Jabatan Landskap Negeri Johor

Jabatan Landskap Negeri Johor Jabatan Landskap Negeri Johor,
Aras 1, Bangunan Dato' Jaafar Muhammad,
79503 Kota Iskandar, Iskandar Puteri,Johor.

Objektif

- Menggubal dasar serta merangka strategi dan program pembangunan Landskap Negeri Johor
- Mengawal dan memacu pembangunan Landskap Negeri
- Melaksanakan projek-projek pembangunan landskap Negeri
- Menyelaras dan memantau projek Landskap Persekutuan di Johor
- Mendidik masyarakat terhadap fungsi dan kepentingan landskap

Fungsi

- Mewujudkan Negeri Dalam Taman dengan persekitaran kehidupa

n yang selesa, ceria, bersih dan indah.
- Mewujudkan ruang landskap dalam setiap projek pembangunan serta menentukan kemudahan rekreasi dan landskap sejajar dengan keperluan pengguna.
- Mewujudkan landskap mampan, berfungsi dan secara menyeluruh di bandar dan desa.
- Meningkatkan kepenggunaan teknologi peralatan perlandskapan dan kepelbagaian spesis tanaman landskap.
- Membangunkan pengkalan data maklumat-maklumat perlandskapan.
- Mewujudkan warga Johor yang berpengetahuan, berdisplin dan cintakan persekitaran yang indah serta bersih.

23/04/2026

Panggilan Perwira dan Perajurit Muda Askar Timbalan Setia Negeri Johor (ATSNJ)!

Kepada mereka yang berkelayakan dialu-alukan untuk menyertai program pengambilan Perwira dan Perajurit Muda ATSNJ bagi kemasukan 1 Ogos 2026 dengan temu duga pengambilan ini akan diadakan mengikut lokasi yang telah ditetapkan di beberapa daerah. Ia akan melibatkan peluang kerjaya dalam bidang pertahanan negeri yang menawarkan laluan kerjaya berstruktur serta peluang pembangunan diri.

Justeru, setiap calon hendaklah memenuhi syarat asas seperti kewarganegaraan, umur yang ditetapkan serta kelayakan akademik dan fizikal yang bersesuaian. Sehubungan itu, orang ramai khususnya golongan lelaki belia digalakkan untuk merebut peluang ini dengan menghadiri sesi temu duga serta mendapatkan maklumat lanjut melalui saluran rasmi yang telah disediakan dengan mengimbas kod QR tertera pada poster.







Daulat TuankuMerafak sembah ucapan setinggi-tinggi tahniah serta ucap selamat kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan...
23/03/2026

Daulat Tuanku

Merafak sembah ucapan setinggi-tinggi tahniah serta ucap selamat kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim, Sultan Yang DiPertuan bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta'zim, Yang di-Pertuan Agong sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Sultan Johor pada 23 Mac 2026 bersamaan 3 Syawal 1447H.

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.Semoga Syawal yang mulia ini membawa keberkatan, kebahagiaan dan meng...
20/03/2026

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.

Semoga Syawal yang mulia ini membawa keberkatan, kebahagiaan dan mengeratkan silaturahim dalam kalangan kita semua.

Ikhlas daripada,
Pengarah Serta Warga Kerja Jabatan Landskap Negeri Johor Dan Taman Botani Johor.

20/03/2026

JOHOR ISYTIHAR CUTI GANTI 24 MAC INI

Kerajaan Johor mengisytiharkan hari Selasa, 24 Mac 2026 sebagai Hari Cuti Ganti berikutan Hari Kelepasan Am Negeri Johor sempena Hari Keputeraan Rasmi Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor yang jatuh pada Isnin, 23 Mac 2026.

Hari Cuti Ganti ini juga mengambil kira 2 Syawal 1447H (Ahad, 22 Mac 2026) serta selaras dengan edaran surat Hari Kelepasan Am Negeri Johor Darul Ta’zim bagi Tahun 2026. Justeru itu, hari bekerja akan bermula semula pada Rabu, 25 Mac 2026.





19/03/2026
07/03/2026
KUNJUNGAN HORMAT MAJLIS BANDARAYA JOHOR BAHRU KE JABATAN LANDSKAP NEGERI JOHOR (JLNJ).Pada 06 Mac 2026 (JUMAAT), telah d...
06/03/2026

KUNJUNGAN HORMAT MAJLIS BANDARAYA JOHOR BAHRU KE JABATAN LANDSKAP NEGERI JOHOR (JLNJ).

Pada 06 Mac 2026 (JUMAAT), telah diadakan satu sesi kunjungan hormat oleh Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) ke Jabatan Landskap Negeri Johor (JLNJ). Sesi kunjungan hormat ini bertujuan membuka ruang perbincangan untuk mengeratkan hubungan kerjasama serta membincangkan pelaksanaan program-program landskap di Negeri Johor. Kunjungan hormat tersebut diketuai oleh Puan LAr. Hajah Mustika Ally Binti Zulkifli, Pengarah Landskap MBJB.

Sesi kunjungan ini telah dipengerusikan oleh YBrs. En. Khirul Nizam bin Mat Said, Pengarah Jabatan Landskap Negeri Johor. Pihak jabatan ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas kunjungan ini dan diharapkan ia menjadi titik tolak kepada pemerkasaan program landskap yang lebih berimpak, progresif dan berdaya saing demi memperindah serta memartabatkan landskap Negeri Johor.

IKLAN TAWARAN SEBUTHARGA FEBRUARI 2026.TAJUK SEBUTHARGA DAN BUTIRAN SEPERTI DILAMPIRAN. BUTIR-BUTIR DAN DOKUMEN SEBUTHAR...
27/02/2026

IKLAN TAWARAN SEBUTHARGA FEBRUARI 2026.
TAJUK SEBUTHARGA DAN BUTIRAN SEPERTI DILAMPIRAN.
BUTIR-BUTIR DAN DOKUMEN SEBUTHARGA BOLEH DIDAPATI DI BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN JABATAN LANDSKAP NEGERI JOHOR,
ARAS 1,BANGUNAN DATO' JAAFAR MUHAMMAD, KOTA ISKANDAR, 79503 ISKANDAR PUTERI, JOHOR.
SEBARANG PERTANYAAN: 07-2666230

π’π„π“πˆππ†π†πˆ-π“πˆππ†π†πˆ π“π€π‡ππˆπ€π‡ 𝐀𝐓𝐀𝐒 ππ„π‹π€ππ“πˆπŠπ€π π’π„π“πˆπ€π”π’π€π‡π€ πŠπ„π‘π€π‰π€π€π π‰πŽπ‡πŽπ‘ π˜π€ππ† πŠπ„-πŸπŸ”Seluruh warga Jabatan Landskap Negeri Johor ...
20/02/2026

π’π„π“πˆππ†π†πˆ-π“πˆππ†π†πˆ π“π€π‡ππˆπ€π‡ 𝐀𝐓𝐀𝐒 ππ„π‹π€ππ“πˆπŠπ€π π’π„π“πˆπ€π”π’π€π‡π€ πŠπ„π‘π€π‰π€π€π π‰πŽπ‡πŽπ‘ π˜π€ππ† πŠπ„-πŸπŸ”
Seluruh warga Jabatan Landskap Negeri Johor merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Yang Berhormat Dato’ Haji Mohammed Ridha Bin Dato’ Haji Abd Kadir di atas pelantikan sebagai Setiausaha Kerajaan Johor Yang Ke-26.

Setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Yang Berhormat Dato' Haji Mohd. Noorazam bin Dato' Haji Osman atas perlantikan seb...
20/02/2026

Setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Yang Berhormat Dato' Haji Mohd. Noorazam bin Dato' Haji Osman atas perlantikan sebagai Pegawai Kewangan Negeri Johor.

Address

Jabatan Landskap Negeri Johor, , Aras 1, Bangunan Dato' Jaafar Muhammad, , Kota Iskandar
Iskandar Puteri
79503

Opening Hours

Monday 08:00 - 05:00
Tuesday 08:00 - 05:00
Wednesday 08:00 - 05:00
Thursday 08:00 - 03:30
Sunday 08:00 - 05:00

Telephone

+6072666220

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jabatan Landskap Negeri Johor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Jabatan Landskap Negeri Johor:

Share