Perisma Akademi Bomba & Penyelamat Malaysia Wilayah Timur

Perisma Akademi Bomba & Penyelamat Malaysia Wilayah Timur Persatuan Suri dan Pegawai Wanita Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Timur

🌟 *KEMBARA INSPIRASI PENDIDIKAN TINGGI (IPT) 2026* 🌟Seramai *41 orang peserta* telah menjayakan program ini dengan bimbi...
06/06/2026

🌟 *KEMBARA INSPIRASI PENDIDIKAN TINGGI (IPT) 2026* 🌟

Seramai *41 orang peserta* telah menjayakan program ini dengan bimbingan *20 orang fasilitator* daripada Persatuan Mahasiswa Kerja Sosial UniSZA (PMKS). Program anjuran *Biro Pendidikan dan Keagamaan PERISMA ABPM Wilayah Timur* ini bertujuan membuka minda dan menyuntik semangat pelajar untuk ke menara gading.

Sepanjang program, peserta berpeluang meneroka kampus UniSZA termasuk:
📍 Perpustakaan Al-Wathiqu Billah
📍 Hospital Sultan Zainal Abidin (HoSZA)
📍 Balai Cerap KUSZA

Pengalaman berinteraksi dengan mahasiswa dan merasai sendiri suasana kampus ini diharapkan dapat memberi inspirasi serta motivasi kepada peserta untuk menetapkan matlamat dan mengejar cita-cita demi masa hadapan yang gemilang! 💪🎓

✨ *Membuka Minda, Mencetus Inspirasi, Melakar Masa Hadapan.*




PROGRAM LDK/KEM JATI DIRI AJK PERISMA ABPM WILAYAH TIMURPada Sabtu, 9 Mei 2026, telah berlangsung Program LDK/Kem Jati D...
30/05/2026

PROGRAM LDK/KEM JATI DIRI AJK PERISMA ABPM WILAYAH TIMUR

Pada Sabtu, 9 Mei 2026, telah berlangsung Program LDK/Kem Jati Diri AJK Perisma ABPM Wilayah Timur di bawah pengurusan Majlis Tertinggi Perisma.

Program ini diadakan bertujuan untuk memperkukuh jati diri, memupuk semangat kerja berpasukan serta meningkatkan kemahiran kepimpinan dalam kalangan Ahli Jawatankuasa (AJK) Perisma ABPM Wilayah Timur bagi sesi 2026–2028.

Aktiviti pertama telah berlangsung di Foyer B bermula pada pukul 7.30 pagi. Para peserta mengikuti sesi senamrobik dan permainan berkump**an oleh Puan Azila Binti Abdul Wahab yang bertujuan mengeratkan hubungan silaturahim serta memupuk semangat kerjasama dan persefahaman dalam kalangan peserta.

Seterusnya, selepas berehat seketika untuk sarapan pagi yang diuruskan oleh Puan Nurul Farhana Atila Binti Zulkipli selaku Biro Keusahawanan,Sajian dan Logistik program diteruskan di Perpustakaan ABPM Wilayah Timur. Pengerusi Perisma ABPM Wilayah Timur, Puan Wan Nur Zawahir binti Wan Abd Wahab, telah menyampaikan taklimat tadbir urus organisasi yang memberi penekanan kepada penyelarasan gerak kerja yang lebih sistematik, teratur dan profesional.

Selain itu, Setiausaha Perisma, Puan Norliza Binti Isa telah membentangkan penyediaan laporan aktiviti dan kertas kerja bagi setiap biro sebagai panduan dalam memastikan perancangan serta pelaksanaan program dapat dijalankan dengan lebih berkesan dan terancang.

Turut diadakan ialah pembentangan belanjawan oleh Bendahari Perisma, Cik Intan Norhafiza Binti Wan Ibrahim, yang menerangkan aspek pengurusan kewangan dan perancangan perbelanjaan organisasi.

Bagi melengkapkan program, Majlis Tertinggi Perisma telah menjemput seorang peguam dan pendakwah bertauliah, Encik Nizam bin Amin atau lebih dikenali sebagai PokJang, untuk menyampaikan ceramah bertajuk “Peranan Wanita Mencorak Komuniti Gemilang”. Ceramah tersebut telah memberikan inspirasi dan pendedahan kepada para peserta mengenai peranan penting wanita dalam membentuk masyarakat yang cemerlang dan berdaya saing.

Program ini berakhir dengan jayanya pada pukul 1.00 tengah hari dan diakhiri dengan sesi makan tengah hari bersama-sama. Kehadiran peserta amat memberangsangkan dengan penglibatan penuh daripada barisan AJK Perisma ABPM Wilayah Timur sesi 2026–2028.

Diharapkan program seumpama ini dapat diteruskan pada masa akan datang bagi melahirkan barisan kepimpinan Perisma yang lebih berwibawa, berintegriti dan komited dalam melaksanakan amanah yang dipertanggungjawabkan.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhSetinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada semua sur...
15/05/2026

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada semua suri-suri yang sudi meluangkan masa dan hadir ke Majlis Bacaan Yassin anjuran Perisma ABPM Wilayah Timur untuk anak-anak menghadapi peperiksaan pertengahan tahun pada hari ini 15/5/2026 (Jumaat)jam 3 petang,bertempat di Surau Komuniti ABPM Wilayah Timur.

Kehadiran serta kerjasama yang diberikan amat bermakna dan sangat dihargai dalam memeriahkan majlis yang penuh keberkatan ini. Semoga segala doa, bacaan dan amal yang dikongsikan bersama mendapat keberkatan serta rahmat daripada Allah SWT.

Semoga ukhwah yang terjalin antara kita semua akan terus erat dan berkekalan. Terima kasih sekali lagi atas kehadiran dan sokongan yang diberikan 🤍

*Intipati tazkirah ustazah*

*Tajuk : Hikmah istighfar.*

Dua perkara pegang dlm hidup iaitu istighfar dan selawat.
Paling kurang istighfar 1000 kali.
Amalkan Istighfar dengan bahasa sendiri supaya lebih khusyuk dan terkesan ke dalam hati.
Cara nk istiqomah istighfar, ingat lah hidup selepas mati, bagaimana kita terpaksa tgu 500 ribu tahun di padang mahsyar dan menghadapi tanpa amalan istighfar.

Ibu2 bentuk anak2 dengan melazimi
1. tahajjud
2. baca Quran
3. amalan surah alam nasyrah sebelum keluar rumah. Seeloknya doa nabi Musa as. (robbi inni Iman anzalta fi khairin fakir) 5 kali,
4. jaga pemakanan anak2,
5. jaga anak2 dari gajet.

Sematkan dalam hati dalam-dalam..“Meninggi jangan sampai lupa diri, Merendah jangan sampai hilang maruah”Alhamdullilah,S...
05/04/2026

Sematkan dalam hati dalam-dalam..
“Meninggi jangan sampai lupa diri,
Merendah jangan sampai hilang maruah”

Alhamdullilah,Sedikit perkongsian dari dua panel forum bicara “Keluarga Bahagia dan Sejahtera”yang berlangsung pada 3 April 2026 (Jumaat) anjuran
IJTIMAK ANTARABANGSA PERPADUAN UMMAH KALI KE-5 DAN HIMPUNAN ALAM MELAYU 2026.

Panel 1: Ustaz Mohd Syed Norshisyam
bin Tuan Padang Al Idrus (Malaysia)
Panel 2: Ustazah Lateefah Kasamasu
(Pattani, Thailand)

Diantara intipati bicara yang banyak menekankan tentang peranan seorang isteri dan ibu yang tidak bekerja.

Seorang isteri dan ibu walaupun tidak bekerja dan berpendidikan tinggi dapat membimbing dan melahirkan anak-anak yg berjaya.

Suami dan anak-anak haruslah menjaga perasaan serta emosi isteri dan ibu kerana isteri dan ibu
adalah tunjang emosi rumah tangga. Apabila isteri bahagia dan emosinya stabil, dia akan menguruskan rumah tangga serta mendidik anak-anak dengan lebih baik, sekali gus mewujudkan suasana keluarga yang harmoni,tenang dan ceria.

Walaupun dalam kesibukan seorang bapa harus dalam satu hari terapkan agar satu keluarga dapat makan bersama-sama,agar anak-anak dapat merasai kasih sayang dan sikap ambil berat seorang bapa.

Begitu juga dengan syurga,sejauh mana kita ingin kan syurga?Sedang kan ada hadis yang mengatakan bahawa semua dari kita akan dapat memasuki syurga kecuali pada mereka yang enggan.

-Cubalah dalam tempoh 24 jam apa yang berlaku dalam kehidupan kita seperti panas,hujan @ ada perkara yang kita rancang tak berjaya elakkan untuk tidak merengus @ merungut serta memaki hamun.

“Jadilah seperti lebah
Matanya hanya nampak bunga bunga yang cantik
untuk dihinggapi”
“JANGAN seperti mata lalat yang mata nya hanya
mencari benda benda yang kotor.”

Dikongsi juga doa dari surah Nabi Ibrahim AS ayat ke-40 agar keluarga menunaikan solat iaitu..

رَبِّ ٱجۡعَلۡنِي مُقِيمَ ٱلصَّلَوٰةِ وَمِن ذُرِّيَّتِيۚ رَبَّنَا وَتَقَبَّلۡ دُعَآءِ
Rumi: Rabbij ‘alnii muqiimas Salaati wa min zurriyyatii Rabbanaa wa taqabbal du’aaa’

Maksudnya:
"Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku."
Aamiin..Aamiin Ya Rabbal Alamin.

🕌Salam Nuzul Al Quran🕌Sempena Nuzul Quran, saya kompilasi 25 fakta menarik mengenai Al Quran ni.1. Al-Quran diturunkan k...
08/03/2026

🕌Salam Nuzul Al Quran🕌

Sempena Nuzul Quran, saya kompilasi 25 fakta menarik mengenai Al Quran ni.

1. Al-Quran diturunkan kepada Nabi Muhammad selama 23 tahun secara berperingkat. 13 tahun di Makkah dan 10 tahun di Madinah.

2. Wahyu pertama ialah lima ayat pertama Surah Al‑Alaq (ayat 1-5) yang bermula dengan perkataan Iqra’.

3. Surah paling panjang dalam Al-Quran ialah Surah Al‑Baqarah yang mengandungi 286 ayat.

4. Surah paling pendek ialah Surah Al‑Kawthar. Hanya 3 ayat sahaja mengenai janji nikmat yang tidak terhingga.

5. Ayat paling panjang dalam Al-Quran ialah ayat mengenai hutang dalam Surah Al‑Baqarah ayat 282.

6. Hanya satu surah tidak bermula dengan Bismillah iaitu Surah At‑Taubah.

7. Surah An‑Naml mempunyai dua Bismillah. Satu di awal surah. Satu lagi dalam ayat surat Nabi Sulaiman.

8. Surah yang dinamakan sempena haiwan
• Surah Al‑Baqarah (Lembu)
• Surah An‑Nahl (Lebah)
• Surah An‑Naml (Semut)
• Surah Al‑Ankabut (Labah-labah)
• Surah Al‑Fil (Gajah)

9. Hanya satu surah dinamakan sempena wanita iaitu Surah Maryam. Nama Maryam disebut dalam AlQuran lebih banyak daripada Mary dalam Bible.

10. Nama nabi yang paling banyak disebut dalam Al-Quran ialah Nabi Musa. Ia disebut lebih 130 kali.

Nama Nabi Muhammad disebut 4 kali dalam Al-Quran.

Nama Nabi Isa disebut 25 kali.

Hanya seorang sahabat namanya disebut secara jelas dalam Al-Quran iaitu Zayd ibn Harithah.

11. Antara perkataan yang muncul dengan jumlah seimbang dalam Al Quran,
• Dunia = 115 kali
• Akhirat = 115 kali

• Malaikat = 88 kali
• Syaitan = 88 kali

• Hidup = 145 kali
• Mati = 145 kali

• Lelaki = 24 kali
• Wanita = 24 kali

Laut disebut 32 kali.
Darat disebut 13 kali.
Jika dikira peratus, Laut ≈ 71%, Darat ≈ 29%.
Sama dengan komposisi bumi.

12. Al-Quran tidak pernah berubah sejak 1400 tahun. Sejak zaman Nabi Muhammad hingga hari ini, teks Al-Quran kekal sama. Ia dihafaz oleh jutaan manusia yang digelar Hafiz.

13. Al-Quran adalah kitab yang paling ramai dihafaz manusia di dunia.

14. Surah Al‑Fatihah adalah surah yang paling banyak dibaca setiap hari. Sekurang-kurangnya 17 kali sehari dalam solat fardu.

15. Al-Quran menyebut sains alam dan banyak ayat mengajak manusia berfikir tentang,
• langit
• gunung
• laut
• embriologi
• kitaran hujan

16. Sebahagian pengkaji mendapati perkataan Yaum (hari) muncul sebanyak 365 kali dalam Al-Quran. Perkataan Syahr (bulan) p**a muncul 12 kali.

17. Pada zaman awal Islam, ayat Al-Quran pernah ditulis diatas pelepah tamar, tulang unta, kulit haiwan dan batu nipis. Kemudian dikumpulkan menjadi mushaf pada zaman Uthman ibn Affan.

18. Dalam Surah An‑Nahl, lebah disebut menggunakan kata ganti feminin dalam bahasa Arab. Kajian moden mendapati lebah pekerja memang betina.

19. Al-Quran mempunyai 114 surah, 6236 ayat (mengikut riwayat qiraat), lebih 77,000 perkataan, sekitar 320,000 huruf dan dibahagikan kepada 30 juzuk.

20. Dalam Al-Quran ada 14 huruf misteri dikenali sebagai Huruf Muqatta'at seperti Alif Lam Mim, Ya Sin, Taha, Ha Mim. Terdapat 29 surah yang bermula dengan huruf Muqatta'at.

21. Surah pertama yang lengkap turun ialah Surah Al-Fatihah. Surah terakhir yang turun ialah Surah An-Nasr.

22. Ayat terakhir yang turun menurut ramai ulama ialah ayat mengenai riba dalam Surah Al-Baqarah.

23. Ayat paling pendek dalam Al-Quran ialah dalam Surah Ar-Rahman "مُدْهَامَّتَانِ"

24. Wahyu pertama turun di Gua Hira. Wahyu terakhir turun ketika haji wada’.

25. Al Quran mengajak manusia berfikir lebih 700 kali. Contohnya ayat, "Afala ta’qilun?" (Tidakkah kamu berfikir?)

---------------

Al Quran adalah satu-satunya mukjizat nabi yang kita masih boleh lalui, rasai dan nikmati pada hari ini.

Allah berfirman dalam Surah Al Hashr ayat 21, mafhumnya, "Jika Al-Quran ini diturunkan kepada gunung, pasti kamu melihatnya tunduk dan pecah kerana takut kepada Allah."

Dalam Al-Quran sendiri Allah sebutkan Al Quran sebagai, Huda (petunjuk), Syifa’ (penyembuh), Rahmah (rahmat), Mau‘izhah (nasihat atau peringatan), dan Furqan (pembeza benar dan salah) kepada manusia.

Allah berfirman tiada keraguan pada Al Quran.

Semoga kita dikurniakan keberkatannya.

- 17 Ramadan 1447H

“Selamat datang bulan Ramadan! Semua ahli Perisma diseru dan digalakkan untuk sama-sama mengimarahkan Bulan yg mulia ini...
19/02/2026

“Selamat datang bulan Ramadan!
Semua ahli Perisma diseru dan digalakkan untuk sama-sama mengimarahkan Bulan yg mulia ini dengan bertadarus, solat Tarawih,Infak Ramadan,Tahajjud dan amal kebaikan.
Semoga bulan suci ini membawa berkah, kedamaian, dan kebahagiaan untuk kita semua. Mari kita manfaatkan setiap masa untuk berdoa, berbuat baik, dan mendekatkan diri kepada Allah SWT. Selamat berpuasa!”

MESYUARAT AJK PERISMA BIL. 1/2026Tarikh : 12 Februari 2026Hari : KhamisTempat : Bilik Mesyuarat 1, Blok Pentadbiran, ABP...
13/02/2026

MESYUARAT AJK PERISMA BIL. 1/2026
Tarikh : 12 Februari 2026
Hari : Khamis
Tempat : Bilik Mesyuarat 1, Blok Pentadbiran, ABPMWT

Perkara Dibincangkan :
1. Perlantikan Biro
- Ahli jawatankuasa biro bagi sesi 2026 telah dilantik.
2. Perlantikan Ketua Blok & Penggabungan
- Ketua Blok telah dilantik dan mesyuarat bersetuju beberapa blok digabungkan.
3. Aktiviti PERISMA
- Cadangan aktiviti telah dibincangkan dan dipersetujui untuk pelaksanaan biro-biro
4. Penyampaian surat perlantikan AJK Perisma sesi 2026/2028 dan Ketua Blok

Penutup:
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 5.00ptg

MESYUARAT AGUNG PERISMA SESI 2026/2028Mesyuarat Agung PERISMA bagi sesi 2026/2028 telah diadakan seperti ketetapan berik...
13/02/2026

MESYUARAT AGUNG PERISMA SESI 2026/2028

Mesyuarat Agung PERISMA bagi sesi 2026/2028 telah diadakan seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 7 Februari 2026
Hari : Sabtu
Tempat : Dewan Cenderawasih, ABPMWT

Mesyuarat ini telah berlangsung dengan lancar dan mendapat kehadiran yang memuaskan daripada ahli.

Mesyuarat Agung PERISMA sesi 2026/2028 telah dirasmikan oleh PPGB Ts. Dr. Ahmad Faiz bin Tharima @ Zainuddin, Komandan ABPM Wilayah Timur merangkap Penasihat PERISMA.

Pelbagai perkara berkaitan pengurusan persatuan telah dibincangkan, termasuk pembentangan laporan aktiviti dan kewangan sesi terdahulu, perlantikan jawatankuasa baharu serta cadangan dan perancangan aktiviti bagi sesi 2026/2028

Intipati ucapan penasihat
Memuji peranan persatuan iaitu dalam kalangan isteri, pegawai Wanita dan gunasama yang banyak membantu dalam komuniti bomba. Namun begitu, ahli perisma diingatkan supaya tidak lupa kepada tugas hakiki sebagai isteri walaupun sangat komited menjalankan aktiviti Bersama-sama. Di samping itu, beliau juga mengingatkan supaya tidak memandang persatuan sebagai medium untuk meraih keuntungan semata-mata, tetapi jadikan Kebajikan ahli dan Pembangunan diri sebagai matlamat utama. Hindarkan amalan berpuak-puak dan bertolak ansurlah supaya persatuan ini akan menjadi lebih harmoni, juga jagalah adab dan tutur kata semasa menghadiri program di luar. Di akhir kata, beliau mengharapkan penglibatan ahli dalam setiap program yang dijalankan dan teruslah mengukuhkan silaturrahim.

Ucapan puan pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih atas kelulusan Komandan untuk memberi peruntukan menjalankan program bagi tahun 2026-2028 sebanyak RM7,700. Dan menyampaikan berita gembira kepada suri yg bekerja mengenai kelulusan CTR oleh JPA bermula tahun ini.

Berikut merupakan barisan Jawatankuasa PERISMA yang telah dilantik bagi sesi 2026/2028:

Pengerusi : Pn. Wan Nur Zawahier binti Wan Abd. Wahab
Timbalan Pengerusi : Pn. Masriani binti Mansor

Setiausaha : Pn. Norliza binti Isa
Penolong Setiausaha : Pn. Norliyana binti Zianodin

Bendahari : Cik Intan Norhafiza binti W. Ibrahim
Penolong Bendahari : Pn. Azila binti Wahab

Ahli Jawatankuasa (AJK):
1. Dr. Azlini binti Chik
2. Pn. Saidatul Amirah binti Ilias
3. Pn. Nurul Farhana Atiq binti Zulkifli
4. Pn. Rodiah binti Abdul Mokti
5. Pn. Norzazila binti Aziz

Pemeriksa Kira-Kira:
1. Pn. Safinah binti Abdullah
2. Pn. Nurul Wahidah binti Nazlisham

Penutup

Mesyuarat Agung PERISMA sesi 2026/2028 telah ditangguhkan dengan jayanya. Pihak persatuan merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada semua ahli yang hadir atas komitmen dan kerjasama yang diberikan sepanjang mesyuarat berlangsung.

Address

KM 24
Jalan Kuala Berang
21040

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Perisma Akademi Bomba & Penyelamat Malaysia Wilayah Timur posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share