Balai Bomba Dan Penyelamat Bandar Penawar

Balai Bomba Dan Penyelamat Bandar Penawar Menjadi sebuah organisasi kebombaan dan penyelamatan yang berprestasi tinggi.

📍MAJLIS PERPISAHAN KETUA BALAI BBP BANDAR PENAWARSELAMAT MAJU JAYA BUAT YANG DIHORMATI PKPgB SOLEH BIN NASIRWarga Balai ...
12/09/2026

📍MAJLIS PERPISAHAN KETUA BALAI BBP BANDAR PENAWAR

SELAMAT MAJU JAYA BUAT YANG DIHORMATI PKPgB SOLEH BIN NASIR

Warga Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Penawar merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang Dihormati PKPgB Soleh bin Nasir atas segala jasa, kepimpinan, komitmen serta pengorbanan sepanjang menerajui BBP Bandar Penawar.

Sepanjang tempoh berkhidmat sebagai Ketua Balai, Tuan telah banyak mencurahkan ilmu, memberikan tunjuk ajar serta membimbing warga balai dengan penuh dedikasi dan keprihatinan. Kepimpinan yang tegas, prihatin serta sentiasa mengambil berat terhadap kebajikan anggota menjadi contoh dan inspirasi kepada seluruh warga balai.

Segala kenangan, nasihat dan pengalaman yang dikongsikan akan sentiasa terpahat dalam ingatan. Jasa dan bakti Tuan dalam memastikan kecemerlangan serta keharmonian BBP Bandar Penawar amatlah dihargai dan akan terus dikenang.

Majlis perpisahan ini turut diserikan dengan kehadiran ahli PERISMA serta Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Punggai yang bersama-sama memeriahkan majlis serta berkongsi detik bermakna sebagai tanda penghargaan dan kenangan.

Majlis diteruskan dengan sesi penyampaian cenderahati kepada PKPgB Soleh bin Nasir serta anggota yang akan berpindah atas urusan pusingan kerja, sebagai tanda penghargaan dan terima kasih atas segala jasa, sumbangan serta khidmat bakti yang telah diberikan sepanjang bersama warga BBP Bandar Penawar.

Seluruh warga BBP Bandar Penawar mendoakan agar Tuan dan anggota yang berpindah terus diberikan kesihatan yang baik, dipermudahkan segala urusan serta terus cemerlang dalam menjalankan amanah di tempat baharu.

Terima kasih atas segala jasa dan pengorbanan.
Selamat maju jaya dan selamat menjalankan tugas di tempat baharu.

Jasa dikenang, budi disanjung. 🚒🔥

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Johor
Bomba Channel
MEDIA DIGITAL JOHOR
Bomba Dan Penyelamat Zon Kota Tinggi

12/09/2026
Assalamualaikum, Salam JBPM Berprestasi Tinggi Cepat & Mesra, Salam Malaysia Madani & Salam Maju Johor.10  SEPTEMBER 202...
10/09/2026

Assalamualaikum, Salam JBPM Berprestasi Tinggi Cepat & Mesra, Salam Malaysia Madani & Salam Maju Johor.

10 SEPTEMBER 2026 (KHAMIS)

Telah berlangsung Pemeriksaan Perhimpuanan Bulanan Kit Inspection yang diketuai oleh Ketua Balai BBP Bandar Penawar PKPgB Soleh Bin Nasir dan diadakan Mesyuarat Pentadbiran Balai Bil 5/2026 serta Mesyuarat PSKK Bil 5/2026 Cawangan Balai Bomba Dan Penyelamat Bandar Penawar yang dihadiri oleh seluruh anggota BBP Bandar Penawar.

Sekian, Untuk Makluman.
Terima Kasih.

Bomba Channel
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Johor
Bbp Bandar Penawar Johor
MEDIA DIGITAL JOHOR

06/09/2026

UCAPAN PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH

Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kota Tinggi merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua agensi, pasukan penyelamat serta komuniti setempat yang telah memberikan komitmen, kerjasama dan pengorbanan sepanjang operasi mencari dan menyelamat (SAR) empat mangsa lemas di Pantai Tanjung Lompat, Kota Tinggi.

Penghargaan khusus ditujukan kepada:

🔷 Polis Diraja Malaysia (PDRM)
🔷 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
🔷 Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia
🔷 Jabatan Pertahanan Awam Malaysia
🔷 Kementerian Kesihatan Malaysia
🔷 Persatuan Pengusaha Bot Rekreasi
Tanjung Lompat, Desaru
🔷 Para nelayan
🔷 Orang kampung dan komuniti setempat
🔷 Serta semua pihak yang turut membantu secara
langsung mahupun tidak langsung sepanjang
operasi berlangsung.

Kesungguhan, keberanian, keprihatinan dan semangat kebersamaan yang ditunjukkan oleh semua pihak amatlah dihargai. Sumbangan tenaga, masa dan kepakaran dalam usaha mencari mangsa sehingga operasi selesai merupakan satu pengorbanan yang amat bermakna kepada keluarga mangsa dan seluruh masyarakat.

Jasa dan bakti semua pihak akan sentiasa dikenang. Semoga segala usaha dan pengorbanan yang dicurahkan menjadi amal kebajikan serta mendapat keberkatan daripada Allah SWT.

Kota Tinggi Mengungguli, Sehati Memperkasa Manusiawi, Memartabat Insani.












* PBK I FAIZAL BIN AHMAD (BBP SEBANA COVE)* PBK II AZLAN BIN MAT SANI (BBP SEBANA COVE)* PBK II AZIZI MUZAFFAR BIN KHAIR...
01/09/2026

* PBK I FAIZAL BIN AHMAD (BBP SEBANA COVE)
* PBK II AZLAN BIN MAT SANI (BBP SEBANA COVE)
* PBK II AZIZI MUZAFFAR BIN KHAIRI (BBP MERSING)
* PBK II AZLAN BIN MOHD SOBRI (BBP SEBANA COVE)
* PB CORNELIUS LAWRANCE (BBP KOTA TINGGI)
*PB ALFEUS INGGI (BBP KOTA TINGGI )

Seluruh warga Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Penawar merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas segala jasa serta kenangan yang telah tercipta bersama.

Semoga terus maju jaya, dipermudahkan segala urusan dan terus cemerlang di tempat bertugas yang baharu.

Jauh di mata, namun jasa dan kenangan tetap terpahat.Selamat maju jaya dan terima kasih atas segalanya.

01/09/2026
MAJLIS PENGHARGAAN “JASAMU DIKENANG” Pada 31 Ogos 2026, Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Penawar telah mengadakan Majli...
01/09/2026

MAJLIS PENGHARGAAN “JASAMU DIKENANG”

Pada 31 Ogos 2026, Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Penawar telah mengadakan Majlis Penghargaan “Jasamu Dikenang” sempena pertukaran enam orang anggota BBP BANDAR PENAWAR.

Majlis ini diadakan sebagai tanda penghargaan atas segala jasa, khidmat bakti, komitmen serta sumbangan yang telah dicurahkan sepanjang bertugas bersama warga kerja BBP BANDAR PENAWAR.

Pegawai yang diraikan:

* PBK I FAIZAL BIN AHMAD (BBP SEBANA COVE)
* PBK II AZLAN BIN MAT SANI (BBP SEBANA COVE)
* PBK II AZIZI MUZAFFAR BIN KHAIRI (BBP MERSING)
* PBK II AZLAN BIN MOHD SOBRI (BBP SEBANA COVE)
* PB CORNELIUS LAWRANCE (BBP KOTA TINGGI)
*PB ALFEUS INGGI (BBP KOTA TINGGI )

Seluruh warga Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Penawar merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas segala jasa serta kenangan yang telah tercipta bersama.

Semoga terus maju jaya, dipermudahkan segala urusan dan terus cemerlang di tempat bertugas yang baharu.

Jauh di mata, namun jasa dan kenangan tetap terpahat.Selamat maju jaya dan terima kasih atas segalanya.

LAWATAN KEBAJIKAN ANGGOTA BBP BANDAR PENAWAR24 Ogos 2026 – Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Penawar, PKPgB Soleh ...
24/08/2026

LAWATAN KEBAJIKAN ANGGOTA BBP BANDAR PENAWAR

24 Ogos 2026 – Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Penawar, PKPgB Soleh bin Nasir, telah meluangkan masa menziarahi dan melawat anggota yang sedang menerima rawatan, Pegawai Bomba Tinggi I (PBT I) Shahrol bin Suboh, di Hospital Pasir Gudang.

Beliau baru sahaja selesai menjalani pembedahan dan kini sedang dalam proses pemulihan. Lawatan ini merupakan tanda keprihatinan serta sokongan moral daripada pihak pengurusan balai kepada warga kerja yang sedang diuji dengan kesihatan.

Semoga PBT I Sharol bin Suboh diberikan kesembuhan segera, dipermudahkan segala urusan serta kembali pulih seperti sediakala.

Address

Balai Bomba Dan Penyelamat Dan Bandar Penawar , Jalan Dato Wan Idris Bandar Penawar
Johor Darul Takzim
81930

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Balai Bomba Dan Penyelamat Bandar Penawar posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Balai Bomba Dan Penyelamat Bandar Penawar:

Shortcuts

Share