarakat.

"Aidiladha mengajar kita erti pengorbanan yang sebenar. Saya berharap program korban tahun ini dapat dilaksanakan dengan penuh amanah dan menjadi asbab kebahagiaan kepada mereka yang memerlukan."

Saya turut menzahirkan penghargaan kepada semua urus setia, petugas dan sukarelawan yang bertungkus-lumus membuat persiapan bagi menjayakan program tersebut.

Saya turut berpesan agar masyarakat mengambil kesempatan pada hari-hari yang mulia ini untuk memperbanyakkan amal ibadah, mengeratkan silaturahim serta membantu golongan yang kurang bernasib baik.

Semoga segala urusan Program Ibadah Korban tahun ini dipermudahkan oleh Allah SWT dan diterima sebagai amal soleh, di samping membawa keberkatan kepada seluruh masyarakat.



๐“๐„๐‘๐ˆ๐Œ๐€ ๐Š๐€๐’๐ˆ๐‡ ๐’๐„๐๐€๐ ๐‹๐ˆ๐Š๐„, ๐Š๐Ž๐Œ๐„๐ & ๐’๐‡๐€๐‘๐„.

๐’๐€๐‹๐€๐Œ ๐€๐ˆ๐ƒ๐ˆ๐‹๐€๐ƒ๐‡๐€ ๐Ÿ๐Ÿ’๐Ÿ’๐Ÿ•๐‡ ๐Ÿฎ๐ŸŒ™Aidiladha bukan sekadar tentang ibadah korban, tetapi tentang ketaatan, pengorbanan dan keikhlas...
26/05/2026

๐’๐€๐‹๐€๐Œ ๐€๐ˆ๐ƒ๐ˆ๐‹๐€๐ƒ๐‡๐€ ๐Ÿ๐Ÿ’๐Ÿ’๐Ÿ•๐‡ ๐Ÿฎ๐ŸŒ™

Aidiladha bukan sekadar tentang ibadah korban, tetapi tentang ketaatan, pengorbanan dan keikhlasan dalam melaksanakan perintah Allah SWT. Kisah pengorbanan Nabi Ibrahim AS dan Nabi Ismail AS mengajar kita bahawa cinta kepada Allah perlu mengatasi segala kepentingan diri, harta dan perasaan.

Di zaman Rasulullah SAW, ibadah korban menjadi simbol kesatuan ummah dan tanda syukur atas nikmat yang dikurniakan. Daging korban diagihkan kepada fakir miskin, jiran tetangga dan sahabat handai. Ini membuktikan bahawa Islam mendidik kita untuk berkongsi rezeki serta menyantuni mereka yang memerlukan.

โœจ ๐ˆ๐›๐ซ๐š๐ก ๐€๐ข๐๐ข๐ฅ๐š๐๐ก๐š ๐ฎ๐ง๐ญ๐ฎ๐ค ๐ค๐ข๐ญ๐š ๐ฌ๐ž๐ฆ๐ฎ๐š:
โ–ช๏ธ Pengorbanan hari ini mampu membawa kebahagiaan di masa hadapan.
โ–ช๏ธ Keikhlasan dalam berjuang akan sentiasa dipandang tinggi di sisi Allah.
โ–ช๏ธ Ukhuwah dan perpaduan masyarakat perlu diperkukuhkan tanpa mengira perbezaan.
โ–ช๏ธ Jangan pernah lelah berbuat baik walaupun tidak dihargai manusia.

Dalam suasana penuh keberkatan ini, marilah kita sama-sama bermuhasabah dan memperbaiki diri agar menjadi insan yang lebih bertakwa, penyayang dan bertanggungjawab terhadap agama, keluarga serta masyarakat.

Semoga Allah SWT menerima segala amal ibadah kita, melimpahkan rahmat dan keberkatan buat seluruh rakyat, serta mengurniakan keamanan dan kesejahteraan kepada negeri dan negara yang kita cintai.

Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha 1447H.
Maaf Zahir & Batin.

"๐˜ˆ๐˜ช๐˜ฅ๐˜ช๐˜ญ๐˜ข๐˜ฅ๐˜ฉ๐˜ข : ๐˜Œ๐˜ณ๐˜ต๐˜ช ๐˜—๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜จ๐˜ฐ๐˜ณ๐˜ฃ๐˜ข๐˜ฏ๐˜ข๐˜ฏ"

Daripada,
๐˜๐ ๐ƒ๐š๐ญ๐จโ€™ ๐‡๐š๐ฃ๐ข ๐Œ๐จ๐ก๐š๐ฆ๐š๐ ๐˜๐ฎ๐ฌ๐จ๐Ÿ๐Ÿ @ ๐Œ๐ฎ๐ง๐ข๐ซ ๐๐ข๐ง ๐‡๐š๐ฃ๐ข ๐™๐š๐ค๐š๐ซ๐ข๐š
๐ดโ„Ž๐‘™๐‘– ๐‘€๐‘Ž๐‘—๐‘™๐‘–๐‘  ๐‘€๐‘’๐‘ ๐‘ฆ๐‘ข๐‘Ž๐‘Ÿ๐‘Ž๐‘ก ๐พ๐‘’๐‘Ÿ๐‘Ž๐‘—๐‘Ž๐‘Ž๐‘› ๐‘๐‘’๐‘”๐‘’๐‘Ÿ๐‘– ๐พ๐‘’๐‘‘๐‘Žโ„Ž
๐ด๐ท๐‘ˆ๐‘ ๐พ๐‘ข๐‘Ž๐‘™๐‘Ž ๐‘๐‘’๐‘Ÿ๐‘Ž๐‘›๐‘”

๐”๐’๐€๐‡๐€ ๐๐„๐‘๐Š๐€๐’๐€ ๐„๐Š๐Ž๐๐Ž๐Œ๐ˆ ๐Š๐Ž๐Œ๐”๐๐ˆ๐“๐ˆ: ๐’๐€๐Œ๐๐€๐ˆ๐Š๐€๐ ๐’๐”๐Œ๐๐€๐๐†๐€๐ ๐๐„๐‘๐€๐‹๐€๐“๐€๐ ๐Š๐„๐๐€๐ƒ๐€ ๐๐„๐๐ˆ๐€๐†๐€ & ๐–๐€๐Š๐ˆ๐‹ ๐๐€๐Š๐€๐“๐€๐PULAU KIJANG โ€” Saya menyampa...
26/05/2026

๐”๐’๐€๐‡๐€ ๐๐„๐‘๐Š๐€๐’๐€ ๐„๐Š๐Ž๐๐Ž๐Œ๐ˆ ๐Š๐Ž๐Œ๐”๐๐ˆ๐“๐ˆ: ๐’๐€๐Œ๐๐€๐ˆ๐Š๐€๐ ๐’๐”๐Œ๐๐€๐๐†๐€๐ ๐๐„๐‘๐€๐‹๐€๐“๐€๐ ๐Š๐„๐๐€๐ƒ๐€ ๐๐„๐๐ˆ๐€๐†๐€ & ๐–๐€๐Š๐ˆ๐‹ ๐๐€๐Š๐€๐“๐€๐

PULAU KIJANG โ€” Saya menyampaikan sumbangan peralatan kepada wakil pakatan serta para peniaga di Pusat Khidmat Komuniti (PKK) Pulau Kijang dalam usaha membantu memperkukuhkan ekonomi komuniti setempat.

Bantuan tersebut diharap dapat meringankan beban peniaga kecil selain memberi semangat untuk terus mengembangkan perniagaan masing-masing walaupun berdepan cabaran ekonomi semasa.

โ€œInsya-Allah, kita mahu melihat peniaga tempatan terus maju. Hari ini mungkin menerima bantuan, tetapi kita berharap suatu hari nanti mereka p**a mampu mengeluarkan zakat dan membantu orang lain."

Pemimpin masyarakat perlu sentiasa cakna terhadap isu kos operasi dan kesukaran yang dihadapi peniaga kecil supaya kebajikan serta kelangsungan ekonomi rakyat terus terbela.

Saya turut menasihatkan para penerima agar memanfaatkan bantuan yang diberikan dengan sebaiknya serta terus berusaha meningkatkan mutu perniagaan.

โ€œBerniagalah dengan penuh amanah dan istiqamah. Semoga setiap rezeki yang diperoleh diberkati Allah SWT dan menjadi asbab manfaat kepada masyarakat."

Semoga segala usaha yang dilaksanakan dipermudahkan dan para peniaga di DUN Kuala Nerang terus berkembang maju serta berjaya melahirkan lebih ramai usahawan yang mampu membantu komuniti setempat pada masa akan datang.



๐“๐„๐‘๐ˆ๐Œ๐€ ๐Š๐€๐’๐ˆ๐‡ ๐’๐„๐๐€๐ ๐‹๐ˆ๐Š๐„, ๐Š๐Ž๐Œ๐„๐ & ๐’๐‡๐€๐‘๐„.

๐Ÿ‘๐ŸŽ ๐–๐€๐‘๐ˆ๐’ ๐“๐„๐‘๐ˆ๐Œ๐€ ๐’๐”๐Œ๐๐€๐๐†๐€๐ ๐Š๐‡๐€๐ˆ๐‘๐€๐“ ๐Š๐„๐Œ๐€๐“๐ˆ๐€๐ ๐Š๐„๐‘๐€๐‰๐€๐€๐ ๐๐„๐†๐„๐‘๐ˆ ๐Š๐„๐ƒ๐€๐‡PULAU KIJANG โ€“ Saya menyampaikan sumbangan khairat kemat...
26/05/2026

๐Ÿ‘๐ŸŽ ๐–๐€๐‘๐ˆ๐’ ๐“๐„๐‘๐ˆ๐Œ๐€ ๐’๐”๐Œ๐๐€๐๐†๐€๐ ๐Š๐‡๐€๐ˆ๐‘๐€๐“ ๐Š๐„๐Œ๐€๐“๐ˆ๐€๐ ๐Š๐„๐‘๐€๐‰๐€๐€๐ ๐๐„๐†๐„๐‘๐ˆ ๐Š๐„๐ƒ๐€๐‡

PULAU KIJANG โ€“ Saya menyampaikan sumbangan khairat kematian daripada Kerajaan Negeri Kedah kepada 30 waris penerima dalam satu majlis ringkas yang berlangsung di Pusat Khidmat Komuniti (PKK) bersebelahan Masjid Pulau Kijang.

Majlis turut disusuli dengan bacaan tahlil yang dipimpin sendiri oleh saya sendiri sebagai tanda doa dan penghormatan buat insan-insan yang telah kembali ke rahmatullah.

Bantuan tersebut diharap dapat membantu meringankan sedikit beban waris yang sedang berdepan ujian kehilangan ahli keluarga tersayang.

โ€œKadang-kadang rakyat bukan hanya perlukan bantuan kewangan, tetapi juga sokongan moral dan kehadiran pemimpin yang memahami kesusahan mereka."

Saya turut menasihatkan masyarakat agar terus memupuk budaya saling membantu serta memperkukuhkan hubungan kejiranan khususnya ketika ada keluarga yang ditimpa musibah.

Semoga segala sumbangan yang disampaikan memberi manfaat kepada para waris, dan semoga roh-roh yang telah pergi dicucuri rahmat serta ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Aamiin.



๐“๐„๐‘๐ˆ๐Œ๐€ ๐Š๐€๐’๐ˆ๐‡ ๐’๐„๐๐€๐ ๐‹๐ˆ๐Š๐„, ๐Š๐Ž๐Œ๐„๐ & ๐’๐‡๐€๐‘๐„.

Address

Pusat Khidmat Wakil Rakyat Kuala Nerang, 38, Jalan Semeliang, Pekan Baru, KUALA NERANG
Kedah Darul Aman
06300

Telephone

+60199461603

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Hj Munir Mohamad Yusoff posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share