Wanita Keadilan Cabang Bakri

Wanita Keadilan Cabang Bakri Ikuti Page Official Keadilan Cabang Bakri untuk info terkini aktiviti, program komuniti dan kenyataan rasmi.

Bersama kita berkongsi maklumat, menyuarakan rakyat dan menggerakkan reformasi demi Bakri yang lebih maju dan sejahtera.

Ternyata dibawah pimpinan PMX adalah yang terbaik.
11/06/2026

Ternyata dibawah pimpinan PMX adalah yang terbaik.








11/06/2026

Anwar Masih Dominan Di Johor – AMK Johor

JOHOR BAHRU, 8 Jun – Timbalan Ketua AMK Johor, Sharwin Subramani mendakwa pengaruh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim masih lebih menonjol dalam kalangan rakyat Johor berbanding Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi.

Menurutnya, sambutan terhadap Anwar ketika pelancaran jentera Pakatan Harapan di Batu Pahat membuktikan Perdana Menteri masih mampu menarik sokongan rakyat pelbagai kaum secara sukarela.

Sharwin turut menegaskan bahawa kehadiran penyokong tidak wajar dijadikan ukuran mutlak sentimen pengundi Johor secara keseluruhan.

Beliau dalam masa sama mempersoalkan cadangan pembubaran awal DUN Johor walaupun BN masih memiliki majoriti besar di negeri itu.

Katanya, banyak kejayaan Johor hari ini turut bergantung kepada sokongan Kerajaan Persekutuan termasuk dalam aspek pelaburan, infrastruktur dan hubungan ekonomi dengan Singapura.

Pandangan Anda ?

terendah
10/06/2026

terendah

β›½πŸ‡²πŸ‡Ύ Harga petrol dan diesel di Malaysia kekal antara yang terendah di rantau ini walaupun berdepan tekanan kenaikan harga akibat konflik di Asia Barat.

Komitmen kerajaan memastikan bekalan dan harga kekal mampan memberi manfaat kepada pengguna serta ekonomi negara. πŸ‡²πŸ‡ΎπŸ€




LAWATAN NAIB PRESIDEN KEADILAN KE PUSAT BILIK GERAKAN UNDI DUN BUKIT NANING9 Jun 2026 | 12.30 Tengah HariAlhamdulillah, ...
09/06/2026

LAWATAN NAIB PRESIDEN KEADILAN KE PUSAT BILIK GERAKAN UNDI DUN BUKIT NANING

9 Jun 2026 | 12.30 Tengah Hari

Alhamdulillah, Pusat Bilik Gerakan Undi DUN Bukit Naning telah menerima kunjungan rasmi , YB Datok Seri Dr. Zaliha binti Mustafa Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat,bagi meninjau persiapan dan kesiapsiagaan jentera pilihan raya di peringkat akar umbi.

Kehadiran beliau telah disambut oleh Ketua Cabang Bakri, YB Md Yashrudin bin Kusni, Ketua Wanita Cabang, Puan Fion Lim, Ketua AMK Cabang, Puan Nazilah binti Jawahir, Pengarah Pilihan Raya Cabang, Encik Idrus bin Hamdani serta barisan Ahli Jawatankuasa Keadilan Cabang Bakri.

Lawatan ini memberi suntikan semangat dan motivasi kepada seluruh jentera untuk terus memperkukuhkan gerak kerja, mempererat perpaduan serta memastikan kemenangan Pakatan Harapan dan KEADILAN dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri Johor.

Terima kasih YB Datok Seri Dr. Zaliha atas sokongan, panduan dan komitmen yang tidak pernah luntur dalam memperjuangkan aspirasi rakyat.
Bersatu, Berkhidmat, Berjuang Demi Rakyat.

Lautan manusia memenuhi Majlis Pelancaran Jentera Pilihanraya Pakatan Harapan di Batu Pahat Johor..
07/06/2026

Lautan manusia memenuhi Majlis Pelancaran Jentera Pilihanraya Pakatan Harapan di Batu Pahat Johor..

πŸ”₯ PELANCARAN JENTERA PILIHAN RAYA PAKATAN HARAPAN JOHOR 2026 πŸ”₯Malam yang penuh semangat, penuh harapan dan penuh keyakin...
06/06/2026

πŸ”₯ PELANCARAN JENTERA PILIHAN RAYA PAKATAN HARAPAN JOHOR 2026 πŸ”₯

Malam yang penuh semangat, penuh harapan dan penuh keyakinan!

Pada 6 Jun 2026, ribuan anggota dan penyokong berhimpun di Kim's Park Business Centre, Batu Pahat bagi menjayakan Pelancaran Jentera Pilihan Raya Pakatan Harapan Johor.

Suasana yang panas berkobar-kobar dengan laungan semangat perjuangan membuktikan bahawa tekad untuk mempertahankan perpaduan, keadilan dan kemakmuran negeri Johor semakin utuh. Namun dalam kehangatan semangat tersebut, kita tetap berpegang kepada nilai berhemah, beradab dan saling menghormati.

Inilah kekuatan sebenar Pakatan Harapan – perpaduan yang dibina atas asas kerjasama antara kaum, saling memahami perbezaan dan bergerak bersama demi masa depan yang lebih baik untuk semua rakyat Johor.

Mari kita terus melangkah ke hadapan dengan semangat satu pasukan, satu matlamat dan satu harapan. Dengan kerja kuat, kesungguhan serta doa seluruh rakyat, kita akan membawa mesej perpaduan dan kemajuan ke setiap pelosok negeri.
Bersatu kita teguh. Berjuang kita mara. Johor untuk semua.

πŸ’™β€οΈπŸ€

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada YB Datuk Seri Dr. Zaliha Mustafa di atas pelantikan sebagai Naib Presiden KEADI...
06/06/2026

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada YB Datuk Seri Dr. Zaliha Mustafa di atas pelantikan sebagai Naib Presiden KEADILAN.

Pelantikan ini menjadi suntikan semangat baharu buat seluruh jentera KEADILAN, khususnya Wanita KEADILAN Negeri Johor, untuk terus melangkah dengan lebih tersusun, berani dan yakin dalam memperkukuh perjuangan rakyat.

Menjelang PRN Negeri Johor, Wanita KEADILAN Johor komited untuk terus menggerakkan kekuatan wanita, menyantuni rakyat di akar umbi dan membawa naratif perjuangan yang segar, progresif serta berpaksikan keadilan untuk semua.

Tahniah YB Datuk Seri Dr. Zaliha Mustafa.
Terus memimpin, terus menginspirasi, terus menyala demi rakyat dan reformasi.

Ikhlas daripada,
Wanita KEADILAN Cabang Bakri






🌹 DIRGAHAYU TUANKU 🌹Merafak sembah dan setinggi-tinggi ucapan tahniah sempena Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Ma...
01/06/2026

🌹 DIRGAHAYU TUANKU 🌹

Merafak sembah dan setinggi-tinggi ucapan tahniah sempena Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar.

Semoga Allah SWT mengurniakan Tuanku kesihatan yang berpanjangan, kesejahteraan, serta terus memayungi rakyat dan negara dengan penuh kebijaksanaan, keadilan dan kemakmuran.

Menjunjung kasih atas segala jasa dan pengorbanan Tuanku dalam memelihara perpaduan serta kedaulatan negara tercinta.
Daulat Tuanku! Daulat Tuanku! Daulat Tuanku!
Ikhlas daripada,

πŸ’™ Wanita Keadilan Cabang Bakri πŸ’™





18/05/2026

Address

No 1-5, Tingkat 3, Taman Bakri Indah, Batu 6, Jalan Bakri 2, 84200 Muar
Johor

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Wanita Keadilan Cabang Bakri posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share