19/05/2026
SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SK PADANG LUAS 2026
🍂 Tarikh: 18 Mei 2026
🍂 Masa : 9:00 pagi
🍂 Venue : Dewan Al Khindi
🍂 Tema Outfit : Color blocking
“Guru Bitara,Nadi Negara” yang membawa maksud yang begitu mendalam di era zaman globalisasi dan digital. Guru Bitara membawa maksud guru unggul yang memiliki profesionalisme yang tinggi, berintegriti, berketrampilan dan menjadi role model yang ulung manakala Nadi Negara membawa maksud guru sebagai jantung yang menghidupkan dan menggerakkan pembangunan negara.
Selaras dengan motto ini,diharapkan guru-guru bukan sahaja Bitara dalam bidang masing-masing namun mampu melakukan apa sahaja perkara meskipun diluar bidang kepakaran sendiri.
Terima kasih atas segala jasa dan pengorbanan guru dalam melahirkan generasi yang berakhlak,berilmu dan berfikiran kritis dalam dunia digitalisasi.
Semoga semua guru-guru di Malaysia diberi kesihatan yang baik dan terus cemerlang dalam mendidik anak bangsa.
Terima kasih Cikgu!!
Budi guru tidak mampu dibalas meskipun dengan segunung intan dan berlian.