MARDI Besut

MARDI Besut Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia

"Dari Besut ke persada antarabangsa! Siapa sangka, kilang gergasi dari Besut ini merupakan pengeluar di sebalik pelbagai...
07/08/2026

"Dari Besut ke persada antarabangsa!

Siapa sangka, kilang gergasi dari Besut ini merupakan pengeluar di sebalik pelbagai jenama minuman popular.Produk berkualiti tinggi dengan pensijilan penuh MeSTI, HALAL, GMP, dan HACCP ini bukan sahaja menguasai pasar raya utama tempatan ,malah telah berjaya dieksport ke luar negara.

Tahniah MGV Industries Sdn Bhd! Bukti jelas bahawa usahawan tempatan mampu bersaing dan berdiri sama tinggi di peringkat global! πŸš€πŸ‘

"Keropok lekor asli Terengganu tembus pasaran antarabangsa sampai ke Qatar!Beroperasi dari Kg. Baru Penarik, Setiu, jena...
07/08/2026

"Keropok lekor asli Terengganu tembus pasaran antarabangsa sampai ke Qatar!

Beroperasi dari Kg. Baru Penarik, Setiu, jenama MOKKU kini menjadi sebutan ramai peminat hasilan ikan.
Dari jualan di kedai hadapan bengkel, kini keropok lekor dan keropok keping MOKKU bukan sahaja memenuhi pasaran tempatan di Terengganu, Perak, Selangor, KL, dan Johor, malah mampu dieksport ke Qatar melalui agen! Jualan ribuan batang keropok lekor dan botol sos pencicah sebulan sememangnya tidak boleh disanggah lagi.

Pada 21 Julai yang lalu, tim MARDI Besut telah mengadakan lawatan khidmat nasihat bagi memastikan kualiti dan potensi perniagaan ini terus berada di tahap terbaik. Bimbingan berterusan akan terus disalurkan supaya usahawan kita ini makin kukuh dan terus berkembang pesat!
Syabas Tengku Mahani dan Mokku Industry! Moga jenama MOKKU terus gah di dalam dan luar negara!

Mengidam keropok lekor panas-panas atau nak buat stok frozen? Jom hubungi Mokku Industry sekarang! πŸ‘‡πŸ‘‡

πŸ“ Premis: Lot 6241, Kampung Baru Penarik, 22120 Permaisuri, Setiu, Terengganu
πŸ“ž Tempah Laju-Laju: 019-9921489

Aqemny Venture beroperasi di Pusat 3P Pertanian, Kawasan Perindustrian Sg. Bari, Sungai Tong.  Bermula secara kecil-keci...
07/08/2026

Aqemny Venture beroperasi di Pusat 3P Pertanian, Kawasan Perindustrian Sg. Bari, Sungai Tong. Bermula secara kecil-kecilan, jenama AQEMNY kini makin berkembang pesat dengan pelbagai rangkaian snek tradisional kegemaran ramai seperti Rempeyek (Kacang Tanah, Bilis, Dhal & Kacang Hijau), Buah Rotan, hingga ke Bunga Durian! Paling penting, kualiti dan kebersihan produk terjamin.

Kini produk keluaran Aqemny Venture telah pun berada di pasaran utama seperti Hypermarket Sabasun Terengganu dan Agrobazaar FAMA Kuala Terengganu. Sokongan serta bimbingan teknikal berterusan daripada MARDI akan terus menyokong pemerkasaan usahawan tempatan agar mampu melangkah lebih jauh!
Tahniah Aqemny Venture! Moga terus terbang tinggi dan menjadi kebanggaan usahawan snek tempatan!

Korang yang nak rasa snek ranggup AQEMNY, boleh dapatkan di pasaran atau hubungi terus usahawan kita! πŸ‘‡πŸ‘‡

πŸ“ Lokasi: Pusat 3P Pertanian, Kawasan Perindustrian Sg. Bari, 21500 Sg. Tong, Terengganu
πŸ“ž Hubungi / Tempah: 011-12458582

Pada 13 Julai yang lalu, pasukan MARDI Besut telah menyertai warga kerja MARDI Zon Timur (Kelantan, Pahang & Terengganu)...
06/08/2026

Pada 13 Julai yang lalu, pasukan MARDI Besut telah menyertai warga kerja MARDI Zon Timur (Kelantan, Pahang & Terengganu) bagi Sesi Perkongsian Dapatan Audit Dalam MARDI Bilangan 4 yang berlangsung di MARDI Cherating. Sesi penuh manfaat ini menjadi panduan penting dalam memahami dapatan pengauditan, sekali gus memastikan setiap prosedur kewangan dan pentadbiran stesen dilaksanakan dengan telus.

Satu penghormatan buat MARDI Besut apabila En. Fikri dan Pn. Ayuni telah dilantik sebagai Juri bagi Program Peluncuran P...
06/08/2026

Satu penghormatan buat MARDI Besut apabila En. Fikri dan Pn. Ayuni telah dilantik sebagai Juri bagi Program Peluncuran Produk Makanan Baharu 2026 yang berlangsung di Dewan Auditorium Ibn Khaldun, UniSZA Kampus Besut!

Program anjuran Pusat Pengajian Industri Makanan (FBIM) ini menyaksikan hasil kreativiti dan inovasi pelajar tahun akhir bagi kursus Inovasi & Pembangunan Makanan serta Pembangunan Produk Makanan. Pelbagai produk makanan baharu yang unik, berpotensi komersial, dan berdaya saing telah dinilai secara teliti dari segi kualiti, formulasi, dan kebolehpasaran.

Sinergi mantap antara agensi penyelidikan dan institusi pengajian tinggi ini sangat penting dalam mencungkil bakat penemu teknologi makanan masa depan. Syabas UniSZA dan tahniah kepada semua pelajar atas hasil inovasi yang luar biasa! πŸ‘πŸš€24 JUN 2026

Fasa baharu bermula! projek IPR-INTAN Bukit Bidong kini makin ampuh dan sedia melangkah ke fasa seterusnya!" 🌾🚜✨Terima k...
06/08/2026

Fasa baharu bermula! projek IPR-INTAN Bukit Bidong kini makin ampuh dan sedia melangkah ke fasa seterusnya!" 🌾🚜✨

Terima kasih ke pada semua ahli jawatankuasa dan agensi yang terlibat atas komitmen padu. Moga kerjasama erat ini membuahkan hasil yang cemerlang buat seluruh komuniti di Setiu! πŸ€πŸš€ 22 JUN 2026

Kisah perjuangan Pn. Khairil Bariah (Kak Tah) dari Khairilza Enterprise memang sangat menginspirasikan. Beroperasi dari ...
05/08/2026

Kisah perjuangan Pn. Khairil Bariah (Kak Tah) dari Khairilza Enterprise memang sangat menginspirasikan. Beroperasi dari Kg. Sri Kenangan, Sungai Tong, Setiu, perniagaan rempeyek jenama KAK TAH ini menawarkan pelbagai variasi ranggup seperti Rempeyek Kacang Tanah, Dhal, Kacang Hijau, Bilis, dan Campuran.

Tahniah Kak Tah atas kegigihan dan pencapaian hebat ini. Semoga perniagaan rempeyek KAK TAH terus maju jaya dan menembusi pasaran yang lebih luas! πŸ€²πŸš€
Siapa kat sini peminat rempeyek ranggup Kak Tah? Jom pakat borong dan sokong usahawan tempatan kita! πŸ‘‡πŸ‘‡
πŸ“ Alamat Premis: Kg. Sri Kenangan, Plong, 21500 Sg. Tong, Setiu, Terengganu
πŸ“ž Hubungi / Tempah: 013-9402447

MARDI Besut berpeluang mendengar penerangan jelas dan terperinci daripada En. Rosmi mengenai  inisiatif kebajikan pentin...
05/08/2026

MARDI Besut berpeluang mendengar penerangan jelas dan terperinci daripada En. Rosmi mengenai inisiatif kebajikan penting iaitu Program Kad Perubatan MAKSAK Medicare, Skim Perlindungan Kesihatan MAKSAK Ikhtiari, dan Dana Persaraan.

Terima kasih diucapkan kepada En. Rosmi atas perkongsian maklumat yang amat bermanfaat. Moga ilmu serta info yang diperoleh hari ini membantu warga MARDI Besut membuat keputusan terbaik demi kebajikan diri dan keluarga tercinta! 🀝15 JUN 2026

Alhamdulillah, selesai sudah dua hari berkursus bersama warga kerja pantai timur. Melalui program ini, pengetahuan diper...
05/07/2026

Alhamdulillah, selesai sudah dua hari berkursus bersama warga kerja pantai timur. Melalui program ini, pengetahuan dipertingkatkan lagi dalam selok-belok urusan kewangan, sekali gus memastikan pengurusan Dana Pusingan stesen kita berjalan dengan lebih lancar, telus, dan cekap!

Terima kasih MARDI Kuala Terengganu atas penganjuran kursus yang terbaik ini. Moga ilmu yang dapat ni kita manfaatkan sama-sama demi kecemerlangan organisasi kita! 🀝

"Lebih 1,000 pek keropok lekor vakum terjual setiap minggu! Memang padu rasa ikan segar Makming Sdn. Bhd.!"Bukan setakat...
23/05/2026

"Lebih 1,000 pek keropok lekor vakum terjual setiap minggu! Memang padu rasa ikan segar Makming Sdn. Bhd.!"

Bukan setakat keropok lekornya yang premium dan berkualiti tinggi, Makming juga buat sos pencicah sendiri yang pekat, manis pedas mmolek, memang secocok sangat bila dicicah bersama!

Lokasi premis pun sangat strategik dan mudah dicari, betul-betul tepi jalan utama dengan papan tanda kuning yg terang. Senang sangat untuk korang singgah borong buat stok dalam peti rumah.

Jom pakat serbu outlet Makming sekarang untuk dapatkan stok keropok vakum dan sos pencicah padu mereka, atau tag kawan korang kat bawah untuk pakat kirim! πŸ‘‡πŸ‘‡

Address

Jalan JERTEH-KUALA TERENGGANU, KAMPUNG APAL
Jerteh
22000

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 15:00
Sunday 09:00 - 17:00

Telephone

+60139810096

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when MARDI Besut posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share