Balai Polis Kangkar Pulai

Balai Polis Kangkar Pulai pdrm

16 Mei 2026 - Family Day 2026, anjuran IPD Iskandar Puteri bertempat di Forest City..
16/05/2026

16 Mei 2026 - Family Day 2026, anjuran IPD Iskandar Puteri bertempat di Forest City..

05/05/2026

PEMAKLUMAN PENUTUPAN SEMENTARA LAMPU ISYARAT (SWITCH OFF)

Lampu isyarat di 6 persimpangan sepanjang Lebuh Pontianโ€“Skudai (FT005) akan dipadam sementara bagi kerja pengujian dan penaiktarafan sistem lampu isyarat pintar oleh Majlis Bandaraya Iskandar Puteri.

๐Ÿ“ Lokasi terlibat
โ€ข Persimpangan Taman Sri Pulai
โ€ข Persimpangan Pulai Perdana / Taman Teratai
โ€ข Persimpangan Pulai Jaya / Pulai Perdana 2
โ€ข Persimpangan Bandar Baru Kangkar Pulai
โ€ข Persimpangan Pulai Indah
โ€ข Persimpangan Pulai Hijauan

Kerja ini susulan lawatan YB Fazli Salleh dan YAB Datoโ€™ Onn Hafiz Ghazi serta proses penyerahan lampu isyarat daripada Jabatan Kerja Raya Malaysia kepada MBIP.

๐Ÿ—“ Tarikh: 4 โ€“ 7 Mei 2026 (Isnin โ€“ Khamis)
โฐ Masa: 10.00 malam โ€“ 5.00 pagi

Sepanjang tempoh ini, bekalan kuasa lampu isyarat akan ditutup sepenuhnya bagi ujian insulation resistance, voltan dan earthing.

Pengguna jalan raya dinasihatkan supaya lebih berhati-hati dan peka terhadap keadaan trafik di laluan terlibat. Terima kasih atas kerjasama anda.

16/04/2026

Part 2 - Persiapan Pertandingan perumahan terbaik PDRM Kontinjen Johor 2026..

Terima kasih atas kata-kata penghargaan yang sangat bermakna. Kami warga kerja Balai Polis Kangkar Pulai akan terus komi...
27/03/2026

Terima kasih atas kata-kata penghargaan yang sangat bermakna. Kami warga kerja Balai Polis Kangkar Pulai akan terus komited menjalankan amanah demi keselamatan dan ketenteraman masyarakat. Sokongan serta kepercayaan anda menjadi inspirasi untuk kami berkhidmat dengan lebih baik. ๐Ÿ™

Sebagai makluman, VSP (Volunteer Smartphone Patrol) adalah aplikasi yang dilancarkan oleh Polis Diraja Malaysia bagi membolehkan orang ramai menyalurkan maklumat, membuat laporan awal serta berkongsi status keselamatan kawasan secara pantas terus kepada pihak polis. Penggunaan aplikasi ini amat membantu dalam meningkatkan keselamatan komuniti bersama.



20/03/2026
14/03/2026

๐Ÿ“Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri 2026๐Ÿ“

Warga Kerja Balai Polis Kangkar Pulai, IPD Iskandar Puteri Johor ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada semua Masyarakat beragama Islam khususnya di kawasan Pentadbiran Balai Polis Kangkar Pulai.

Semoga Aidilfitri disambut dengan penuh kegembiraan, keamanan dan keharmonian bersama keluarga tercinta.

Salam Lebaran daripada kami di Balai Polis Kangkar Pulai ๐Ÿš”

๐Ÿ’™ LAWATAN KEBAJIKAN & PRIHATIN ๐Ÿ’™Kangkar Pulai - 28 Feb 2026, Timbalan Ketua Polis Daerah IPD Iskandar Puteri, Supt Mohd ...
28/02/2026

๐Ÿ’™ LAWATAN KEBAJIKAN & PRIHATIN ๐Ÿ’™

Kangkar Pulai - 28 Feb 2026, Timbalan Ketua Polis Daerah IPD Iskandar Puteri, Supt Mohd Azlan Bin Abdul Kadir telah mengadakan lawatan kebajikan bagi menziarahi ACP (B) Ibrahim bin Mat Som susulan kejadian kebakaran yang berlaku di kediaman beliau pada 28 Februari 2026 Jam 0930hrs

Lawatan ini bertujuan meninjau keadaan semasa, memastikan kebajikan beliau sentiasa terpelihara serta menyampaikan sokongan moral dan bantuan yang sewajarnya. Semoga beliau terus diberikan kekuatan dan dipermudahkan segala urusan. ๐Ÿคฒโœจ

Turut hadir sama S/Insp Wan Azhar bin Wan Ariffin, Ketua Polis Balai Kangkar Pulai, Insp (PB) Venilen a/l S Maruthamuthu, Polis Bantuan Sunway, dan Anggota Balai Polis Kangkar Pulai.

๐Ÿ’™๐Ÿ‘ฎโ€โ™‚๏ธ

Address

Lot 3235, Pekan Lama Kangkar Pulai
Johor Bahru
81110

Telephone

+6075271255

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Balai Polis Kangkar Pulai posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Balai Polis Kangkar Pulai:

Share