29/05/2026
Khamis I 28 Mei 2026
Semalam berlangsung Program Korban Perdana Peringkat FELDA Wilayah Johor Bahru telah berjaya diadakan bertempat di Pusat Sembelihan KAF FELDA Adela. Program ini merupakan penganjuran julung kali yang dilaksanakan hasil kerjasama antara Pengurusan FELDA Wilayah Johor Bahru, Gabungan JKKR FELDA Wilayah dan KAF FELDA Adela.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YB Aznan bin Tamin selaku Exco Pendidikan Dan Penerangan Negeri Johor merangkap ADUN Tanjung Surat. Turut hadir memeriahkan program ialah Encik Mahmud bin Ibrahim, Timbalan Pengarah Wilayah (Operasi) dan Puan Maznon Binti Yaacob, Timbalan Pengarah Wilayah (Pentadbiran).
Selain itu, program ini turut dimeriahkan bersama kehadiran oleh Pengurus Rancangan, Ketua Peneroka, Pengerusi GPW, Pengerusi MBFM serta Pengerusi KAF dari seluruh rancangan FELDA Wilayah Johor Bahru.
Sebanyak lima ekor lembu sumbangan rancangan dibawah Gabungan JKKR FELDA Wilayah Johor Bahru telah selamat disembelih dan diagihkan kepada para penerima dalam program yang berlangsung pada hari ini.
Penganjuran program telah mendapat sambutan yang meriah serta dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara warga FELDA di samping menyemarakkan semangat kerjasama dan pengorbanan dalam kalangan masyarakat.
Aznan Tamin
FELDA - Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan