Pejabat Bendahari UniSZA

Pejabat Bendahari UniSZA Laman Facebook Rasmi Pejabat Bendahari Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)

Visi, Misi & Matlamat

VISI

-Diiktiraf Sebagai Pusat Rujukan Dalam Pengurusan Kewangan Yang Unggul, Berhemah Dan Profesional

MISI

-Memberi Perkhidmatan Pengurusan Kewangan Yang Efektif Dan Efisyen Kepada Pelanggan Secara Cekap Dan Berkesan Untuk Mencapai Visi Dan Misi Universiti

MATLAMAT

-Memantapkan Pengurusan Kewangan Dan Perakaunan Berdasarkan Pengurusan Yang Efektif Dan Efisyen
-Mengaplik

asi Teknologi Maklumat Dalam Meningkatkan Kecekapan dan Keberkesanan Pengurusan Kewangan Universiti
-Menyediakan Persekitaran Perkhidmatan Yang Selesa Dan Kondusif Bagi Kepuasan Pelanggan
-Mengekal Dan Meningkatkan Kompetensi Kakitangan Dalam Memastikan Kualiti Perkhidmatan Yang Cemerlang
-Mendapat Pengiktirafan Daripada Jabatan Audit Negara Dan Sijil Audit Bersih Bagi Audit Penyata Kewangan Setiap Tahun

Selamat Menyambut Hari Wesak kepada seluruh penganut agama Buddha di Malaysia.Semoga kita terus saling menghormati dan m...
30/05/2026

Selamat Menyambut Hari Wesak kepada seluruh penganut agama Buddha di Malaysia.

Semoga kita terus saling menghormati dan meraikan perbezaan agama dalam membentuk negara yang harmoni dan sejahtera.

Ikhlas daripada:
Bendahari dan seluruh warga Pejabat Bendahari UniSZA

Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha10 ZULHIJJAH 1447H/2026Bagi umat Islam di seluruh dunia, Hari Raya Aidiladha atau H...
26/05/2026

Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha

10 ZULHIJJAH 1447H/2026

Bagi umat Islam di seluruh dunia, Hari Raya Aidiladha atau Hari Raya Korban juga mempunyai keistimewaan seperti Hari Raya Aidilfitri di mana Hari Raya Aidiladha merupakan hari umat Islam mengambil iktibar disebalik kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s. dalam menunaikan perintah Allah serta kesabaran anaknya Nabi Ismail a.s. untuk memenuhi perintah Allah SWT.

Merdunya Zikir Sebagai Selingan,
Penyejuk Jiwa Dikala Keseorangan.
Aidilfitri Merayakan Kemenangan,
Aidiladha Pelengkap Pengorbanan.

Ikhlas daripada:
Bendahari dan seluruh warga Pejabat Bendahari UniSZA

SELAMAT MENYAMBUT HARI ARAFAH“Sebaik-baik doa adalah doa di hari Arafah, dan sebaik-baik zikir yang aku ucapkan dan juga...
25/05/2026

SELAMAT MENYAMBUT HARI ARAFAH

“Sebaik-baik doa adalah doa di hari Arafah, dan sebaik-baik zikir yang aku ucapkan dan juga diucapkan para nabi sebelumku adalah,
“لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَىْءٍ قَدِير”
"Tidak ada Tuhan yang berhak disembah selain Allah SWT yang satu saja, tidak ada sekutu bagi-Nya, milik-Nya kekuasaan dan milik-Nya segala pujian, dan Dia Maha Mampu atas segala sesuatu". (HR Tarmizi, 3585)

Ikhlas daripada:
Bendahari dan seluruh warga Pejabat Bendahari UniSZA

Assalamualaikum. Untuk makluman semua, Pejabat Bendahari telah berpindah dari Blok Abu Bakar ke Bangunan Pentadbiran ber...
17/05/2026

Assalamualaikum.

Untuk makluman semua, Pejabat Bendahari telah berpindah dari Blok Abu Bakar ke Bangunan Pentadbiran bermula pada 17 Mei 2026 (Ahad).

Sebarang penghantaran dokumen dan urusan berkaitan pejabat boleh dimajukan ke alamat berikut:

Pejabat Bendahari
Bangunan Pentadbiran
Universiti Sultan Zainal Abidin
Kampus Gong Badak
21300 Kuala Nerus, Terengganu.

SESI PEMBENTANGAN SOALAN PEPERIKSAAN BITK UA TAHUN 2026Sesi Pembentangan Soalan Peperiksaan BITK UA Tahun 2026 telah ber...
16/05/2026

SESI PEMBENTANGAN SOALAN PEPERIKSAAN BITK UA TAHUN 2026

Sesi Pembentangan Soalan Peperiksaan BITK UA Tahun 2026 telah berlangsung dengan lancar dan jayanya pada 12 hingga 15 Mei 2026 bertempat di Concorde Hotel, Shah Alam.

Sesi ini melibatkan Bendahari UniSZA sebagai Pengerusi Panel bersama 11 orang panel daripada Universiti Awam lain serta lima (5) orang urus setia UniSZA.

Turut hadir bersama seramai 19 orang penggubal dari Universiti Awam seluruh Malaysia yang telah membentangkan soalan masing-masing dengan penuh dedikasi.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua panel, penggubal dan urus setia atas kerjasama serta usaha yang diberikan sepanjang sesi pembentangan berlangsung.

[UniSZA TUAN RUMAH MESYUARAT BENDAHARI UNIVERSITI AWAM KE-107]Alhamdulillah, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) te...
13/05/2026

[UniSZA TUAN RUMAH MESYUARAT BENDAHARI UNIVERSITI AWAM KE-107]

Alhamdulillah, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) telah diberi kepercayaan menjadi tuan rumah bagi Majlis Mesyuarat Bendahari Universiti Awam Ke-107 Bil. 2/2026 yang berlangsung di Paya Bunga Hotel pada 6 Mei 2026.

Ukhuwah antara delegasi bermula seawal ketibaan pada 5 Mei melalui majlis makan malam di Kafe Chef Wan, Mayang Mall. Majlis tersebut turut diserikan dengan sesi penyampaian token apresiasi kepada Azizah binti Hassan, Mantan Bendahari Universiti Malaysia Terengganu (UMT), sebagai tanda penghargaan atas jasa bakti beliau dalam dunia kewangan universiti awam.

Sesi mesyuarat utama telah berlangsung dengan produktif bermula pada 10.00 pagi dan berakhir kira-kira 12.30 tengah hari. Sebagai penutup, para perwakilan dibawa melawat ke Pasar Payang untuk merasai sendiri keunikan budaya dan kraftangan Terengganu sebelum berangkat pulang.

Terima kasih kepada semua pihak urus setia dan bendahari universiti awam atas kehadiran serta kerjasama padu yang diberikan. Semoga resolusi yang dicapai terus memacu kecemerlangan pengurusan kewangan universiti awam.

𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐌𝐄𝐍𝐘𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀  Tema Hari Pekerja Tahun 2026 ialah“Pekerja MADANI Kesuma Bangsa” Selamat Hari Pekerja ke...
30/04/2026

𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐌𝐄𝐍𝐘𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀

Tema Hari Pekerja Tahun 2026 ialah
“Pekerja MADANI Kesuma Bangsa”

Selamat Hari Pekerja kepada semua pekerja,
Bekerjalah dengan tulus ikhlas,
Hidupmu akan dihargai kerana berjasa,
Moga budimu Allah membalas.

Dikesempatan ini, Bendahari dan seluruh warga Pejabat Bendahari UniSZA ingin mengucapkan “Selamat Hari Pekerja” kepada anda semua. Tahniah atas jawatan yang disandang, hargai dan laksanakanlah amanah dengan penuh integriti dan kerukunan.

Ramadan bakal beransur pergi,Syawal menjelma penuh bererti,Seikhlas hati menyusun jari,Memohon dimaaf kekhilafan diri.Me...
18/03/2026

Ramadan bakal beransur pergi,
Syawal menjelma penuh bererti,
Seikhlas hati menyusun jari,
Memohon dimaaf kekhilafan diri.

Meriah dengan kebersamaan, indah dengan silaturahim.

Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir & batin 🌙

Ikhlas daripada Bendahari dan warga Pejabat Bendahari UniSZA.

13/03/2026

Address

PEJABAT BENDAHARI, BANGUNAN PENTADBIRAN UniSZA
Kampong Gong Badak
21300

Opening Hours

Monday 08:30 - 16:30
Tuesday 08:30 - 16:30
Wednesday 08:30 - 16:30
Thursday 08:30 - 16:00
Sunday 08:30 - 16:30

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Bendahari UniSZA posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pejabat Bendahari UniSZA:

Share