Jabatan Pengairan Dan Saliran Kuala Nerus

Jabatan Pengairan Dan Saliran Kuala Nerus "JAYAKAN PERKHIDMATAN SEMPURNA"

Akaun rasmi Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Kuala Nerus.

Komited dalam pemuliharaan sungai, pencegahan banjir & kesejahteraan komuniti setempat.

Kuala Nerus, 28 April 2026 - Lawatan ke tapak bersama Yang Berhormat Haji Khazan bin Che Mat, Ahli Dewan Undangan Negeri...
28/04/2026

Kuala Nerus, 28 April 2026 - Lawatan ke tapak bersama Yang Berhormat Haji Khazan bin Che Mat, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Takir ke Projek Pemulihan Hakisan Pantai di Cove Tok Jembal. Lawatan diadakan bagi meninjau kawasan yang terjejas akibat hakisan bersama penduduk setempat.

Lawatan ini bertujuan memberi penerangan kepada penduduk mengenai punca berlakunya hakisan serta cadangan langkah penyelesaian bagi menangani masalah tersebut di mana kawasan mendapan pasir yang memerlukan tindakan segera untuk nelayan setempat.

Hadir sama dalam lawatan ini ialah Ir. Gs. Wahiddin bin Mohd Amir, Ketua Penolong Pengarah Pembangunan ll; Kapt. Bersekutu (PA) Ir. Aisyah binti Abu Bakar, Jurutera Daerah JPS Kuala Nerus, Pengerusi JPKK serta nelayan-nelayan setempat.

27/04/2026

Setinggi-tinggi tahniah atas pemangkuan dan penempatan kepada
๐ˆ๐ซ. ๐‡๐š๐ง๐ข๐ณ๐š๐ง ๐๐ข๐ง ๐ƒ๐ž๐ซ๐š๐ฆ๐š๐ง

Bagi jawatan
๐‰๐ฎ๐ซ๐ฎ๐ญ๐ž๐ซ๐š (๐€๐ฐ๐š๐ฆ) ๐†๐ซ๐ž๐ ๐”๐ญ๐š๐ฆ๐š ๐
๐’๐ž๐œ๐š๐ซ๐š ๐Š๐ก๐š๐ฌ ๐”๐ง๐ญ๐ฎ๐ค ๐๐ž๐ง๐ฒ๐š๐ง๐๐š๐ง๐  (๐Š๐”๐)

Atas perlantikan
๐“๐ข๐ฆ๐›๐š๐ฅ๐š๐ง ๐Š๐ž๐ญ๐ฎ๐š ๐๐ž๐ง๐ ๐š๐ซ๐š๐ก (๐’๐ž๐ค๐ญ๐จ๐ซ ๐๐ข๐ฌ๐ง๐ž๐ฌ)
๐‰๐š๐›๐š๐ญ๐š๐ง ๐๐ž๐ง๐ ๐š๐ข๐ซ๐š๐ง ๐ƒ๐š๐ง ๐’๐š๐ฅ๐ข๐ซ๐š๐ง ๐Œ๐š๐ฅ๐š๐ฒ๐ฌ๐ข๐š

Berkuat kuasa 28 April 2026


Kuala Nerus, 19 April 2026 - Kunjungan hormat YB Adun Bukit Tunggal, YB Sr. Zaharuddin bin Zahid ke Jabatan Pengairan da...
19/04/2026

Kuala Nerus, 19 April 2026 - Kunjungan hormat YB Adun Bukit Tunggal, YB Sr. Zaharuddin bin Zahid ke Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Daerah Kuala Nerus bagi mengikuti perkembangan Projek Tebatan Banjir Sungai Tepoh.

Perbincangan ini diadakan di Bilik Mesyuarat JPS Kuala Nerus bersama Kapt. Bersekutu (PA) Ir. Aisyah binti Abu Bakar, Jurutera Daerah; En. Wan Kamarudin bin Wan Mohamad serta En. Amirul Hafiz bin Abd Razak, Penolong Jurutera JPS Kuala Nerus.

Pertemuan singkat ini diharap mampu memberi kesan kepada objektif sebenar pelaksanaan projek berkenaan seterusnya dapat memberikan impak yang positif kepada penduduk sekitar.

15/04/2026
Kuala Nerus, 13 April 2026 โ€“ Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan (MTHQK) 1447H/2026 telah dirasmika...
14/04/2026

Kuala Nerus, 13 April 2026 โ€“ Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan (MTHQK) 1447H/2026 telah dirasmikan semalam di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Negeri Terengganu dengan mengangkat tema โ€œKalam Ilahi, Tradisi Diwarisi.โ€

Majlis perasmian tersebut disempurnakan oleh Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato' Seri Anwar bin Ibrahim. Penganjuran program ini bertujuan untuk menyemarakkan syiar Islam serta memupuk kecintaan masyarakat terhadap Al-Quran sebagai panduan hidup.

MTHQK akan berlangsung selama enam hari bermula hari ini, menampilkan qari, qariah, hafiz dan hafizah terbaik dari seluruh negara. Para peserta akan memperdengarkan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran serta memperlihatkan keunggulan hafazan dengan penuh ketelitian dan penghayatan.

Turut hadir Menteri Besar Terengganu, YAB Datoโ€™ Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar, barisan pemimpin kerajaan, serta para kenamaan dan peserta dari seluruh negara. Hadir sama, Kapt. Bersekutu (PA) Ir. Aisyah binti Abu Bakar, Jurutera Daerah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Kuala Nerus.

๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“ ๐Œ๐„๐๐˜๐€๐Œ๐๐”๐“ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐‘๐€๐˜๐€ ๐€๐ˆ๐ƒ๐ˆ๐‹๐…๐ˆ๐“๐‘๐ˆ  ๐Ÿ๐Ÿ’๐Ÿ’๐Ÿ•๐‡/๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”๐Œ ๐Œ๐€๐€๐… ๐™๐€๐‡๐ˆ๐‘ & ๐๐€๐“๐ˆ๐Bulan Syawal menjelma lagi,Disambut riang penuh be...
20/03/2026

๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“ ๐Œ๐„๐๐˜๐€๐Œ๐๐”๐“ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐‘๐€๐˜๐€ ๐€๐ˆ๐ƒ๐ˆ๐‹๐…๐ˆ๐“๐‘๐ˆ ๐Ÿ๐Ÿ’๐Ÿ’๐Ÿ•๐‡/๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”๐Œ
๐Œ๐€๐€๐… ๐™๐€๐‡๐ˆ๐‘ & ๐๐€๐“๐ˆ๐

Bulan Syawal menjelma lagi,
Disambut riang penuh bermakna,
Salam Aidilfitri maaf dipinta hati,
Salah dan silap harap dimaafkan semua.

Salam Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.

Ikhlas Daripada;
Ir. Aisyah binti Abu Bakar
Jurutera Daerah serta seluruh warga kerja JPS Kuala Nerus

16/03/2026
KENYATAAN TAWARAN SEBUTHARGA JPS DAERAH KUALA NERUS1. BERIKUT ADALAH SENARAI KERJA-KERJA SEBUTHARGA YANG DITAWARKAN OLEH...
16/03/2026

KENYATAAN TAWARAN SEBUTHARGA JPS DAERAH KUALA NERUS

1. BERIKUT ADALAH SENARAI KERJA-KERJA SEBUTHARGA YANG DITAWARKAN OLEH JPS DAERAH KUALA NERUS. SILA RUJUK LAMPIRAN.

2. SEGALA MAKLUMAT DAN DOKUMEN SEBUTHARGA BOLEH DIDAPATI SEMASA WAKTU PEJABAT DI PEJABAT JURUTERA DAERAH, JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN DAERAH KUALA NERUS.

3. SEBUTHARGA INI AKAN DITUTUP PADA 5/4/2026. DOKUMEN SEBUTHARGA HENDAKLAH DIMASUKKAN KE DALAM PETI SEBUT HARGA DI PEJABAT JURUTERA DAERAH JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN DAERAH KUALA NERUS TIDAK LEWAT PADA JAM 12.00 TENGAHARI PADA HARI TERSEBUT.

4. HARI/MASA PEMBELIAN BORANG SEBUTHARGA :-
AHAD - RABU
8.30PG - 12.30TGH
2.15 PTG - 3.30PTG

KHAMIS
8.30PAGI - 12.30 TGH

5. PIHAK KAMI HANYA MENERIMA BAYARAN TANPA TUNAI (CASHLESS).

6. Pihak Kontraktor ๐–๐€๐‰๐ˆ๐ ๐Œ๐„๐๐†๐„๐Œ๐”๐Š๐€๐Š๐€๐ ๐’๐ˆ๐‰๐ˆ๐‹ ๐๐„๐Œ๐€๐“๐”๐‡๐€๐ ๐‚๐”๐Š๐€๐ˆ ๐“๐€๐— ๐‚๐Ž๐Œ๐๐‹๐ˆ๐€๐๐‚๐„ ๐‚๐„๐‘๐“๐ˆ๐…๐ˆ๐‚๐€๐“๐„ (๐“๐‚๐‚)

12 Mac 2026 - Program Memasak dan Agihan Bubur Lambuk  Sempena  Program Jalinan Muhibbah Ramadan Al-Mubarak Daerah Kuala...
12/03/2026

12 Mac 2026 - Program Memasak dan Agihan Bubur Lambuk Sempena Program Jalinan Muhibbah Ramadan Al-Mubarak Daerah Kuala Nerus bertempat perkarangan Dewan Jubli Perak, Kompleks Pentadbiran Bandar Al-Wathiqu Billah, Kuala Nerus, Terengganu Darul Iman.

Duli Yang Teramat Mulia Yang di-Pertuan Muda Terengganu, Tengku Muhammad Ismail, hari ini berkenan mencemar duli berangkat ke program berkenaan. Program ini diadakan secara gotong-royong antara warga kerja PDTKN Dan JPKK di Daerah Kuala Nerus.

Keberangkatan baginda turut diiringi YAM Tengku Sri Setia Mahkota Raja, Tengku Datoโ€™ Seri Muhammad Muaโ€™az; YAM Tengku Seri Puteri Utama Raja; YAM Tengku Puteri Daulath Raja serta Pegawai Daerah Kuala Nerus, Tuan Haji Ahmad Azizi bin Zulkifli.

Dalam program tersebut, Baginda turut berkenan menyertai aktiviti memasak bubur lambuk bersama para petugas sebelum berkenan mengagihkan bubur lambuk kepada warga kerja di Kompleks Pentadbiran Bandar Alwathiqu Billah sebagai sebahagian daripada program kebajikan sempena bulan Ramadan.

Keberangkatan serta kesudian Baginda menyertai program ini amatlah dihargai dan menjadi kenangan yang bermakna kepada seluruh warga yang terlibat.

๐’๐€๐‹๐€๐Œ ๐๐”๐™๐”๐‹ ๐€๐‹-๐๐”๐‘๐€๐17 Ramadan 1447H | 2026MJadikan Al-Quran sebagai pedoman hidup, penenang hati dan petunjuk dalam set...
06/03/2026

๐’๐€๐‹๐€๐Œ ๐๐”๐™๐”๐‹ ๐€๐‹-๐๐”๐‘๐€๐
17 Ramadan 1447H | 2026M

Jadikan Al-Quran sebagai pedoman hidup, penenang hati dan petunjuk dalam setiap langkah kehidupan. ๐ŸŒ™๐Ÿ“–

Semoga kita sentiasa mendekatkan diri dengan Al-Quran, memahami maknanya dan mengamalkan ajarannya dalam kehidupan seharian. ๐Ÿ“–โœจ

Selamat Menyambut Nuzul Al-Quran

Tulus ingatan daripada:
Ir. Aisyah Binti Abu Bakar
Jurutera Daerah & Warga Kerja Jabatan Pengairan dan Saliran Kuala Nerus

Address

JPS DAERAH KUALA NERUS, BANGUNAN GUNASAMA KOMPLEKS PENTADBIRAN BANDAR AL-WATHIQU BILLAH
Kampong Gong Badak
21300

Opening Hours

Monday 08:00 - 16:00
Tuesday 08:00 - 16:00
Wednesday 08:00 - 16:00
Thursday 08:00 - 16:00
Sunday 00:00 - 17:00

Telephone

+6096653010

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jabatan Pengairan Dan Saliran Kuala Nerus posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Jabatan Pengairan Dan Saliran Kuala Nerus:

Share