Pejabat Tenaga Kerja Kapit

Pejabat Tenaga Kerja Kapit Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Pejabat Tenaga Kerja Kapit, Government Organization, Tingkat 2, Wisma Persekutuan, Jalan Kapit By-Pass, Kapit.

KAPIT - Pejabat Tenaga Kerja Bahagian Kapit dengan kerjsama agensi daripada Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Bahagian Ka...
15/07/2026

KAPIT - Pejabat Tenaga Kerja Bahagian Kapit dengan kerjsama agensi daripada Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Bahagian Kapit, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Cawangan Kapit dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Bahagian Kapit telah melaksanakan satu Operasi Bersepadu di sekitar Bahagian Kapit pada 13 Julai 2026.

Operasi yang melibatkan seramai 14 orang anggota Penguat Kuasa daripada pelbagai agensi telah menjalankan pemeriksaan di 4 premis majikan yang melibatkan 10 orang pekerja.

Notifikasi perlanggaran telah dikeluarkan terhadap 1 majikan atas perlanggaran Undang-undang Perburuhan dan 2 premis telah dikenakan tindakan atas kesalahan di bawah KPDN.

15/07/2026

π’π„π“πˆππ†π†πˆ-π“πˆππ†π†πˆ 𝐔𝐂𝐀𝐏𝐀𝐍 π“π€π‡ππˆπ€π‡

Dengan penuh rasa syukur dan bangga, seluruh warga Jabatan Tenaga Kerja Sarawak merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada

🌸 PUAN JAMILLAH BINTI PUTIT

atas pelantikan sebagai Pengarah Jabatan Tenaga Kerja Sarawak, berkuat kuasa mulai 15 Julai 2026.

Pelantikan ini merupakan satu pengiktirafan yang amat bermakna terhadap kewibawaan kepimpinan, kompetensi, pengalaman serta dedikasi yang telah dizahirkan sepanjang berkhidmat dalam perkhidmatan awam.

Kepercayaan yang diberikan mencerminkan keyakinan terhadap keupayaan beliau untuk menerajui Jabatan Tenaga Kerja Sarawak dengan penuh integriti, profesionalisme dan iltizam demi memperkukuh kecemerlangan organisasi.

Didoakan agar Allah SWT sentiasa mengurniakan kesihatan yang baik, kekuatan, kebijaksanaan serta petunjuk dalam menggalas amanah yang besar ini.

Mudah-mudahan di bawah kepimpinan beliau, Jabatan Tenaga Kerja Sarawak akan terus melakar pelbagai kejayaan, memperkukuh kecemerlangan organisasi, mempertingkat mutu penyampaian perkhidmatan, memperkasakan kebajikan warga kerja serta terus menyumbang kepada pembangunan sosioekonomi negeri dan kesejahteraan rakyat.

Semoga setiap usaha, buah fikiran dan kepimpinan yang dicurahkan menjadi pemangkin kepada pencapaian yang lebih cemerlang, memperkukuh budaya kerja berprestasi tinggi, memupuk semangat kebersamaan dalam organisasi serta membawa Jabatan Tenaga Kerja Sarawak ke tahap yang lebih unggul dan disegani.

Selamat menjalankan amanah.

Semoga segala urusan sentiasa dipermudahkan, diberkati dan dikurniakan kejayaan yang berterusan dalam memimpin Jabatan Tenaga Kerja Sarawak ke arah kecemerlangan yang lebih gemilang.

Ikhlas daripada
Seluruh Warga Kerja Jabatan Tenaga Kerja Sarawak

15/07/2026

PEMAKLUMAN TALIAN TELEFON PEJABAT TENAGA KERJA KAPIT TELAH KEMBALI PULIH

Adalah dimaklumkan bahawa gangguan talian telefon di Pejabat Tenaga Kerja Kapit sebelum ini telah pun diatasi sepenuhnya. Talian telefon pejabat kini telah kembali pulih dan beroperasi seperti biasa.

Sekian, terima kasih.

22/06/2026
18/06/2026

MAKLUMAN GANGGUAN TALIAN TELEFON PEJABAT TENAGA KERJA KAPIT

Dimaklumkan bahawa talian telefon utama bagi Pejabat Tenaga Kerja Kapit sedang mengalami gangguan teknikal pada masa ini. Gangguan tersebut menyebabkan pejabat tidak dapat menerima panggilan masuk atau membuat panggilan keluar.

Pihak kami sedang berusaha untuk menyelesaikan masalah ini dengan kadar segera. Sehubungan dengan itu, sebarang urusan atau pertanyaan rasmi boleh disalurkan terus melalui e-mel jabatan di: [email protected].

Segala kesulitan yang timbul amatlah dikesali. Kerjasama dan keprihatinan daripada pihak Tuan/Puan sepanjang tempoh gangguan ini amat dihargai.

Sekian, terima kasih.

09/06/2026

MAKLUMAN GANGGUAN TALIAN TELEFON PEJABAT TENAGA KERJA KAPIT

Dimaklumkan bahawa talian telefon utama bagi Pejabat Tenaga Kerja Kapit sedang mengalami gangguan teknikal pada masa ini. Gangguan tersebut menyebabkan pejabat tidak dapat menerima panggilan masuk atau membuat panggilan keluar.

Pihak kami sedang berusaha untuk menyelesaikan masalah ini dengan kadar segera. Sehubungan dengan itu, sebarang urusan atau pertanyaan rasmi boleh disalurkan terus melalui e-mel jabatan di: [email protected].

Segala kesulitan yang timbul amatlah dikesali. Kerjasama dan keprihatinan daripada pihak Tuan/Puan sepanjang tempoh gangguan ini amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.

KAPIT - Kerjasama antara Pejabat Tenaga Kerja Kapit dan Bahagian Penguatkuasaan & Kawalan, Kementerian Dalam Negeri (KDN...
13/05/2026

KAPIT - Kerjasama antara Pejabat Tenaga Kerja Kapit dan Bahagian Penguatkuasaan & Kawalan, Kementerian Dalam Negeri (KDN), Negeri Sarawak telah melaksanakan satu Operasi Bersepadu dalam Sektor Keselamatan di Kapit pada 6 - 7 May 2026 yang di sertai oleh 4 orang Pegawai Tenaga Kerja Kapit dan 4 Pegawai Penguatkuasa KDN, Negeri Sarawak.

Operasi adalah bertujuan untuk memastikan majikan di Sektor Keselamatan sentiasa mematuhi undang-undang perburuhan yang sedia ada disamping memastikan kesejahteraan dan hak pekerja dijaga.

Dalam operasi yang dijalankan, sebanyak 6 syarikat kawalan keselamatan telah di periksa yang melibatkan sejumlah 25 orang pengawal keselamatan di sekitar Bahagian Kapit dan 1 notifikasi perlanggaran dikeluarkan di bawah Ordinan Buruh Sarawak (Bab 76).

Kapit –  Pejabat Tenaga Kerja Kapit dengan kerjasama Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kapit telah melaksanakan satu oper...
07/05/2026

Kapit – Pejabat Tenaga Kerja Kapit dengan kerjasama Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kapit telah melaksanakan satu operasi penguatkuasaan menerusi Ops Bersepadu pada 5 Mei 2026 yang melibatkan pemeriksaan di 2 lokasi sekitar Bahagian Kapit. Operasi yang bermula seawal jam 8 malam hingga 6 pagi yang melibatkan seramai 8 orang anggota penguat kuasa agensi terlibat.

Dalam operasi tersebut, seramai 33 orang telah diperiksa yang terdiri daripada pekerja bukan permaustatin dalam sektor pembinaan.

2 majikan dalam sektor pembinaan telah diperiksa yang kini dalam tindakan siasatan Pejabat Tenaga Kerja Kapit dibawah Ordinan Buruh (Sarawak Bab 76) atas perlanggaran undang-undang buruh.

Seramai 12 orang telah ditahan oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kapit setelah didapati tidak memiliki dokumen yang sah.

23/04/2026

⚠️ KENYATAAN PENAFIAN ⚠️

JABATAN TENAGA KERJA SARAWAK TIDAK PERNAH MENGELUARKAN ATAU MELULUSKAN SURAT KELULUSAN SECARA DASAR SEPERTI PADA DOKUMEN YANG TERTERA.

UNTUK PENGESAHAN SEBARANG DOKUMEN, SILA HUBUNGI KAMI SECARA TERUS DI MANA-MANA PEJABAT TENAGA KERJA BERDEKATAN ATAU IBU PEJABAT JTK SARAWAK.


Address

Tingkat 2, Wisma Persekutuan, Jalan Kapit By-Pass
Kapit
96800

Opening Hours

Monday 07:30 - 17:30
Tuesday 07:30 - 17:30
Wednesday 07:30 - 17:30
Thursday 07:30 - 17:30
Friday 07:30 - 17:30

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Tenaga Kerja Kapit posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pejabat Tenaga Kerja Kapit:

Shortcuts

Share