01/06/2026
01 Jun 2026 @ 11.45 am - Situasi Trafik Di Kompleks CIQ Bangunan Sultan Iskandar
Trafik kenderaan ringan bergerak sedikit perlahan menuju ke pemeriksaan masuk. Aliran pelawat di dewan penumpang bas masuk turut meningkat. Tiada kesesakan luar biasa dilaporkan di zon-zon pemeriksaan imigresen lain di dalam bangunan.
Pengembara serta pengguna jalanraya lain yang sedang memandu berhampiran BSI diingatkan agar sentiasa peka terhadap papan tanda laluan mengikut jenis kenderaan bagi mengelakkan kesesakan yang berpunca daripada kesilapan memilih laluan.
Semua pengembara adalah dinasihatkan untuk memuat turun aplikasi MyNIISe melalui Apple App Store, Google Play atau Huawei AppGallery bagi menggunakan kemudahan pemeriksaan secara digital di lorong khas yang disediakan.
PERINGATAN MESRA:
❗️Pastikan dokumen perjalanan anda teratur dan masih dalam sah laku sebelum memasuki kaunter pemeriksaan imigresen.
❗️Kemukakan visa bagi negara yang memerlukan visa.
❗️Tambah nilai kad Touch 'N Go dan pastikan baki kad anda mencukupi sebelum tiba ke Bangunan Sultan Iskandar.
❗️Anda diwajibkan menyemak status kelayakan di portal MALAYSIA DIGITAL ARRIVAL CARD (MDAC) dan mengisi butiran perjalanan sebelum tiba di Bangunan Sultan Iskandar.
Untuk keselesaan dan keselamatan semua, patuhi segala panduan/arahan berkaitan yang dipaparkan dan beri laluan kepada yang lebih memerlukan. Kesabaran anda amatlah dihargai.
Klik butang 𝑭𝑶𝑳𝑳𝑶𝑾 dan 𝑳𝑰𝑲𝑬 Media Sosial AKPS Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Media Sosial Rasmi Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) bagi mendapatkan informasi terkini dan aktiviti AKPS.
✅️ Facebook AKPS BSI
https://www.facebook.com/akpsbsi
✅ TikTok AKPS BSI
https://www.tiktok.com/.bsi
✅️ Facebook AKPS MALAYSIA
https://www.facebook.com/mybordercontrol