Bahagian Perkhidmatan Farmasi Negeri Terengganu

Bahagian Perkhidmatan Farmasi Negeri Terengganu Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu

Salam Aidiladha 1447HSemoga ibadah korban yang dilaksanakan membawa keberkatan, mengeratkan ukhuwah serta menyemai nilai...
26/05/2026

Salam Aidiladha 1447H

Semoga ibadah korban yang dilaksanakan membawa keberkatan, mengeratkan ukhuwah serta menyemai nilai keikhlasan, pengorbanan dan kasih sayang sesama insan.

Selamat Hari Raya Aidiladha 1447H daripada
Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Farmasi)
dan seluruh warga Bahagian Perkhidmatan Farmasi Negeri Terengganu.

โ€œKorban Erti Keikhlasan, Pengorbanan Lambang Ketaatanโ€

๐๐„๐๐†๐Š๐„๐‹ ๐‹๐€๐“๐ˆ๐‡๐€๐ ๐๐”๐ƒ๐†๐„๐“ ๐ˆ๐Œ๐๐€๐‚๐“ ๐€๐๐€๐‹๐˜๐’๐ˆ๐’ (๐๐ˆ๐€) ๐๐„๐‘๐ˆ๐๐†๐Š๐€๐“ ๐๐„๐†๐„๐‘๐ˆ ๐“๐„๐‘๐„๐๐†๐†๐€๐๐” ๐“๐€๐‡๐”๐ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” ๐Ÿ’Š๐Ÿ“ŠTarikh : 17-18 Mei 2026Kemahiran B...
20/05/2026

๐๐„๐๐†๐Š๐„๐‹ ๐‹๐€๐“๐ˆ๐‡๐€๐ ๐๐”๐ƒ๐†๐„๐“ ๐ˆ๐Œ๐๐€๐‚๐“ ๐€๐๐€๐‹๐˜๐’๐ˆ๐’ (๐๐ˆ๐€) ๐๐„๐‘๐ˆ๐๐†๐Š๐€๐“ ๐๐„๐†๐„๐‘๐ˆ ๐“๐„๐‘๐„๐๐†๐†๐€๐๐” ๐“๐€๐‡๐”๐ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” ๐Ÿ’Š๐Ÿ“Š

Tarikh : 17-18 Mei 2026

Kemahiran Budget Impact Analysis (BIA) dalam pembangunan polisi berkaitan ubat-ubatan adalah penting untuk membantu penggunaan sumber sedia ada secara optimum.

Bagi memastikan agenda ini terus diperkukuh, Bahagian Perkhidmatan Farmasi, Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu โ€‹dengan julung kalinya telah berjaya menganjurkan Bengkel Latihan Budget Impact Analysis Peringkat Negeri Terengganu.

๐ŸŽฏ Objektif Penganjuran Bengkel
BIA menyediakan alat analisis kos yang sistematik bagi membolehkan pihak fasiliti menilai impak kewangan ke atas pelaksanaan intervensi baharu sebelum dilaksanakan. Sehubungan itu, objektif bengkel ini adalah untuk:

๐Œ๐ž๐ฅ๐š๐ญ๐ข๐ก & ๐Œ๐ž๐ง๐ ๐ฎ๐ค๐ฎ๐ก๐ค๐š๐ง ๐Š๐ž๐ฆ๐š๐ก๐ข๐ซ๐š๐ง

Melatih Pegawai Farmasi dalam kemahiran mengaplikasikan konsep BIA supaya pelaksanaan polisi serta keputusan berkaitan ubat-ubatan dilakukan secara evidence-based.

๐Œ๐ž๐ง๐ ๐จ๐ฉ๐ญ๐ข๐ฆ๐š๐ฅ๐ค๐š๐ง ๐’๐ฎ๐ฆ๐›๐ž๐ซ ๐’๐ž๐๐ข๐š ๐€๐๐š

Menyokong intervensi rawatan pesakit yang dicadangkan dengan data BIA yang tepat untuk memaksimumkan penggunaan peruntukan dan sumber sekali gus melonjakkan kualiti perkhidmatan farmasi.

Seramai ๐Ÿ๐Ÿ– ๐จ๐ซ๐š๐ง๐  ๐๐ž๐ ๐š๐ฐ๐š๐ข ๐…๐š๐ซ๐ฆ๐š๐ฌ๐ข mewakili semua hospital dan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) di seluruh Terengganu telah berkumpul untuk sama-sama belajar kemahiran BIA daripada BIA ๐‘’๐‘ฅ๐‘๐‘’๐‘Ÿ๐‘ก negeri Terengganu.

Sepanjang dua hari ini, momentum peserta langsung tidak luntur, dibimbing rapat oleh barisan penceramah hebat yang juga merupakan ๐๐ž๐ ๐š๐ฐ๐š๐ข ๐…๐š๐ซ๐ฆ๐š๐ฌ๐ข ๐๐ž๐ง๐ ๐š๐ง ๐ค๐ž๐ฉ๐š๐ค๐š๐ซ๐š๐ง ๐…๐š๐ซ๐ฆ๐š๐ค๐จ๐ž๐ค๐จ๐ง๐จ๐ฆ๐ข dan ๐“๐ซ๐š๐ข๐ง๐ž๐ซ ๐๐ˆ๐€ ๐Š๐ž๐›๐š๐ง๐ ๐ฌ๐š๐š๐ง.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada barisan penceramah serta semua peserta atas komitmen luar biasa yang diberikan sepanjang bengkel ini berlangsung.

Semoga ilmu BIA yang diperoleh dapat dimanfaatkan sebaiknya demi kecemerlangan perkhidmatan kesihatan rakyat di Negeri Terengganu.

Sildenafil seringkali dijumpai dicampur di dalam produk tidak berdaftar yang dijual di media sosial atau paltform e-daga...
17/05/2026

Sildenafil seringkali dijumpai dicampur di dalam produk tidak berdaftar yang dijual di media sosial atau paltform e-dagang. Penggunaan produk-produk tidak berdaftar yang mengandungi sildenafil boleh mendatangkan kesan yang serius seperti serangan jantung dan kematian.

Pastikan produk mempunyai nombor pendaftaran MAL yang sah dan hologram FarmaTag tulen sebelum guna.

๐ŸŒŠ๐Ÿ’Š๐†๐„๐‹๐Ž๐Œ๐๐€๐๐† ๐‚๐„๐‹๐ˆ๐Š ๐”๐๐€๐“, ๐๐„๐’๐Ž๐๐€ ๐Š๐† ๐๐€๐‘๐” ๐๐„๐๐€๐‘๐ˆ๐Š!๐Ÿ’Š๐ŸŒŠKg Baru Penarik, Setiu9 Mei 2026 (Sabtu)Suasana luar biasa meriah memba...
10/05/2026

๐ŸŒŠ๐Ÿ’Š๐†๐„๐‹๐Ž๐Œ๐๐€๐๐† ๐‚๐„๐‹๐ˆ๐Š ๐”๐๐€๐“, ๐๐„๐’๐Ž๐๐€ ๐Š๐† ๐๐€๐‘๐” ๐๐„๐๐€๐‘๐ˆ๐Š!๐Ÿ’Š๐ŸŒŠ

Kg Baru Penarik, Setiu
9 Mei 2026 (Sabtu)

Suasana luar biasa meriah membanjiri Kampung Baru Penarik apabila Program Kampung Angkat Skuad Cakna Ubat : Kampungku Celik Ubat 2026 berjaya menghimpunkan hampir 600 penduduk dan pengunjung dalam satu program komuniti terbesar dan paling happening tahun ini!

Berlatarbelakangkan keindahan laut dan sungai yang menjadi identiti Kampung Baru Penarik, program ini bukan sahaja meriah dengan pelbagai aktiviti menarik, malah berjaya menyerlahkan keunikan kampung pelancongan yang cukup terkenal di daerah Setiu.

Program yang berlangsung di Perkarangan Surau Kampung Baru Penarik itu telah dirasmikan oleh Datoโ€™ Dr Wan Abdul Rahim bin Wan Muhammad, Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu bersama Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Farmasi), Puan Ruzita binti Awang.

Turut hadir memeriahkan suasana ialah Dr Syahrul Faiz bin Zakari@Zakaria, Pegawai Kesihatan Daerah Setiu serta Dr Wan Md Syihabuddin Wan Mamat, Pengarah Hospital Setiu. Ketibaan para tetamu disambut penuh semangat oleh penduduk kampung yang diketuai oleh En. Kamarulazwan bin Kamarudin selaku Duta Kenali Ubat Anda merangkap Ketua Penggerak Kampungku Celik Ubat Kampung Baru Penarik.

Acara dimulakan dengan Fun Walk Kenali Ubat Anda dan PharmQuest bertemakan nelayan/ke laut yang mencuri perhatian ramai dengan pakaian kreatif dan semangat komuniti. Lebih menarik, seluruh komuniti daripada kanak-kanak kecil hinggalah warga emas sporting mengenakan pakaian bertemakan ke laut dan nelayan sehingga memeriahkan suasana dengan warna-warni identiti pesisir Penarik. Paling menarik, Pengarah Kesihatan Negeri sendiri turut turun padang menyertai aktiviti bersama penduduk kampung!

Antara aktiviti lain yang menjadi tumpuan ramai ialah Plogging Pesisir Pantai kampung, pertandingan King & Queen, pertandingan mewarna serta cabutan bertuah yang menjadikan suasana sepanjang hari penuh warna-warni dan kegembiraan.

Selain pameran interaktif Kenali Ubat Anda, konsultasi ubat, pameran kesihatan dan pameran agensi, pengunjung turut dihiburkan dengan pertunjukan wau gergasi oleh komuniti setempat serta pertunjukan ular daripada Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) yang menjadi antara tarikan utama program.

Majlis turut diserikan dengan penyampaian hadiah Pertandingan Rumahku Celik Ubat yang menilai aspek pengurusan dan penyimpanan ubat secara selamat, amalan pengambilan ubat yang konsisten serta sokongan ahli keluarga. Selain itu, Anugerah Khas Duta Kenali Ubat Anda turut disampaikan kepada En. Kamarulazwan bin Kamarudin atas komitmen dan peranan besar beliau sebagai tulang belakang kejayaan inisiatif Kampungku Celik Ubat Daerah Setiu.

Turut berlangsung penyampaian sijil penghargaan kepada rakan kolaborasi termasuk SK Penarek, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) dan Malaysian Pharmaceutical Society (MPS) Negeri Terengganu atas sokongan dalam menjayakan program komuniti ini.

Lebih membanggakan, program ini turut melakar sejarah apabila berlangsungnya pelancaran โ€œCelik Ubat Tourism Villageโ€ yang pertama seumpamanya di Malaysia! Inisiatif unik ini bakal menjadikan Kampung Baru Penarik sebagai destinasi pelancongan komuniti berteraskan pendidikan kesihatan dan celik ubat.

Sebagai projek perintis di Terengganu, sebanyak tiga rumah inap dan sebuah resort di Kampung Baru Penarik menyertai inisiatif ini iaitu Teratak Cikgu Sauti, Aura Chalet, Penarik Baru Homestay dan Bayu Beach Penarik Resort melalui penyediaan serta penyebaran informasi ubat kepada para pengunjung dan pelancong.

Tahniah dan syabas kepada Unit Farmasi Pejabat Kesihatan Daerah Setiu, Unit Farmasi Hospital Setiu - Rasmi serta seluruh warga Kampung Baru Penarik, rakan kolaborasi, agensi terlibat dan semua peserta yang telah menjadikan program ini satu kejayaan luar biasa!






08/05/2026

๐ŸŒŸ ๐— ๐—ฎ๐—ท๐—น๐—ถ๐˜€ ๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐˜€๐—บ๐—ถ๐—ฎ๐—ป ๐—ž๐—ฎ๐—บ๐—ฝ๐˜‚๐—ป๐—ด ๐—”๐—ป๐—ด๐—ธ๐—ฎ๐˜ ๐—ฆ๐—ธ๐˜‚๐—ฎ๐—ฑ ๐—–๐—ฎ๐—ธ๐—ป๐—ฎ ๐—จ๐—ฏ๐—ฎ๐˜: ๐—ž๐—ฎ๐—บ๐—ฝ๐˜‚๐—ป๐—ด๐—ธ๐˜‚ ๐—–๐—ฒ๐—น๐—ถ๐—ธ ๐—จ๐—ฏ๐—ฎ๐˜ ๐——๐—ฎ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐—ต ๐—ฆ๐—ฒ๐˜๐—ถ๐˜‚ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ ๐ŸŽ‰

๐Ÿ—“๏ธ *9 Mei 2026 (Sabtu)*
โฐ *8.00 pagi โ€“ 12.00 tengahari*
๐Ÿ“Œ *Perkarangan Surau Kg Baru Penarik, Setiu, Terengganu*

Pelbagai aktiviti menarik menanti anda & keluarga:
๐Ÿšถโ€โ™‚๏ธ Fun Walk Kenali Ubat Anda
๐ŸŒฟ Aktiviti plogging sekitar kampung
๐Ÿ’Š Semakan ubat di warung
๐Ÿฉบ Pemeriksaan kesihatan *PERCUMA*
๐Ÿ‘จโ€โš•๏ธ Konsultasi ubat bersama ahli farmasi
๐Ÿ  Lawatan ke rumah pesakit bersama MyCHAMPION
๐ŸŽช Pameran kesihatan & agensi
๐Ÿฑ Pemakanan Sihat
๐ŸŽฏ Permainan interaktif & Pharmaland
๐ŸŽจ Pertandingan mewarna
๐Ÿช Pertunjukan wau
๐Ÿชฑ Pengendalian Haiwan Berbisa
๐ŸŽ Cabutan bertuah

๐ŸŒŠ ISTIMEWA UNTUK ANDA!
โœจ Peluang memenangi cabutan bertuah hadiah utama โ€“ barangan elektrik (PETI SEJUK)
๐Ÿ‘‘ Mencari King & Queen bertemakan nelayan/kelaut & menangi hadiah menarik.

๐Ÿ’œ Jom sama-sama meriahkan program komuniti yang menggabungkan kesihatan, komuniti & pelancongan!

๐Ÿ‘‰ Jumpa anda di Kg Baru Penarik!



Promosi 5.5 menawarkan harga menarik, namun pengguna disaran untuk lebih berwaspada.Elakkan pembelian produk yang:โŒ Tida...
03/05/2026

Promosi 5.5 menawarkan harga menarik, namun pengguna disaran untuk lebih berwaspada.
Elakkan pembelian produk yang:

โŒ Tidak berdaftar
โŒ Menggunakan testimoni meragukan
โŒ Membuat tuntutan berlebihan
๐Ÿ‘‰ Semak nombor pendaftaran sebelum membeli.

Kesihatan anda adalah keutamaan kami.

๐Œ๐€๐‰๐‹๐ˆ๐’ ๐‘๐€๐Œ๐€๐‡ ๐Œ๐„๐’๐‘๐€ ๐ƒ๐”๐“๐€ ๐Š๐„๐๐€๐‹๐ˆ ๐”๐๐€๐“ ๐€๐๐ƒ๐€ ๐๐„๐†๐„๐‘๐ˆ ๐“๐„๐‘๐„๐๐†๐†๐€๐๐” ๐“๐€๐‡๐”๐ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”Tarikh: 20 April 2026Tempat: Dewan Utama, Tingkat 4...
20/04/2026

๐Œ๐€๐‰๐‹๐ˆ๐’ ๐‘๐€๐Œ๐€๐‡ ๐Œ๐„๐’๐‘๐€ ๐ƒ๐”๐“๐€ ๐Š๐„๐๐€๐‹๐ˆ ๐”๐๐€๐“ ๐€๐๐ƒ๐€ ๐๐„๐†๐„๐‘๐ˆ ๐“๐„๐‘๐„๐๐†๐†๐€๐๐” ๐“๐€๐‡๐”๐ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”

Tarikh: 20 April 2026
Tempat: Dewan Utama, Tingkat 4, Menara Yayasan Islam Terengganu

Majlis Ramah Mesra Duta Kenali Ubat Anda Negeri Terengganu Tahun 2026 telah berlangsung dengan penuh meriah dan jayanya dengan objektif untuk meraikan serta memberi penghargaan kepada para Duta Kenali Ubat Anda dan pasukan farmasi dari seluruh negeri atas dedikasi berterusan dalam memperkasa literasi ubat dan penggunaan ubat berkualiti dalam kalangan masyarakat.

Majlis telah disempurnakan oleh Yang Berusaha Puan Ruzita binti Awang, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Farmasi), dan turut dihadiri oleh Puan Rosnida binti Hashim @ Abdullah, Ketua Cawangan Amalan & Perkembangan Farmasi, Ketua-ketua Cawangan, Ketua Jabatan Farmasi, Pegawai Farmasi Kesihatan Daerah, penyelaras program serta Duta KUA dari seluruh Negeri Terengganu.

Majlis dimulakan dengan pembentangan pencapaian semasa Pelan Terengganu Celik Ubat, diikuti taklimat Geran MyChampion bagi memperkasakan pelaksanaan program komuniti, serta slot Asas Bahasa Isyarat Malaysia untuk meningkatkan keupayaan Duta Kenali Ubat Anda berkomunikasi secara lebih inklusif dengan golongan OKU pendengaran.

Majlis turut meraikan seramai 7 orang Duta Kenali Ubat Anda yang telah berkhidmat melebihi 10 tahun dan masih aktif menyumbang kepada program KUA.

Pengiktirafan khas ini dikenali sebagai Duta Platinum Kenali Ubat Anda, diberikan kepada duta lantikan tahun 2013 hingga 2015 yang masih aktif menjalankan sekurang-kurangnya satu program sepanjang tahun 2025.

Dalam majlis ini juga, Anugerah Duta Platinum Kenali Ubat Anda Terbaik telah dinobatkan kepada Tuan Haji Adnan bin Sulong, Duta KUA Hospital Sultanah Nur Zahirah, lantikan tahun 2014, atas pencapaian cemerlang melaksanakan 16 program sepanjang tahun 2025, sekali gus menjadikan beliau antara duta paling aktif dan berimpak tinggi di negeri ini.

Majlis diteruskan dengan penyampaian pelbagai anugerah penghargaan kepada individu dan pasukan yang cemerlang:

Anugerah Duta Kenali Ubat Anda Paling Proaktif Negeri Terengganu Tahun 2025

Zon Utara
Puan Nurul Diyana binti Mat Kasim (Besut)

Zon Tengah
Puan Norliza binti Alias (Marang)

Zon Sentral
Encik Awang bin Abdullah @ Sulong (Kuala Nerus)

Zon Selatan
Puan Shazalina binti Othman (Kemaman)

Anugerah Pencapaian Duta Prihatin Masyarakat Terbaik: PKD Kuala Terengganu

Anugerah Pencapaian PICC Terbaik: PKD Kuala Nerus

Anugerah Pencapaian Pameran Kenali Ubat Anda Terbaik: PKD Besut

Anugerah Program Kolaborasi Farmasi โ€“ Duta KUA Terbaik:
Program Sekolah Celik Ubat (SEHILIR), HSNZ

Anugerah Program Jaringan Komuniti Terbaik:
Kampungku Celik Ubat, Kg Rawai โ€“ PKD Marang

Duta Harapan Kenali Ubat Anda 2025:
Muhamad Syawal bin Kashurudin (Hospital Besut)

Duta Kenali Ubat Anda Terbaik Negeri Terengganu 2025:
Ustaz Awang bin Abdullah @ Sulong

Team Kenali Ubat Anda Terbaik Negeri Terengganu 2025:
Team KUA PKD Kuala Nerus

Majlis diakhiri dengan penghargaan kepada semua Duta dan anggota farmasi atas komitmen, masa dan tenaga yang dicurahkan dalam menjayakan agenda Terengganu Celik Ubat.


Alhamdulillah dan setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada seluruh warga Perkhidmatan Farmasi atas kejayaan merangkul ๐Ÿ† ...
09/04/2026

Alhamdulillah dan setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada seluruh warga Perkhidmatan Farmasi atas kejayaan merangkul ๐Ÿ† Juara Keseluruhan Booth Terbaik sempena Majlis Perhimpunan Penyayang Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu Tahun 2026.

Kejayaan ini merupakan hasil daripada komitmen padu, kreativiti serta semangat kerja berpasukan yang tinggi dalam menyampaikan maklumat dan perkhidmatan farmasi kepada masyarakat.

Semoga pencapaian ini menjadi pemangkin untuk terus memperkasa perkhidmatan farmasi ke arah yang lebih cemerlang.

Syabas dan tahniah kepada semua yang terlibat! ๐Ÿ’Šโœจ

๐Ÿ•‹ CAKNA UBAT DAN KEKAL SIHAT SEPANJANG IBADAH HAJIMusim haji telah tiba. Bakal jemaah haji sudah pasti sedang melakukan ...
06/04/2026

๐Ÿ•‹ CAKNA UBAT DAN KEKAL SIHAT SEPANJANG IBADAH HAJI
Musim haji telah tiba. Bakal jemaah haji sudah pasti sedang melakukan pelbagai persiapan yang diperlukan.

Persediaan yang rapi dari setiap segi, termasuk yang berkaitan ๐ฉ๐ž๐ง๐ ๐ฎ๐ซ๐ฎ๐ฌ๐š๐ง ๐ฉ๐ž๐ง๐ฒ๐š๐ค๐ข๐ญ ๐๐š๐ง ๐ฎ๐›๐š๐ญ-๐ฎ๐›๐š๐ญ๐š๐ง adalah penting untuk memastikan tahap kesihatan jemaah haji sentiasa berada tahap yang memuaskan. Keadaan kesihatan yang baik membolehkan jemaah melaksanakan ibadah haji dengan sempurna.

Jom ketahui tip pengurusan ubat yang betul semasa menjalankan ibadah haji !

Ikuti kupasan lebih lanjut berkenaan topik ini pagi ini di Terengganu FM

Jemput tonton semua.
-------------------
7 April 2026 (Selasa)
10.30 pagi
Pengurusan Ubatan untuk Jemaah Haji
-------------------


Address

Tingkat 8, Menara Yayasan Islam
Jalan Sultan Omar
20300

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Sunday 08:00 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Bahagian Perkhidmatan Farmasi Negeri Terengganu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share