Pejabat Pengurusan Organisasi UTHM

  • Home
  • Pejabat Pengurusan Organisasi UTHM

Pejabat Pengurusan Organisasi UTHM Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Pejabat Pengurusan Organisasi UTHM, Government Official, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, .

Bahagian yang bertanggungjawab ke atas governan Universiti, tadbir urus struktur pentadbiran organisasi, merangka dan memantau pelaksanaan dasar dan peraturan selaras Perlembagaan dan undang-undang yang berkuatkuasa.

24/04/2026

🏠 MAKLUMAN: PELANCARAN SISTEM TEMPAHAN RUMAH TAMU UNIVERSITI SECARA ATAS TALIAN

Pejabat Pengurusan Organisasi (PPO) dengan sukacitanya memaklumkan bahawa Sistem Tempahan Rumah Tamu Universiti kini telah beroperasi sepenuhnya secara atas talian.

Pelaksanaan sistem ini bertujuan untuk memudahkan urusan permohonan tempahan, semakan ketersediaan bilik serta meningkatkan kecekapan pengurusan penginapan di bawah seliaan universiti.

YBhg. Prof./Tuan/Puan kini boleh membuat tempahan melalui pautan rasmi seperti berikut:

🌐 URL Sistem:
https://tempahanrumahtamuuthm.my.canva.site/

Tindakan Pemohon:

* Sila layari pautan yang dinyatakan.
* Lengkapkan butiran permohonan dengan maklumat yang tepat dan lengkap.
* Pastikan permohonan dibuat dalam tempoh lima (5) hari sebelum tarikh penginapan.

Buat masa ini, tiada caj dikenakan bagi sebarang urusan tempahan. Walau bagaimanapun, sebarang perubahan adalah tertakluk kepada penyelarasan semula pengurusan Rumah Tamu Universiti pada masa akan datang.

Pihak Universiti juga berhak untuk membatalkan mana-mana permohonan yang telah diluluskan sekiranya terdapat keperluan mendesak atau kepentingan rasmi Universiti yang lebih utama (priority).

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi En. Mohd Qusyairi bin Mohd Johar, Seksyen Perkhidmatan, Bahagian Pentadbiran dan Kewangan, PPO di talian 07-950 7261.

Sekian, terima kasih.

"Ke Arah Pendigitalan Pengurusan Universiti"

Pejabat Pengurusan Organisasi (PPO)

Seringkali kejayaan dilagukan untuk satu nama.Namun tidak kali ini, ia didendangkan untuk semua yang bekerja dalam diam,...
04/03/2026

Seringkali kejayaan dilagukan untuk satu nama.
Namun tidak kali ini, ia didendangkan untuk semua yang bekerja dalam diam, tekun melaksana amanah tanpa menagih pujian.

Tahniah kepada Pejabat Pengurusan Organisasi UTHM atas pencapaian
⭐ 5 Bintang Good Governance Rating 2025 ⭐️.

Pencapaian ini bukan tentang siapa kita, tetapi hasil kebersamaan dan ketumbukan semua anggota yang bergerak seiring, dengan satu tujuan: memaknakan usaha dan memanusiakan perkhidmatan.

Teruskan istiqamah, PPO.
Perjalanan ini belum selesai, 2026 sudah menanti di hadapan kita.
Ayuh, kita melangkah bersama. 🤝✨

14/02/2026
04/02/2026

I Profesor Dr. Afandi Ahmad dilantik Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UTHM yang baharu

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Prof. Dr. Afandi bin Ahmad atas pelantikan sebagai Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) yang baharu berkuat kuasa mulai 3 Februari 2026.

Selamat menjalankan amanah dan tanggungjawab dalam memacu kecemerlangan akademik serta agenda pengantarabangsaan universiti ke peringkat yang lebih tinggi. Semoga UTHM terus gemilang di bawah kepimpinan beliau.

Berita penuh👇

https://news.uthm.edu.my/ms/2026/02/profesor-dr-afandi-ahmad-dilantik-timbalan-naib-canselor-akademik-dan-antarabangsa-uthm-yang-baharu/



Address

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

86400

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:30
Sunday 08:00 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Pengurusan Organisasi UTHM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

  • Want your organization to be the top-listed Government Service?

Share