11/03/2024
MashaALLAH, ayah kepada member meninggal hampir awal Ramadan..baru meninggal petang tadi di Hospital Sungai Buluh,Selangor;
Ni baru ja sampai tadi di Raja Alias Jempol,Negeri Sembilan.
“Maha Suci ALLAH, TUHAN Yang Maha Gagah, Tunggal dengan Kekuasaan dan Kekal Selama-Lamanya. ALLAH yang telah menggagahi hamba-hambaNYA dengan mati dan binasa untuk menilai kedudukan amal bakti.”
“Kalau-kalau siapakah di antara kamu yang telah berjasa, bahawa sesungguhnya amal usaha kamu itu kelak (pada Hari Akhirat) akan diperlihatkan segala sesuatu pastilah binasa dan tetap kekal hanyalah zat ALLAH, TUHAN Yang Maha Esa. Baginya segala macam hukuman dan kepadanya kamu sekalian akan berbicara.“
“Tiap-tiap yang bernyawa akan mati dan bahawa sesungguhnya akan disempurnakan balasan-balasan pahala kamu pada hari akhirat kelak. Maka barang siapa dielakkan daripada tercebur ke dalam neraka dan sebaliknya dimasukkan p**a ke dalam syurga, maka dialah orang yang benar-benar berjaya. Hidup di dunia ini hanyalah hidup s**a-s**a buat sementara waktu yang penuh dengan tipu daya”
”Daripada tanah kamu telah Kami jadikan, ke dalam tanah kamu akan Kami kembalikan, dan dari dalam tanah p**a kamu akan Kami keluarkan pada suatu hari ketika nanti. Daripada tanah kamu telah Kami jadikan iaitu untuk mencari ganjaran dan pahala, ke dalam tanah kamu Kami kembalikan iaitu untuk habuan ulat dan tanah juga”.
“Dengan nama ALLAH dan dengan keagungan ALLAH, berpunca daripada ALLAH dan berbalik kepada ALLAH, dan atas dia Qiamat iaitu sesuatu yang telah dijanjikan oleh ALLAH dan benar sungguhlah Rasul-rasul itu bahawa tiadalah Qiamat itu, melainkan Tempikan yang sekali sahaja, maka sekonyong-konyong manusia itu semuanya mati”.
“Wahai hamba ALLAH, anak daripada dua hamba ALLAH, semoga kamu dikurniakan rahmat oleh ALLAH, dunia ini telah pergi meninggalkan kamu dan kamu p**a telah meninggalkan segala perhiasan dunia, sekarang kamu telah berada di Alam Barzakh (iaitu satu daripada beberapa banyak lagi alam.”
“Kerana menunggu Akhirat, oleh yang demikian janganlah p**a kamu lupa ikatan janji taat setiamu yang ada semasa kamu meninggalkan kami waktu menuju Alam Akhirat, iaitu pengakuan bahawa Tiada Tuhan Yang Disembah Dengan Sebenar-Benarnya Melainkan ALLAH, Muhammad Itu Pesuruh ALLAH."
“Apabila tiba dua malaikat yang kedua-duanya sebagai Wakil daripada Allah untuk menyoal kamu dan orang-orang lain yang sudah mati seperti kamu, maka tiadalah kiranya kamu menjadi terkejut atau merasa gerun kerana kedua-dua malaikat itu sama seperti kamu sebagai makhluk Allah”.
“Apabila tiba kedua-dua malaikat itu dan dia bertanyakan kamu, Siapa Tuhan Kamu, Siapa Nabi Kamu, Apa Agama Kamu, Apa Kepercayaan Kamu, Apa Ikutan Kamu, Apa Kiblat Kamu, Siapakah Saudara Kamu?. Apa Keyakinan Kamu Semasa Mati Kamu, maka jawabkan :
“Allah Tuhanku dan apabila malaikat itu bertanya lagi maka jawabkan juga, Allah Tuhanku, dan apabila kedua-duanya bertanya untuk kali ketiganya, iaitu pertanyaan terakhir menentukan kebaikan, maka jawabkanlah : bahawa Allah Tuhanku, Muhammad Nabiku, Islam Agamaku, Al-Quran Ikutanku.”
“Orang-orang Islam Seluruhnya Saudara Kepada Aku, Aku Telah Hidup, Malah Telahpun Mati Tetapi Aku Tetap Dengan Pengakuanku Bahawa Tiada Tuhan Yang Disembah Sebenar-Benarnya Melainkan Allah Dan Bahawasanya Muhammad Itu Sebenar-Benarnya Pesuruh Allah.”
“Peganglah wahai hamba Allah dengan keterangan ini dan ketahuilah bahawa sesungguhnya engkau akan tetap tinggal di Alam Barzakh ini hingga ke suatu masa apabila sekelian penghuni kubur dibangkitkan kerana berbicara di hadapan Tuhan”.
“Maka apabila ditanyakan berkenaan seorang Lelaki yang telah dilantik untuk kamu dan makhluk-makhluk lain sekelian, maka katakan bahawa orang itu ialah Muhammad Rasulullah SAW. yang telah mengemukakan kepada kami penjelasan-penjelasan nyata dan benar daripada Tuhannya. Kami telah ikuti dan percaya akan dia. Malah kami akukan yang ia betul benar dengan Kerasulannya. Maka sebaik-baik sahaja selepas masing-masing berundur, katakanlah :-
yang bererti ”Cukuplah untukku hanya Allah, tiada tuhan yang disembah yang sebenar-benarnya melainkan Dia. Kepadanya aku berserah, Dialah Tuhan yang empunya pemerintahan yang maha besar”.
“Ketahujlah wahai hamba Allah, bahawa sesungguhnya Mati itu adalah benar, masuk ke Liang Kubur itu adalah benar, Soalan-Soalan Munkar dan Nakir itu adalah benar, Bangkit Semula Dari Kubur itu adalah benar, Menghitung Amalan Baik Buruk Yang Telah Dilakukan itu adalah benar”
“Timbangan Menentukan Mana Yang Lebih Banyak Di Antara Kerja-Kerja Yang Buruk itu adalah juga benar, Meniti Siratulmustaqim Yang Menentukan Sama Ada Ke Syurga Atau Ke Neraka itu pun adalah benar dan Bahawa Sesungguhnya Allah Akan Menghidupkan Semula Sekelian Penghuni Kubur”.
“Semoga Allah tetapkan kamu dengan perkataan yang tetap (diulangi sebanyak tiga kali,) ditetapkan oleh Allah orang-orang yang beriman dengan perkataan yang tetap (kalimah tauhid di dunia dan akhirat)”
“Firman Allah yang bererti (wahai jiwa yang tenang tenteram, kembalilah kamu kepada Tuhanmu dalam keadaan meredhai dan diredhai, masuklah kamu ke dalam golongan hamba hambaKu yang soleh dan masuklah kamu ke dalam syurgaKu) .”