04/06/2025
Salam Malaysia Madani.
Kepada : Semua Guru Negeri Johor (SMK sahaja)
Daripada : Urus setia Pengambilan Calon Nazir, Jemaah Nazir Negeri Johor
Per : Kekosongan Jawatan Nazir Sekolah, Jemaah Nazir Negeri Johor.
Perkara di atas adalah dirujuk.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa terdapat kekosongan jawatan nazir seperti ketetapan berikut :
a. Nazir Sekolah
i. Opsyen Bahasa Melayu/ Kesusasteraan Melayu (SMK sahaja)
ii. Opsyen PJK (SMK sahaja)
iii. Opsyen Bahasa Inggeris (SMK sahaja)
- Terbuka kepada PPP gred DG10 /12 (DG44 /48)
- Lelaki @ Wanita
- Sihat tubuh badan
- Boleh bertugas di luar daerah
- Bebas dari tatatertib
- Personaliti menarik
3. Permohonan boleh dibuat dengan menghantar resume menerusi emel di alamat : [email protected]
Sila tuliskan Nazir BM/ BI/PJK di muka hadapan atas sebelah kanan resume.
4. Tarikh tutup permohonan pada 9 Jun 2025. Sebarang pertanyaan boleh hubungi Dr Abd Rahim bin Abdul Rahman di talian 019 7143511.
5. Mohon jasa baik tn/pn pengetua untuk menghebahkan kepada guru tn/pn.
6. Kerjasama tn/pn berhubung perkara ini diucapkan ribuan terima kasih.
URUS SETIA