15/06/2026
APM KLUANG
PAMERAN KARNIVAL TENTERA TURUN PADANG TAHUN 2026
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Kluang telah menyertai Pameran Karnival Tentera Turun Padang yang berlangsung pada 13 hingga 14 Jun 2026 di Dataran Masyarakat, Simpang Renggam.
Sepanjang karnival berlangsung, APM telah mempamerkan pelbagai aset operasi kepada pengunjung sebagai pendedahan mengenai peranan dan kesiapsiagaan pasukan dalam menghadapi situasi kecemasan dan bencana. Selain itu, kaunter pengambilan anggota turut dibuka bagi memberi peluang kepada masyarakat yang berminat untuk menyertai APM sebagai anggota sukarelawan.
Turut diadakan adalah sesi penerangan berkaitan pertahanan awam bagi meningkatkan kesedaran dan kefahaman masyarakat mengenai kepentingan persediaan menghadapi kecemasan serta peranan APM dalam membantu komuniti dan negara.
Terima kasih kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menjemput kami bagi memeriahkan program tersebut. Pameran ini dapat mendedahkan kepada orang awam tugas-tugas yang dilakukan oleh Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) terutamanya kepada Warga Kluang. Segala jenis kecemasan boleh terus hubungi talian kecemasan 999.
©️2026 Unit PRO APM Daerah KLUANG
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Johor
Jabatan Perdana Menteri