08/01/2025
Program Pengurusan Berat Badan Jabatan Logistik Dan Teknologi (JLog) Bukit Aman Tahun 2025.
Seramai 10 orang Pegawai Kanan Polis (PKP) dan 30 orang Pegawai Rendah Polis (PRP) telah terpilih bagi menyertai Program Trim & Fit JLog Siri 1/2025 yang telah bermula sejak 06 Januari 2025 hingga 28 Februari 2025. Program ini diadakan selaras sepertimana Arahan Ketua Polis Negara No. 202.
Program Trim & Fit JLog ini terbahagi kepada 2 kategori iaitu PKP/PRP yang mempunyai bacaan BMI 29.00 - 32.99 dan juga bacaan BMI 33.00 dan ke atas. Bagi bacaan BMI 29.00 hingga 32.99, mereka akan dibimbing oleh 10 orang Jurulatih JLog yang telah dibombing oleh Majlis Sukan PDRM pada tahun 2024. Manakala PKP/PRP yang mempunyai bacaan BMI 33.00 Dan ke atas, mereka akan dibimbing oleh Majlis Sukan PDRM.
Tujuan program ini diadakan adalah membimbing peserta dalam pengurusan berat badan serta amalan gaya hidup sihat dan amalan pemakanan yang sihat.
Sebelum bermulanya program ini, satu Sesi Ceramah Pemakanan telah diadakan pada bulan Disember yang lalu. Seterusnya semua peseta wajib menjalani pemeriksaan kesihatan. Peseta juga dikehendaki mengambil bacaan In Body Test bagi mengenalpasti kandingan lemak dalam badan.
Unit Latihan/Kebajikan,Cawangan Kepolisan Am, JLog telah menetap sasaran penurunan 10% - 15% berat badan peserta secara individu dan 50% secara keseluruhan peserta.
Disertakan gambar-gambar sepanjang 3 Hari berlangsungnya program Trim & Fit JLog Siri 1/2025.