SWCorp Melaka

SWCorp Melaka Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) Negeri Melaka

PROGRAM SINGGIT SEPOSEN DUN KESIDANG DI SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN MERDEKA13 Jun 2026 - Program Singgit Seposen DUN Kesida...
13/06/2026

PROGRAM SINGGIT SEPOSEN DUN KESIDANG DI SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN MERDEKA

13 Jun 2026 - Program Singgit Seposen DUN Kesidang yang berlangsung di Sekolah Kebangsaan Taman Merdeka berjaya mengumpulkan 937 kilogram sisa kitar semula.

Jumlah kutipan mengikut kategori:
♻️Minyak Masak Terpakai: 300 kg
♻️ Sisa 3R: 382 kg
♻️ Fabrik: 181 kg
♻️ Al-Quran Lama: 18 kg
♻️ Sisa Elektronik (E-Waste): 56 kg

Program ini membuktikan komitmen masyarakat dalam mengamalkan pengasingan sisa di punca serta menyokong usaha kelestarian alam sekitar melalui amalan kitar semula.

Turut hadir memeriahkan program ialah YB Alex Seah Shoo Chin, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kesidang, yang sentiasa menyokong inisiatif kelestarian alam sekitar dan pembudayaan amalan kitar semula dalam kalangan masyarakat.





12/06/2026

Berkelah sambil menikmati keindahan alam memang menyeronokkan.

Persekitaran bersih, pemandangan indah serta kesegaran alam membuatkan kita sembuh seketika daripada penat bekerja.

Namun, keindahan ini perlu kita wariskan untuk generasi masa hadapan juga. Jesteru, penting untuk kita memastikan ia kekal bersih dan terus terpelihara.

Jadi, setiap kali pergi berkelah di lokasi-lokasi awam ini, kita wajib membawa plastik sampah untuk membersihkan kawasan selepas berkelah dan tidak meninggalkan sebarang sampah.

Jika tiada tong sampah berhampiran atau tong sampah penuh, bawa pulang sampah anda dan buang di rumah.

Mulai tahun 2026, penguatkuasaan undang-undang berkaitan kebersihan di tempat awam yang lebih tegas telah dilaksanakan melalui pindaan Akta 672 di Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Kedah, Perlis serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Jika didapati bersalah membuang sampah merata-rata, anda boleh dikenakan denda tidak melebihi RM2,000 dan dijatuhi hukuman Perintah Khidmat Masyarakat sehingga 12 jam.

Jom sama-sama kita jaga kebersihan di tempat awam. Ingat, tangan yang mengotorkan, tangan yang sama akan membersihkan.

12/06/2026

Info Hari Ini | Budaya Audit Diri, Budaya Kerja Cemerlang

Sebelum menilai proses, nilai diri sendiri. Tanya diri:

🔺 Adakah saya menepati masa?
🔺 Adakah saya sentiasa meningkatkan kemahiran?
🔺 Adakah saya berintegriti dalam menjalankan tugas?
🔺 Adakah saya menggunakan kemudahan organisasi dengan berhemah?

Refleksi diri yang konsisten akan membentuk budaya kerja yang lebih berkualiti, berintegriti dan cemerlang.

Audit diri bukan untuk menuding kesilapan, tetapi memperkasa perubahan.

🎥 UAD

12/06/2026

Selepas ini, jika anda mengunjungi pasar malam di tempat anda, jaga-jaga kerana mungkin ada pegawai SWCorp yang memerhati.

Jadi, jangan sewenang-wenangnya membuang sampah secara tidak bertanggungjawab biarpun kawasan tersebut sesak dengan pengunjung lain. Strategi penguatkuasaan proaktif akan ditumpukan di kawasan berisiko tinggi termasuk:

• Pusat bandar dan hab pengangkutan awam (perhentian bas/stesen tren)
• Kawasan komersial (medan selera, pasar awam dan arked perniagaan)
• Destinasi pelancongan, pantai, taman awam dan kawasan rekreasi

Mulai tahun 2026, penguatkuasaan yang lebih tegas telah dilaksanakan menerusi pindaan Akta 672 di Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Kedah, Perlis serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Jika didapati bersalah membuang sampah merata-rata, pesalah boleh dikenakan denda sehingga RM2,000 serta Perintah Khidmat Masyarakat (PKM) sehingga 12 jam.

Kebersihan adalah tanggungjawab bersama. Jangan jadikan ruang awam sebagai tempat membuang sampah sesuka hati.

Ingat, tangan yang mengotorkan, tangan yang sama akan membersihkan.

PERHIMPUNAN BULANAN SWCORP MELAKA BERSEJARAH12 Jun 2026 - Perhimpunan Bulanan SWCorp Negeri Melaka anjuran Cawangan Mela...
12/06/2026

PERHIMPUNAN BULANAN SWCORP MELAKA BERSEJARAH

12 Jun 2026 - Perhimpunan Bulanan SWCorp Negeri Melaka anjuran Cawangan Melaka Bersejarah telah berlangsung dengan jayanya sebagai platform memperkukuh hubungan warga kerja serta menyampaikan maklumat dan hala tuju organisasi.

Antara pengisian program adalah Amanat Pengarah, penyampaian Sumbangan Kebajikan kepada warga kerja yang layak, sesi Suai Kenal Staf Baharu, serta Taklimat Anti-Bribery Management System (ABMS) bagi meningkatkan kesedaran dan pematuhan terhadap integriti serta tadbir urus yang baik dalam organisasi.

Program ini diharap dapat terus memupuk semangat kebersamaan, memperkasakan budaya kerja cemerlang dan memperkukuh komitmen warga SWCorp dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat.





11/06/2026
11/06/2026

Sahabat yang baik adalah sahabat yang selalu mengingatkan kita bila kita buat salah. Kadang-kadang, menegur itu cara terbaik untuk kita mendidik rakan-rakan kita supaya lebih peka dengan kebersihan alam sekitar.

Tahukah anda, statistik menunjukkan bahawa 90% dari pesalah yang disabitkan kesalahan membuang sampah merata-rata pada tahun 2026 adalah akibat pembuangan puntung rokok.

Mulai tahun 2026, penguatkuasaan lebih tegas telah dilaksanakan melalui pindaan Akta 672 di Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Kedah, Perlis serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Jika didapati bersalah membuang sampah merata-rata, pesalah boleh dikenakan denda tidak melebihi RM2,000 dan dijatuhi hukuman Perintah Khidmat Masyarakat (PKM) sehingga 12 jam.

Mencegah lebih baik dari merawat. Lebih baik kita saling menegur supaya Malaysia akan lebih bersih. Ingat, tangan yang mengotorkan, tangan yang sama akan membersihkan.

10 Jun 2026 - LAWATAN PENANDA ARAS DARIPADA POLITEKNIK SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH, SHAH ALAMSWCorp Melaka telah menerima...
11/06/2026

10 Jun 2026 - LAWATAN PENANDA ARAS DARIPADA POLITEKNIK SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH, SHAH ALAM

SWCorp Melaka telah menerima Lawatan Penanda Aras daripada Politeknik Shah Alam yang melibatkan seramai 17 orang pensyarah.

Lawatan ini bertujuan untuk memberikan pendedahan menyeluruh berkaitan peranan, fungsi serta inisiatif yang dilaksanakan oleh SWCorp dalam memperkasa pengurusan sisa pepejal dan kelestarian alam sekitar.

Selain itu, sesi ini turut memberi ruang kepada pihak Politeknik Shah Alam untuk mendapatkan khidmat nasihat serta panduan dalam merangka dan melaksanakan inisiatif Green Campus secara lebih sistematik dan berimpak tinggi.

Pelbagai pendekatan, program serta produk kelestarian yang dibangunkan oleh SWCorp turut dikongsikan sebagai rujukan strategik ke arah memperkukuh agenda pembangunan mampan di institusi pendidikan.

Diharapkan lawatan ini dapat mempererat kerjasama strategik serta menjadi pemangkin kepada pelaksanaan amalan kelestarian yang lebih menyeluruh pada masa hadapan.





10 Jun 2026 - Program CSR Kesedaran Kebersihan Pantai dan Kitar Semula – "Sea The Change 2026Program ini bertujuan memup...
11/06/2026

10 Jun 2026 - Program CSR Kesedaran Kebersihan Pantai dan Kitar Semula – "Sea The Change 2026

Program ini bertujuan memupuk kesedaran masyarakat terhadap kepentingan menjaga kebersihan pantai serta memperkukuhkan tanggungjawab bersama dalam memelihara alam sekitar demi kelestarian generasi akan datang.

Selain aktiviti pembersihan pantai dan pengumpulan bahan kitar semula, SWCorp turut mengisi program dengan pelbagai aktiviti upcycling yang memberi nilai tambah kepada komuniti. Antaranya ialah bengkel pembuatan lilin daripada bahan terpakai bersama Persatuan Ibu Tunggal Negeri Melaka, serta aktiviti kreativiti upcycling yang melibatkan pelajar semester akhir Diploma Pengurusan Teknologi Pejabat (BA132), Fakulti Pengurusan dan Perniagaan, Universiti Teknologi MARA Cawangan Melaka Kampus Alor Gajah.

Pendekatan ini bukan sahaja menggalakkan amalan 3R (Reduce, Reuse, Recycle), malah membuktikan bahawa sisa yang dianggap tidak bernilai mampu ditransformasikan menjadi produk baharu yang bermanfaat dan berpotensi menjana nilai ekonomi.

Bersama-sama kita mengubah perspektif terhadap sisa, memelihara khazanah pantai, dan mencipta masa depan yang lebih hijau.





Kerjasama Strategik SWCorp, PUSPEN Perlop dan GreenViro Solution Sdn. Bhd. (GSSB) Memacu Kelestarian Melalui Pengurusan ...
11/06/2026

Kerjasama Strategik SWCorp, PUSPEN Perlop dan GreenViro Solution Sdn. Bhd. (GSSB) Memacu Kelestarian Melalui Pengurusan Sisa Makanan.

SWCorp Melaka mengadakan kerjasama strategik dengan Greenviro Solutions Sdn. Bhd (GSSB) dan PUSPEN Perlop bagi meneroka kerjasama strategik yang memberi manfaat kepada alam sekitar dan pembangunan komuniti secara mampan.

Cadangan kerjasama ini merangkumi penggunaan medium organik berasaskan kompos dari Tapak Pengkomposan Blue Valley, Cameron Haighland bagi pemulihan tanah, pembangunan rumah kompos, penyediaan khidmat nasihat serta sokongan teknikal untuk projek penanaman sayuran, selain penghasilan baja organik yang berpotensi untuk dikomersialkan.

Inisiatif ini bukan sahaja menyokong amalan ekonomi kitaran dan pengurusan sisa organik yang lebih lestari, malah membuka ruang kepada pembangunan kemahiran, pemulihan persekitaran serta penghasilan sumber makanan yang memberi nilai tambah kepada komuniti.

Bersama-sama, kita membuktikan bahawa sisa bukanlah pengakhiran, tetapi titik permulaan kepada peluang dan harapan baharu. Daripada sisa kepada sumber, dan daripada pemulihan kepada kehidupan baharu, kita melakar perubahan yang memberi manfaat kepada alam sekitar, komuniti dan generasi akan datang demi masa depan yang lebih lestari.





Address

Tingkat 7, Bangunan Graha Maju
Jalan Hang Tuah
75300

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SWCorp Melaka posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share