Kompleks Pemuliaan Al Quran Negeri Pahang

Kompleks Pemuliaan Al Quran Negeri Pahang Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Kompleks Pemuliaan Al Quran Negeri Pahang, Government Official, Kompleks Pemuliaan Al Quran Negeri Pahang, Bahagian Penyelidikan, Jabatan Agama Islam, Kampong Chenor.

๐Š๐Ž๐Œ๐๐‹๐„๐Š๐’ ๐’๐€๐๐“๐”๐๐ˆ ๐–๐€๐‘๐†๐€ ๐…๐„๐‹๐ƒ๐€ ๐๐”๐Š๐ˆ๐“ ๐Š๐„๐๐€๐˜๐€๐๐†๐—–๐—ต๐—ฒ๐—ป๐—ผ๐—ฟ, ๐—ฃ๐—ฎ๐—ต๐—ฎ๐—ป๐—ด, ๐Ÿฌ๐Ÿฐ ๐—๐˜‚๐—ป ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ / ๐Ÿญ๐Ÿด ๐—ญ๐˜‚๐—น๐—ต๐—ถ๐—ท๐—ท๐—ฎ๐—ต ๐Ÿญ๐Ÿฐ๐Ÿฐ๐Ÿณ - Bahagian Penyelidikan, Jaba...
05/06/2026

๐Š๐Ž๐Œ๐๐‹๐„๐Š๐’ ๐’๐€๐๐“๐”๐๐ˆ ๐–๐€๐‘๐†๐€ ๐…๐„๐‹๐ƒ๐€ ๐๐”๐Š๐ˆ๐“ ๐Š๐„๐๐€๐˜๐€๐๐†

๐—–๐—ต๐—ฒ๐—ป๐—ผ๐—ฟ, ๐—ฃ๐—ฎ๐—ต๐—ฎ๐—ป๐—ด, ๐Ÿฌ๐Ÿฐ ๐—๐˜‚๐—ป ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ / ๐Ÿญ๐Ÿด ๐—ญ๐˜‚๐—น๐—ต๐—ถ๐—ท๐—ท๐—ฎ๐—ต ๐Ÿญ๐Ÿฐ๐Ÿฐ๐Ÿณ - Bahagian Penyelidikan, Jabatan Agama Islam Pahang melalui Kompleks Pemuliaan Al-Quran Negeri Pahang menerima kunjungan daripada warga Felda Bukit Kepayang, Bera yang terdiri daripada Kumpulan Barakah An-Nur dan Kumpulan Permata Al-Quran.

Rombongan disambut mesra dan diberi penerangan ringkas berkaitan tatacara pemuliaan teks dan bahan al-Quran Rosak oleh En. Mohamad Azrul Azmi bin Abdullah, Penyelaras Kompleks.

Turut dilaksanakan sesi kuiz pemuliaan al-Quran dan cabutan bertuah serta lawatan ke galeri penyelidikan.

Semoga pertemuan ini memberi manfaat dan kesedaran kepada semua yang hadir berkaitan pentingnya untuk memuliakan al-Quran hingga ke akhirnya. Terima Kasih.







26/05/2026
26/05/2026

๐ŸŒ™ ๐–๐€๐Š๐“๐” ๐๐„๐‘๐“๐€๐Š๐๐ˆ๐‘ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐‘๐€๐˜๐€ ๐€๐ˆ๐ƒ๐ˆ๐‹๐€๐ƒ๐‡๐€ ๐ŸŒ™

Takbir Aidiladha merupakan syiar Islam yang disunatkan bagi mengagungkan Allah SWT sempena hari kebesaran umat Islam.

Terdapat dua jenis takbir raya iaitu:

โœจ Takbir Mursal โ€“ dilaungkan sepanjang malam raya sehingga solat sunat Aidiladha didirikan.

โœจ Takbir Muqayyad โ€“ dilaksanakan setiap kali selepas solat fardu pada waktu yang ditetapkan.

Marilah kita menghidupkan hari-hari mulia ini dengan memperbanyakkan takbir, tahmid dan tahlil sebagai tanda kesyukuran kepada Allah SWT.

โ€œDan hendaklah kamu membesarkan Allah atas petunjuk-Nya yang diberikan kepada kamu.โ€
(Surah al-Baqarah: 185)





26/05/2026

๐ŸŒ™ ๐ƒ๐Ž๐€ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐€๐‘๐€๐…๐€๐‡๐ŸŒ™

Hari Arafah merupakan antara hari yang paling mulia di sisi Allah SWT. Pada tanggal 9 Zulhijjah ini, marilah kita memperbanyakkan doa, zikir, istighfar serta amalan soleh sebagai tanda kehambaan dan pengharapan kepada-Nya.

Sabda Rasulullah SAW:

โ€œPuasa pada hari Arafah, aku berharap kepada Allah agar ia dapat menghapuskan dosa setahun sebelumnya dan setahun sesudahnya.โ€
โ€” Riwayat Muslim

Semoga Allah SWT menerima segala amal ibadah kita, mengampunkan dosa-dosa kita serta mengurniakan keberkatan dan rahmat-Nya buat seluruh umat Islam.

______________________________________________

Ikuti media sosial rasmi Jabatan Agama Islam Pahang :

Facebook : https://tinyurl.com/Jabatanagamaislampahang

Instagram : https://tinyurl.com/Instagramjaip

Tiktok : https://tinyurl.com/TikTokJAIP

Laman Sesawang : jaip.pahang.gov.my

25/05/2026

๐Ÿ“ข ๐๐„๐๐„๐“๐€๐๐€๐ ๐–๐€๐Š๐“๐” ๐’๐Ž๐‹๐€๐“ ๐’๐”๐๐€๐“ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐‘๐€๐˜๐€ ๐€๐ˆ๐ƒ๐ˆ๐‹๐€๐ƒ๐‡๐€ ๐Ÿ๐Ÿ’๐Ÿ’๐Ÿ•๐‡/๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”๐Œ

Assalamualaikum

Dimaklumkan bahawa Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang telah mengampuni perkenan menetapkan waktu Solat Sunat Hari Raya Aidiladha bagi seluruh Negeri Pahang Darul Makmur pada jam 8.30 pagi pada hari yang diputuskan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja.

๐Ÿ•Œ Marilah kita bersama-sama mengimarahkan Hari Raya Aidiladha dengan penuh kesyukuran, semangat pengorbanan serta memperkukuhkan ukhuwah sesama umat Islam.

๐‘ซ๐’๐’˜๐’๐’๐’๐’‚๐’… ๐‘ฒ๐’‰๐’–๐’•๐’ƒ๐’‚๐’‰ ๐‘ฏ๐’‚๐’“๐’Š ๐‘น๐’‚๐’š๐’‚ ๐‘จ๐’Š๐’…๐’Š๐’๐’‚๐’…๐’‰๐’‚ :
https://mufti.pahang.gov.my/khutbah/raya/khutbah-hari-raya-aidiladha-1447-2026






25/05/2026

๐—ง๐—œ๐——๐—”๐—ž ๐— ๐—”๐—ž๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—˜๐—•๐—˜๐—Ÿ๐—จ๐—  ๐— ๐—˜๐—ก๐—จ๐—ก๐—”๐—œ๐—ž๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—ข๐—Ÿ๐—”๐—ง ๐—ฆ๐—จ๐—ก๐—”๐—ง ๐—›๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—ฅ๐—”๐—ฌ๐—” ๐—”๐—œ๐——๐—œ๐—Ÿ๐—”๐——๐—›๐—”

Dalam Sebuah Riwayat:

ู„ุง ูŠุฎุฑูุฌู ูŠูˆู…ูŽ ุงู„ูุทุฑู ุญุชู‘ูŽู‰ ูŠุทุนูŽู…ูŽุŒ ูˆู„ุง ูŠุทุนูŽู…ู ูŠูˆู…ูŽ ุงู„ุฃุถุญู‰ ุญุชู‘ูŽู‰ ูŠุตู„ู‘ููŠ

โ€œRasulullah tidak keluar pada hari raya Aidilfitri sehingga baginda makan terlebih dahulu, dan tidak makan pada hari Aidiladha sehingga setelah selesai solat sunat hari rayaโ€. (Riwayat Al-Tirmidzi)

"Memasyarakatkan Ilmu, Mengilmukan Masyarakatโ€

21/05/2026
20/05/2026

Address

Kompleks Pemuliaan Al Quran Negeri Pahang, Bahagian Penyelidikan, Jabatan Agama Islam
Kampong Chenor
28100

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kompleks Pemuliaan Al Quran Negeri Pahang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Kompleks Pemuliaan Al Quran Negeri Pahang:

Share