Polis Trafik Setiu

Polis Trafik Setiu Halaman ini bertujuan untuk berkongsi maklumat daripada Bahagian Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik IPD Setiu, Terengganu.

23/03/2026

Op Selamat-26 (Hari Raya Aidifitri 2026)

Anggota Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah Setiu terus komited melaksanakan tugas bukan sahaja dalam aspek penguatkuasaan undang-undang, malah turut menghulurkan bantuan kepada masyarakat.

Anggota BSPT Setiu semasa menjalankan rondaan dan pemantauan lalulintas sempena OP Selamat 26 telah membantu seorang pengguna jalan raya yang terlibat dalam kemalangan di Kg. Chalok. Mangsa telah dibawa ke Hospital Setiu untuk mendapatkan rawatan oleh anggota BSPT Setiu.

Situasi ini mencerminkan komitmen berterusan warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam memastikan keselamatan, kesejahteraan serta kebajikan masyarakat sentiasa terpelihara, khususnya sepanjang musim perayaan.

PDRM menasihatkan orang ramai agar sentiasa mematuhi peraturan lalu lintas, memastikan kenderaan berada dalam keadaan baik serta memandu dengan penuh berhemah.

Pandu Cermat, Selamat Sampai ke Destinasi.





🚔


19/02/2026

🚔 OP SELAMAT 25 – POLIS DAN MASYARAKAT BERPISAH TIADA 🚔

19 Februari 2026 – Anggota Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Setiu telah membantu pengguna jalan raya iaitu pemandu kereta yang mengalami masalah tayar pancit di hadapan Kolej Bestari Setiu bagi memastikan kelancaran aliran trafik serta mengelakkan sebarang risiko kemalangan.

Tindakan pantas anggota bertugas bukan sahaja membantu pengguna jalan raya yang dalam kesusahan, malah selari dengan objektif Op Selamat 25 dalam meningkatkan keselamatan dan kesejahteraan orang ramai sepanjang musim perayaan.

Polis Diraja Malaysia sentiasa komited untuk memberi bantuan, memastikan keselamatan terpelihara dan trafik sentiasa terkawal.

💙 “Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada”







Address

Jalan KG APEK
Kampong Permaisuri
22100

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Polis Trafik Setiu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category