24/09/2023
1. 10 tahun lalu UTM mengujudkan UTMLead. Antara tujuannya ialah membangunkan staf akademik dari aspek kepimpinan (selain dari kemahiran berkaitan pengajaran, penyeliaan dan tugas2 khusus seorang ahli akademik yang di jalankan oleh CTL) dan menyediakan bakat2 kepimpinan yang sesuai untuk mengambil tanggungjawab sebagai pemimpin di semua peringkat termasuk mempunyai kualiti sebagai pemimpin diri sendiri. Bagi saya satu aspek penting seorang ahli akademik.
2. Ini dilakukan atas kesedaran/keinsafan saya sendiri ketika itu yang menjadi NC tanpa melalui proses yang mantap untuk menerajui sebuah institusi seperti UTM. Malah ramai rakan2 akademik yang menerajui Fakulti/PTJ tidak mempunyai program tersusun yang boleh membantu mereka menjalankan tanggungjawab dengan lancar dan berkesan.
3. UTMLead yang khusus di wujudkan kerana cabaran menguruskan pembangunan kepimpinan staf akademik sangat kritikal dan ketika itu Unit yang menguruskan pembangunan staf di UTM menghadapi cabaran mendapatkan komitmen staf akademik.
4. Di peringkat KPT memang ada AKEPT. Namun AKEPT ketika itu hanya mampu memberi fokus kepada membangunkan bakat diperingkat tinggi.
4. Memang betul UTM sangat bernasib baik kerana sentiasa mempunyai staf akademik yang sanggup mengambil tanggungjawab kepimpinan dan mereka ini sangat berbakat dan berjaya melaksanakan tanggungjawab. Mana mungkin UTM berjaya cemerlang sehingga kini, jika para pemimpin di semua peringkat tidak berkualiti. Namun kita lihat ada institusi yang masih ketandusan bakat pemimpin.
5. Namun cabaran berterusan menguruskan institusi pengajian tinggi memerlukan pemimpin2 lebih bersedia dengan ilmu yang mantap dan kemahiran yang lebih menyeluruh. Sekali pandang mungkin tiada isu, namun menyelami lebih dalam, akan nampak berbagai cabaran yang berlaku. Bagi saya tidak adil kepada mereka yang dilantik menerajui Fakutil/PTJ tanpa dibantu membuat persediaan sewajarnya. Ini refleksi diri saya sendiri.
5. Kini UTM pergi lebih jauh iaitu membuat transformasi pengurusan sumber manusia (people governance) dan Pendaftar mengambil alih pembangunan kepimpinan staf akademik. UTMLead kini menjadi CTLD (Center for Talent and Leadership Development). Ini lebih holistik kerana keseluruhan pembangunan bakat kepimpinan staf kini (akademik dan staf bukan akademik) di bawah tanggungjawab Pendaftar. Syabas UTM.
6. Integrasi ini sangat baik kerana staf akademik dan bukan akademik akan beriringan membina kemahiran kepimpinan. Impaknya pasti lebih baik kepada UTM insyaAllah.
7. Saya menulis panjang kerana saya dan beberapa rakan yang bersara masih dilibatkan berkongsi dalam skop yang sesuai untuk kami. Program terbaru minggu lepas (20 -21 Sept), siri Executive Onboarding. Selain turut terlibat sekali sekala dalam program kecil-kecilan CTLD.
7. Penglibatan 'orang lama' atau 'otai' adalah satu keunikan . Tahniah dan syabas UTM.