12/06/2025
KESATUAN AWAM PACSU CAWANGAN NEGERI SEMBILAN SEPAKAT DALAM MENJAYAKAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE-74 TAHUN 2025
IPK Negeri Sembilan, 12 Jun 2025 - Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan PACSU Cawangan Negeri Sembilan Kali Ke-74 Tahun 2025 ini telah berlangsung dengan penuh semangat dan kesatuan, memperlihatkan komitmen tinggi seluruh ahli PACSU dalam memperkukuh organisasi dan memperjuangkan kebajikan warga kerja awam PDRM.
Majlis telah disempurnakan oleh YDH SAC Muhammad Idzam bin Jaafar, Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan. Hadir sama di majlis tersebut, YDH DSP Nor Safarina binti Zulkifli, PT Persatuan Jabatan Pengurusan Bukit Aman; Tuan Haji Mohd Zaki bin Mahmood, Timbalan Presiden PACSU Pusat Semenanjung Malaysia; Encik Syed Ahmad bin Syed Shahardin, Pegawai Pelajaran PACSU Pusat Semenanjung Malaysia; Puan Marinee binti Mohamad, Pengerusi PACSU Cawangan Negeri Sembilan dan Puan Eva Juana binti Mohamed Alias, Setiausaha Pacsu Cawangan Negeri Sembilan.
Majlis ini menjadi platform penting bagi ahli-ahli kesatuan berkumpul, bertukar pandangan, mengemukakan usul dan memperkukuh semangat kekitaan demi memperjuangkan kebajikan serta kepentingan anggota awam PDRM.
Semangat SEPENYATUAN yang ditunjukkan membuktikan bahawa PACSU Negeri Sembilan terus kekal relevan, bersatu, dan progresif dalam memperjuangkan hak dan suara anggotanya.
Turut hadir Ketua-ketua Jabatan serta wakil, Wakil Ketua-ketua Polis Daerah, Wakil Komandan PULAPOL Air Hitam, Wakil Pegawai Pemerintah PSP Unit 7, Pegawai Kanan Polis, Pegawai Rendah Polis, Pegawai Awam PACSU Cawangan Negeri Sembilan dan Wakil CUEPACS Negeri Sembilan.