Pengarah Kesihatan Negeri Perak

Pengarah Kesihatan Negeri Perak Platform rasmi bagi Pengarah Kesihatan Negeri Perak.

Sumber utama maklumat, kenyataan rasmi, dan panduan kesihatan dari fasiliti-fasiliti kesihatan di seluruh Negeri Perak.

๐— ๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐—ป๐—ด๐—ธ๐—ฎ๐˜‚๐—ถ ๐—–๐—ฎ๐—ฏ๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐—ป, ๐— ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฒ๐—ฎ๐—น๐—ถ๐˜€๐—ฎ๐˜€๐—ถ๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—ฃ๐—ฒ๐—บ๐—ฏ๐—ฎ๐—ป๐—ด๐˜‚๐—ป๐—ฎ๐—ป 4 Jun 2026 | 5.30 petangSecara mayaSaya hadir sebagai ahli dalam Mesyuara...
04/06/2026

๐— ๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐—ป๐—ด๐—ธ๐—ฎ๐˜‚๐—ถ ๐—–๐—ฎ๐—ฏ๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐—ป,
๐— ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฒ๐—ฎ๐—น๐—ถ๐˜€๐—ฎ๐˜€๐—ถ๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—ฃ๐—ฒ๐—บ๐—ฏ๐—ฎ๐—ป๐—ด๐˜‚๐—ป๐—ฎ๐—ป

4 Jun 2026 | 5.30 petang
Secara maya

Saya hadir sebagai ahli dalam Mesyuarat Khas Projek Pembangunan di Bawah Butiran Projek BP00600 dan BP01100, yang dipengerusikan oleh YBhg. Datuk Seri Ketua Setiausaha, Kementerian Kesihatan Malaysia.

Mesyuarat ini merupakan kesinambungan kepada keputusan pada 30 April 2026, yang antara lain menegaskan supaya semua projek yang telah diluluskan di bawah peruntukan BP00600 dan BP01100 Tahun 2026 disegerakan pelaksanaannya seperti yang telah dirancang.

Perkara ini turut mendapat perhatian peribadi saya.

Dalam pelaksanaan projek pembangunan, cabaran memang akan sentiasa ada. Kadang-kadang kita mudah terperangkap dengan masalah - kekangan teknikal, proses perolehan, dokumentasi, koordinasi antara agensi, atau pelbagai sebab lain yang akhirnya memperlahankan tindakan.

Tetapi, saya percaya kita perlu mengubah cara kita berfikir.

Apabila berhadapan dengan cabaran dalam memastikan kelancaran projek-projek pembangunan, kita bukan sekadar mengemukakan persoalan seperti:

โ€œ๐‘จ๐’‘๐’‚ ๐’Ž๐’‚๐’”๐’‚๐’๐’‚๐’‰๐’๐’š๐’‚?โ€

Sebaliknya, soalan yang perlu kita fikirkan adalah;

โ€œ๐’€๐’‚, ๐’Œ๐’Š๐’•๐’‚ ๐’‚๐’…๐’‚ ๐’Ž๐’‚๐’”๐’‚๐’๐’‚๐’‰.
๐‘บ๐’†๐’Œ๐’‚๐’“๐’‚๐’๐’ˆ, ๐’ƒ๐’‚๐’ˆ๐’‚๐’Š๐’Ž๐’‚๐’๐’‚ ๐’Œ๐’Š๐’•๐’‚ ๐’‰๐’†๐’๐’…๐’‚๐’Œ ๐’Ž๐’†๐’๐’†๐’‘๐’‚๐’”๐’Š ๐’Ž๐’‚๐’”๐’‚๐’๐’‚๐’‰ ๐’Š๐’๐’Š?โ€

Kita perlu meneliti secara analitikal;

Apakah kekangan utama kita?
Siapa yang perlu membuat keputusan?
Apa tindakan segera yang boleh dibuat?
Apa yang boleh diselesaikan di peringkat negeri?
Apa yang perlu diangkat segera ke peringkat Kementerian?

Projek pembangunan kesihatan bukan sekadar projek fizikal. Ia berkait langsung dengan akses rakyat kepada perkhidmatan, keselesaan pesakit, keselamatan warga kerja, keupayaan fasiliti dan mutu penyampaian sistem kesihatan.

Sebab itu, pelaksanaan mesti dipantau dengan rapi. Bukan hanya menunggu laporan kemajuan, tetapi mencari jalan untuk membuka halangan satu demi satu.

Kita tidak boleh hanya menjadi pengulas kepada masalah.
Kita mesti menjadi penyelesai kepada masalah.

Insya-Allah, saya akan terus memberi perhatian kepada pelaksanaan projek-projek pembangunan kesihatan di Negeri Perak supaya apa yang telah diluluskan dapat diterjemahkan kepada hasil yang nyata untuk rakyat.

๐—ฆ๐—ฎ๐˜๐˜‚ ๐—ฆ๐—ถ๐˜€๐˜๐—ฒ๐—บ, ๐—ฆ๐—ฎ๐˜๐˜‚ ๐— ๐—ฎ๐˜๐—น๐—ฎ๐—บ๐—ฎ๐˜: ๐— ๐—ฒ๐—บ๐—ฝ๐—ฒ๐—ฟ๐—ธ๐˜‚๐—ธ๐˜‚๐—ต ๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐—ธ๐—ต๐—ถ๐—ฑ๐—บ๐—ฎ๐˜๐—ฎ๐—ป ๐—ž๐—น๐˜‚๐˜€๐˜๐—ฒ๐—ฟ ๐—ก๐—ฒ๐—ด๐—ฒ๐—ฟ๐—ถ ๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐—ธ4 Jun 2026 | 9.00 pagiJabatan Kesihatan Negeri ...
04/06/2026

๐—ฆ๐—ฎ๐˜๐˜‚ ๐—ฆ๐—ถ๐˜€๐˜๐—ฒ๐—บ, ๐—ฆ๐—ฎ๐˜๐˜‚ ๐— ๐—ฎ๐˜๐—น๐—ฎ๐—บ๐—ฎ๐˜: ๐— ๐—ฒ๐—บ๐—ฝ๐—ฒ๐—ฟ๐—ธ๐˜‚๐—ธ๐˜‚๐—ต ๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐—ธ๐—ต๐—ถ๐—ฑ๐—บ๐—ฎ๐˜๐—ฎ๐—ป ๐—ž๐—น๐˜‚๐˜€๐˜๐—ฒ๐—ฟ ๐—ก๐—ฒ๐—ด๐—ฒ๐—ฟ๐—ถ ๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐—ธ

4 Jun 2026 | 9.00 pagi
Jabatan Kesihatan Negeri Perak

Saya telah mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Governing Body Perkhidmatan Kluster Negeri Perak Bil. 1/2026, yang menghimpunkan kepimpinan perubatan, kesihatan awam dan kesihatan pergigian negeri bagi menilai pencapaian, cabaran serta hala tuju perkhidmatan kluster di Perak.

Perkhidmatan kluster di Negeri Perak terus berkembang sejak diperluaskan pada tahun 2024 dengan penglibatan yang lebih menyeluruh daripada Bahagian Perubatan, Bahagian Kesihatan Awam dan Bahagian Kesihatan Pergigian.

Pendekatan ini penting kerana perkhidmatan kesihatan tidak boleh lagi beroperasi secara silo. Pesakit bergerak merentasi fasiliti, daerah dan tahap perkhidmatan, maka; sistem kita juga perlu bergerak secara lebih tersusun, bersepadu dan responsif.

Dalam mesyuarat ini, beberapa pencapaian penting telah dibentangkan, termasuk pencapaian Report Card dan KPI Hospital Kluster 2025, kemajuan perkhidmatan kluster Kesihatan Awam, serta pencapaian perkhidmatan kluster Pergigian tahun 2025.

Antara inisiatif yang diberi perhatian ialah rujukan pesakit menggunakan ๐˜š๐˜ฆ๐˜ญ๐˜ง-๐˜š๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ท๐˜ช๐˜ค๐˜ฆ ๐˜—๐˜ฐ๐˜ณ๐˜ต๐˜ข๐˜ญ, jaringan penjagaan kes STEMI antara fasiliti primer dan hospital, pengauditan klinikal Jabatan Pesakit Luar, peluasan perkhidmatan pakar, serta integrasi perkhidmatan pergigian berasaskan hospital dan bukan berasaskan hospital.

Secara keseluruhannya, banyak kemajuan yang memberangsangkan telah dicapai. Namun, mesyuarat ini juga menjadi ruang penting untuk kita melihat secara jujur isu-isu yang masih memerlukan perhatian - termasuk penggunaan katil, beban rujukan, kesinambungan rawatan, pentauliahan dan keistimewaan klinikal (๐˜ค๐˜ณ๐˜ฆ๐˜ฅ๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜ต๐˜ช๐˜ข๐˜ญ๐˜ช๐˜ฏ๐˜จ ๐˜ข๐˜ฏ๐˜ฅ ๐˜ฑ๐˜ณ๐˜ช๐˜ท๐˜ช๐˜ญ๐˜ฆ๐˜จ๐˜ช๐˜ฏ๐˜จ), latihan anggota, ketersediaan pakar, serta keperluan untuk memastikan setiap peluasan perkhidmatan benar-benar memberi nilai kepada pesakit dan warga kerja kesihatan.

Bagi saya, kekuatan sebenar perkhidmatan kluster bukan sekadar pada struktur atau pelaporan KPI. Kekuatan sebenar terletak pada keupayaan kita untuk bekerja sebagai satu sistem - saling menyokong, berkongsi sumber, mengurangkan jurang akses dan memastikan pesakit mendapat rawatan yang sesuai, di tempat yang sesuai, pada masa yang sesuai.

Saya merakamkan penghargaan kepada semua Pengarah Hospital, Pegawai Kesihatan Daerah, Pegawai Kesihatan Pergigian Daerah, pakar-pakar, pegawai perubatan, pegawai pergigian, anggota kesihatan primer, urus setia dan semua pihak yang terus menggerakkan agenda perkhidmatan kluster di Negeri Perak.

Kerja ini bukan mudah.
Tetapi, ia amat penting.

Insya-Allah, melalui perancangan yang lebih tersusun, pemantauan yang lebih rapi dan kerjasama yang lebih kukuh antara hospital, klinik kesihatan dan klinik pergigian, kita akan terus memperkukuh penyampaian perkhidmatan kesihatan di Negeri Perak demi manfaat pesakit, komuniti dan warga kerja kesihatan.

๐—ง๐—”๐—›๐—ก๐—œ๐—”๐—› ๐——๐—ฅ. ๐—ญ๐—”๐—ฅ๐—œ๐—ก๐—” ๐—•๐—”๐—›๐—”๐—ฅ๐—œ๐—ก, ๐—ž๐— ๐—ก! ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พSaya, bagi pihak seluruh warga Jabatan Kesihatan Negeri Perak, ingin merakamkan setin...
03/06/2026

๐—ง๐—”๐—›๐—ก๐—œ๐—”๐—› ๐——๐—ฅ. ๐—ญ๐—”๐—ฅ๐—œ๐—ก๐—” ๐—•๐—”๐—›๐—”๐—ฅ๐—œ๐—ก, ๐—ž๐— ๐—ก! ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Saya, bagi pihak seluruh warga Jabatan Kesihatan Negeri Perak, ingin merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Dr. Zarina Baharin, Pakar Perunding Perubatan Keluarga, Klinik Kesihatan Seri Iskandar, atas pengurniaan Bintang Kesatria Mangku Negara (KMN) sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.

Ini satu pengiktirafan yang sangat membanggakan.

Bukan sahaja kepada Dr. Zarina secara peribadi, tetapi juga kepada seluruh warga kesihatan di Perak - khususnya barisan Pakar Perubatan Keluarga yang selama ini menjadi antara kekuatan utama sistem kesihatan kita di peringkat akar umbi.

Dalam kesibukan rutin harian, dalam tuntutan perkhidmatan yang semakin mencabar, dan dalam kerja-kerja yang sering dilakukan jauh daripada perhatian umum, Dr. Zarina terus membuktikan bahawa kecemerlangan sebenar lahir daripada komitmen, keikhlasan, dan kesungguhan untuk berkhidmat kepada masyarakat.

Pengiktirafan ini mengangkat martabat profesion Perubatan Keluarga, dan pada masa yang sama mencerminkan kualiti, dedikasi serta kepimpinan klinikal yang dimiliki oleh pasukan kesihatan primer kita di Negeri Perak.

๐’๐ฒ๐š๐›๐š๐ฌ ๐๐š๐ง ๐ญ๐š๐ก๐ง๐ข๐š๐ก ๐ฌ๐ž๐ค๐š๐ฅ๐ข ๐ฅ๐š๐ ๐ข, ๐ƒ๐ซ. ๐™๐š๐ซ๐ข๐ง๐š!

Terima kasih kerana terus mengharumkan nama Jabatan Kesihatan Negeri Perak.

Semoga pengiktirafan ini menjadi inspirasi kepada kita semua untuk terus bekerja dengan penuh integriti, rendah hati, dan sentiasa meletakkan kesejahteraan rakyat sebagai keutamaan.

๐—ฅ๐—ฒ๐—ณ๐—น๐—ฒ๐—ธ๐˜€๐—ถ ๐—ฆ๐˜‚๐—น๐˜๐—ฎ๐—ป ๐—ก๐—ฎ๐˜‡๐—ฟ๐—ถ๐—ป ๐—ง๐—ฟ๐—ฎ๐˜ƒ๐—ฒ๐—น๐—น๐—ถ๐—ป๐—ด ๐—™๐—ฒ๐—น๐—น๐—ผ๐˜„๐˜€๐—ต๐—ถ๐—ฝ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ2 Jun 2026 | Selasa11.45 pagi | Kuala LumpurHari ini, saya berkesempata...
02/06/2026

๐—ฅ๐—ฒ๐—ณ๐—น๐—ฒ๐—ธ๐˜€๐—ถ ๐—ฆ๐˜‚๐—น๐˜๐—ฎ๐—ป ๐—ก๐—ฎ๐˜‡๐—ฟ๐—ถ๐—ป ๐—ง๐—ฟ๐—ฎ๐˜ƒ๐—ฒ๐—น๐—น๐—ถ๐—ป๐—ด ๐—™๐—ฒ๐—น๐—น๐—ผ๐˜„๐˜€๐—ต๐—ถ๐—ฝ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ

2 Jun 2026 | Selasa
11.45 pagi | Kuala Lumpur

Hari ini, saya berkesempatan hadir bersama dalam sesi taklimat oleh Dr. Andrew Blanshard, ๐˜š๐˜ถ๐˜ญ๐˜ต๐˜ข๐˜ฏ ๐˜•๐˜ข๐˜ป๐˜ณ๐˜ช๐˜ฏ ๐˜›๐˜ณ๐˜ข๐˜ท๐˜ฆ๐˜ญ๐˜ญ๐˜ช๐˜ฏ๐˜จ ๐˜š๐˜ค๐˜ฉ๐˜ฐ๐˜ญ๐˜ข๐˜ณ 2026, kepada DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan.

Sesi ini menandakan tamatnya program ๐‘บ๐’–๐’๐’•๐’‚๐’ ๐‘ต๐’‚๐’›๐’“๐’Š๐’ ๐‘ป๐’“๐’‚๐’—๐’†๐’๐’๐’Š๐’๐’ˆ ๐‘ญ๐’†๐’๐’๐’๐’˜๐’”๐’‰๐’Š๐’‘ yang julung-julung kali diadakan, selepas Dr. Andrew melengkapkan lawatan selama dua minggu di negeri Perak.

Dalam tempoh yang singkat, beliau telah merangkumi pelbagai lokasi dan perkhidmatan kesihatan di Perak, termasuk Jabatan Kesihatan Negeri Perak, Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh, Hospital Taiping, Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Perak, Kampung Orang Asli Sungai Tiang, Klinik Kesihatan Kemar, Klinik Kesihatan Felda Bersia, Hospital Gerik dan Hospital Kuala Kangsar.

Sepanjang ๐˜ง๐˜ฆ๐˜ญ๐˜ญ๐˜ฐ๐˜ธ๐˜ด๐˜ฉ๐˜ช๐˜ฑ ini, beliau berpeluang menyaksikan sendiri realiti perkhidmatan kesihatan awam, penjagaan hospital, kawalan penyakit berjangkit, perkhidmatan komuniti luar bandar, serta cabaran penyampaian kesihatan kepada masyarakat Orang Asli.

Turut hadir dalam sesi taklimat ini ialah Datuk Seri Dr. Paras Doshi, Presiden ๐˜Š๐˜ฐ๐˜ญ๐˜ญ๐˜ฆ๐˜จ๐˜ฆ ๐˜ฐ๐˜ง ๐˜—๐˜ฉ๐˜บ๐˜ด๐˜ช๐˜ค๐˜ช๐˜ข๐˜ฏ๐˜ด ๐˜”๐˜ข๐˜ญ๐˜ข๐˜บ๐˜ด๐˜ช๐˜ข; Prof. Dr. Izuan Izzaidi bin Azmi, Naib Presiden ๐˜Š๐˜ฐ๐˜ญ๐˜ญ๐˜ฆ๐˜จ๐˜ฆ ๐˜ฐ๐˜ง ๐˜—๐˜ฉ๐˜บ๐˜ด๐˜ช๐˜ค๐˜ช๐˜ข๐˜ฏ๐˜ด ๐˜”๐˜ข๐˜ญ๐˜ข๐˜บ๐˜ด๐˜ช๐˜ข; Dr. Pravind Narayan, Setiausaha ๐˜Š๐˜ฐ๐˜ญ๐˜ญ๐˜ฆ๐˜จ๐˜ฆ ๐˜ฐ๐˜ง ๐˜—๐˜ฉ๐˜บ๐˜ด๐˜ช๐˜ค๐˜ช๐˜ข๐˜ฏ๐˜ด ๐˜”๐˜ข๐˜ญ๐˜ข๐˜บ๐˜ด๐˜ช๐˜ข; Prof. Dr. Edmund Ong, ๐˜™๐˜ฆ๐˜จ๐˜ช๐˜ฐ๐˜ฏ๐˜ข๐˜ญ ๐˜ˆ๐˜ฅ๐˜ท๐˜ช๐˜ด๐˜ฐ๐˜ณ, ๐˜™๐˜ฐ๐˜บ๐˜ข๐˜ญ ๐˜Š๐˜ฐ๐˜ญ๐˜ญ๐˜ฆ๐˜จ๐˜ฆ ๐˜ฐ๐˜ง ๐˜—๐˜ฉ๐˜บ๐˜ด๐˜ช๐˜ค๐˜ช๐˜ข๐˜ฏ๐˜ด ๐˜“๐˜ฐ๐˜ฏ๐˜ฅ๐˜ฐ๐˜ฏ; dan saya sendiri mewakili Jabatan Kesihatan Negeri Perak.

Sebelum sesi ini, saya sempat berpesan kepada Dr. Andrew supaya memberikan pandangan dengan sejujur dan setelus mungkin. Sudah tentu kita gembira mendengar perkara-perkara yang baik tentang sistem kita.

Tetapi selalunya, pembelajaran yang paling bernilai datang daripada teguran, pemerhatian kritikal dan pandangan luar yang berani menyentuh perkara-perkara yang mungkin sudah terlalu biasa bagi kita sehingga tidak lagi kita persoalkan.

Saya gembira mendengar bahawa walaupun masa beliau di Perak agak singkat, Dr. Andrew dapat melihat keluasan dan kerencaman sistem kesihatan kita - daripada hospital pakar, hospital daerah, klinik kesihatan, perkhidmatan kesihatan awam, sehinggalah kepada cabaran kesihatan komuniti di kawasan pedalaman.

Saya juga amat menghargai bahawa, berdasarkan pembentangan dan perbincangan tersebut, DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan telah menitahkan beberapa perkara kepada saya - perkara-perkara yang bersifat praktikal, boleh dilaksanakan di peringkat negeri, dan berpotensi membantu meningkatkan lagi kecekapan perkhidmatan kesihatan sedia ada.

Insya-Allah, saya akan meneliti perkara-perkara ini dengan lebih lanjut bersama pasukan saya di Jabatan Kesihatan Negeri Perak.

Seperti yang saya nyatakan, ๐˜ง๐˜ฆ๐˜ญ๐˜ญ๐˜ฐ๐˜ธ๐˜ด๐˜ฉ๐˜ช๐˜ฑ ini tidak seharusnya hanya menjadi satu latihan akademik atau pertukaran profesional semata-mata. Harapan saya, ia dapat diterjemahkan kepada penambahbaikan yang nyata - walaupun kecil - dalam cara kita menyampaikan perkhidmatan kepada rakyat.

Kerana akhirnya, nilai sebenar sesuatu ๐˜ง๐˜ฆ๐˜ญ๐˜ญ๐˜ฐ๐˜ธ๐˜ด๐˜ฉ๐˜ช๐˜ฑ bukan hanya pada tempat yang dilawati, sesi yang dihadiri, atau pembentangan yang disampaikan. Nilainya terletak pada apa yang berubah selepas itu.

Harapan saya juga, ๐˜ง๐˜ฆ๐˜ญ๐˜ญ๐˜ฐ๐˜ธ๐˜ด๐˜ฉ๐˜ช๐˜ฑ ini menjadi satu jambatan persahabatan, pembelajaran dan kerjasama profesional antara Malaysia dan United Kingdom, antara ๐˜Š๐˜ฐ๐˜ญ๐˜ญ๐˜ฆ๐˜จ๐˜ฆ ๐˜ฐ๐˜ง ๐˜—๐˜ฉ๐˜บ๐˜ด๐˜ช๐˜ค๐˜ช๐˜ข๐˜ฏ๐˜ด ๐˜”๐˜ข๐˜ญ๐˜ข๐˜บ๐˜ด๐˜ช๐˜ข dan ๐˜™๐˜ฐ๐˜บ๐˜ข๐˜ญ ๐˜Š๐˜ฐ๐˜ญ๐˜ญ๐˜ฆ๐˜จ๐˜ฆ ๐˜ฐ๐˜ง ๐˜—๐˜ฉ๐˜บ๐˜ด๐˜ช๐˜ค๐˜ช๐˜ข๐˜ฏ๐˜ด ๐˜“๐˜ฐ๐˜ฏ๐˜ฅ๐˜ฐ๐˜ฏ, dan antara para doktor yang berkongsi komitmen yang sama terhadap kecemerlangan, perkhidmatan dan kesejahteraan pesakit.

Semoga pengalaman Dr. Andrew di Perak menjadi permulaan kepada lebih banyak pertukaran ilmu, kerjasama klinikal, dan hubungan profesional yang berkekalan - dan yang lebih penting, menjadi pencetus kepada perubahan kecil yang boleh membawa manfaat besar kepada sistem kesihatan dan rakyat yang kita berkhidmat untuknya.

๐ƒ๐ˆ๐‘๐†๐€๐‡๐€๐˜๐” ๐“๐”๐€๐๐Š๐”Merafak sembah dan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Bagind...
01/06/2026

๐ƒ๐ˆ๐‘๐†๐€๐‡๐€๐˜๐” ๐“๐”๐€๐๐Š๐”

Merafak sembah dan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku.

Warga Kesihatan Negeri Perak mendoakan agar Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku sentiasa dikurniakan keafiatan, kesejahteraan, kebijaksanaan serta kekuatan dalam memayungi negara dan memimpin rakyat Malaysia menuju kemajuan, perpaduan dan kemakmuran yang berterusan.

๐‘ซ๐’‚๐’–๐’๐’‚๐’• ๐‘ป๐’–๐’‚๐’๐’Œ๐’–.

Dato' Dr. Feisul Idzwan bin Dato' Mustapha
Pengarah Kesihatan Negeri Perak

๐‘ฎ๐’‚๐’š๐’‚. ๐‘ด๐’–๐’•๐’–. ๐‘ฒ๐’†๐’–๐’๐’ˆ๐’ˆ๐’–๐’๐’‚๐’.Saya percaya ramai dalam kalangan Generasi X dan Milenial masih ingat slogan ini.Satu ketika dahu...
31/05/2026

๐‘ฎ๐’‚๐’š๐’‚. ๐‘ด๐’–๐’•๐’–. ๐‘ฒ๐’†๐’–๐’๐’ˆ๐’ˆ๐’–๐’๐’‚๐’.

Saya percaya ramai dalam kalangan Generasi X dan Milenial masih ingat slogan ini.

Satu ketika dahulu, ia bukan sekadar slogan. Ia dijual sebagai lambang gaya hidup. Simbol kematangan. Tanda keberanian.

Seolah-olah merokok itu sebahagian daripada identiti lelaki moden yang berjaya, yakin dan diterima dalam kelompoknya.

Begitulah bijaknya industri tembakau ๐ฆ๐ž๐ฆ๐›๐ข๐ง๐š ๐ง๐š๐ซ๐š๐ญ๐ข๐Ÿ.

Rokok tidak pernah dijual sebagai punca kanser paru-paru, serangan jantung, strok atau penyakit paru-paru kronik.

Ia dijual sebagai gaya.
Untuk sekian lama, ramai yang percaya.

Hari ini, papan iklan besar di tepi jalan mungkin sudah tiada. Iklan rokok secara terang-terangan juga sudah lama dikawal.

Tetapi jangan silap.
Strateginya tidak hilang.
Ia hanya berubah wajah.

Dahulu, mereka menggunakan imej koboi, lelaki bergaya, sukan lasak dan simbol kemewahan.

Hari ini, pendekatannya lebih halus.
Lebih senyap. Lebih sukar dikesan.

Melalui media sosial.
Melalui influencer.
Melalui algoritma.
Melalui pembungkusan yang menarik.
Melalui perisa manis seperti mangga, anggur, tembikai dan pelbagai lagi.

Daripada rokok tradisional kepada v**e, pod dan โ„Ž๐‘’๐‘Ž๐‘ก๐‘’๐‘‘ ๐‘ก๐‘œ๐‘๐‘Ž๐‘๐‘๐‘œ ๐‘๐‘Ÿ๐‘œ๐‘‘๐‘ข๐‘๐‘ก๐‘ , objektif akhirnya tetap sama:

๐— ๐—ฒ๐—ป๐—ฐ๐—ถ๐—ฝ๐˜๐—ฎ ๐—ด๐—ฒ๐—ป๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐˜€๐—ถ ๐—ฝ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ด๐˜‚๐—ป๐—ฎ ๐—ป๐—ถ๐—ธ๐—ผ๐˜๐—ถ๐—ป ๐˜†๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—ฏ๐—ฎ๐—ต๐—ฎ๐—ฟ๐˜‚.

Sebagai Pakar Perunding Kesihatan Awam dan Pengarah Kesihatan Negeri Perak, saya melihat perkara ini bukan sekadar sebagai isu pilihan individu.

Saya melihatnya sebagai isu kesihatan awam.

Saya melihat anak-anak muda yang mula mencuba kerana โ€œsekadar trendโ€.
Saya melihat remaja yang belum cukup matang untuk memahami risiko ketagihan.
Saya melihat keluarga yang akhirnya menanggung akibat penyakit yang sebenarnya boleh dicegah.
Saya melihat sistem kesihatan yang perlu merawat kesan daripada produk yang sejak awal lagi direka untuk membuatkan penggunanya terus bergantung.

Ramai masih menganggap v**e sebagai sesuatu yang lebih selamat, lebih moden, atau sekadar gaya hidup.

Namun kita perlu bertanya dengan jujur:

Jika produk ini begitu mudah ditinggalkan, mengapa industrinya begitu menguntungkan?

Jawapannya mudah.

Tarikan itu direka.
Ketagihan itu disengajakan.
Pasaran anak muda itu disasarkan.

Sempena Hari Tanpa Tembakau Sedunia tahun ini, dengan tema:

โ€œ๐‘ˆ๐‘›๐‘š๐‘Ž๐‘ ๐‘˜๐‘–๐‘›๐‘” ๐‘กโ„Ž๐‘’ ๐ด๐‘๐‘๐‘’๐‘Ž๐‘™. ๐ถ๐‘œ๐‘ข๐‘›๐‘ก๐‘’๐‘Ÿ๐‘–๐‘›๐‘” ๐‘๐‘–๐‘๐‘œ๐‘ก๐‘–๐‘›๐‘’ ๐‘Ž๐‘›๐‘‘ ๐‘‡๐‘œ๐‘๐‘Ž๐‘๐‘๐‘œ ๐ด๐‘‘๐‘‘๐‘–๐‘๐‘ก๐‘–๐‘œ๐‘›.โ€
Membongkar Tarikan. Menentang Ketagihan.

Kita bukan sekadar bercakap tentang rokok.
Kita sedang membongkar strategi industri yang menjual ketagihan dalam bentuk gaya hidup.

Penguatkuasaan Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852) adalah satu langkah penting negara.

Ia bukan semata-mata tentang kawalan.
Ia tentang perlindungan.

Perlindungan kepada kanak-kanak.
Perlindungan kepada remaja.
Perlindungan kepada generasi akan datang.

Kerana dalam isu tembakau dan nikotin, kita tidak boleh terlalu naif.

Industri akan sentiasa mencari ruang baharu.
Platform baharu.
Produk baharu.
Bahasa baharu.

Tetapi matlamatnya tetap sama.
Menjadikan ketagihan sebagai perniagaan.

Sudah tiba masanya kita berhenti melihat perkara ini sebagai sekadar โ€œpilihan peribadiโ€.

Apabila pilihan itu dibentuk oleh pemasaran yang licik, perisa yang menggoda, dan sistem ketagihan yang disengajakan, maka masyarakat dan kerajaan mempunyai tanggungjawab untuk bertindak.

Jangan biarkan masa depan anak-anak kita menjadi taruhan keuntungan industri.

Hari ini, kita tahu lebih baik.
Dan apabila kita sudah tahu, kita tidak boleh berdiam diri.

๐˜๐š๐ง๐  ๐๐ข๐ฃ๐ฎ๐š๐ฅ ๐›๐ฎ๐ค๐š๐ง ๐ ๐š๐ฒ๐š.
๐˜๐š๐ง๐  ๐๐ข๐›๐ž๐ฅ๐ข ๐š๐๐š๐ฅ๐š๐ก ๐ค๐ž๐ญ๐š๐ ๐ข๐ก๐š๐ง.




๐Ÿชท ๐’๐ž๐ฅ๐š๐ฆ๐š๐ญ ๐‡๐š๐ซ๐ข ๐–๐ž๐ฌ๐š๐ค๐ŸŒฟ ๐†๐š๐ฒ๐ฎ ๐†๐ฎ๐ซ๐ฎ ๐†๐ž๐ซ๐š๐ข ๐๐ฒ๐š๐ฆ๐š๐ข๐ŸŒพ ๐Š๐จ๐ญ๐จ๐›๐ข๐š๐ง ๐“๐š๐๐š๐ฎ ๐“๐š๐ ๐š๐ณ๐จ ๐ƒ๐จ ๐Š๐š๐š๐ฆ๐š๐ญ๐š๐งTiga ucapan. Tiga perayaan. Satu harapan ...
30/05/2026

๐Ÿชท ๐’๐ž๐ฅ๐š๐ฆ๐š๐ญ ๐‡๐š๐ซ๐ข ๐–๐ž๐ฌ๐š๐ค
๐ŸŒฟ ๐†๐š๐ฒ๐ฎ ๐†๐ฎ๐ซ๐ฎ ๐†๐ž๐ซ๐š๐ข ๐๐ฒ๐š๐ฆ๐š๐ข
๐ŸŒพ ๐Š๐จ๐ญ๐จ๐›๐ข๐š๐ง ๐“๐š๐๐š๐ฎ ๐“๐š๐ ๐š๐ณ๐จ ๐ƒ๐จ ๐Š๐š๐š๐ฆ๐š๐ญ๐š๐ง

Tiga ucapan. Tiga perayaan.
Satu harapan yang sama.

๐‘ฒ๐’†๐’…๐’‚๐’Ž๐’‚๐’Š๐’‚๐’. ๐‘ฒ๐’†๐’”๐’š๐’–๐’Œ๐’–๐’“๐’‚๐’. ๐‘ฒ๐’†๐’‰๐’‚๐’“๐’Ž๐’๐’๐’Š๐’‚๐’.

Dalam kepelbagaian yang membentuk tanah air ini, perbezaan adat, budaya dan tradisi bukanlah jurang yang memisahkan kita.

Sebaliknya, ia adalah kekuatan yang memperkayakan dan menyatukan kita sebagai rakyat Malaysia.

Keharmonian tidak hadir dengan sendirinya, tetapi ia disemai melalui:

Rasa saling menghormati,
Persefahaman, dan
Kesediaan untuk berjalan bersama walaupun berbeza.

Semoga sambutan Hari Wesak, Hari Gawai dan Pesta Kaamatan tahun ini membawa kebahagiaan, keberkatan dan ketenangan kepada semua yang meraikannya.

Dan semoga semangat yang diraikan hari ini terus mekar dalam kehidupan kita bersama.

๐‘€๐‘’๐‘›๐‘ข๐‘Ž๐‘– ๐‘ƒ๐‘’๐‘Ÿ๐‘๐‘Ž๐‘‘๐‘ข๐‘Ž๐‘›. ๐‘€๐‘’๐‘Ÿ๐‘Ž๐‘–๐‘˜๐‘Ž๐‘› ๐พ๐‘’โ„Ž๐‘Ž๐‘Ÿ๐‘š๐‘œ๐‘›๐‘–๐‘Ž๐‘›.

๐๐ž๐ซ๐ญ๐š๐ง๐๐ข๐ง๐ ๐š๐ง ๐•๐ข๐๐ž๐จ ๐“๐ข๐ค๐ญ๐จ๐ค:๐Œ๐ข๐ง๐ ๐ ๐ฎ ๐๐ซ๐จ๐ฆ๐จ๐ฌ๐ข ๐Š๐ž๐ฌ๐ข๐ก๐š๐ญ๐š๐ง ๐๐ž๐ซ๐ ๐ข๐ ๐ข๐š๐ง ๐๐ž๐ ๐ž๐ซ๐ข ๐๐ž๐ซ๐š๐ค ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”Saya sebenarnya ingin membantu pasukan per...
29/05/2026

๐๐ž๐ซ๐ญ๐š๐ง๐๐ข๐ง๐ ๐š๐ง ๐•๐ข๐๐ž๐จ ๐“๐ข๐ค๐ญ๐จ๐ค:
๐Œ๐ข๐ง๐ ๐ ๐ฎ ๐๐ซ๐จ๐ฆ๐จ๐ฌ๐ข ๐Š๐ž๐ฌ๐ข๐ก๐š๐ญ๐š๐ง ๐๐ž๐ซ๐ ๐ข๐ ๐ข๐š๐ง ๐๐ž๐ ๐ž๐ซ๐ข ๐๐ž๐ซ๐š๐ค ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”

Saya sebenarnya ingin membantu pasukan pergigian menghebahkan Pertandingan Video TikTok sempena Minggu Promosi Kesihatan Pergigian Negeri Perak 2026 yang bertemakan:

โ€œ๐‘‡๐‘–๐‘Ž๐‘‘๐‘Ž ๐พ๐‘’๐‘ ๐‘–โ„Ž๐‘Ž๐‘ก๐‘Ž๐‘› ๐‘‡๐‘Ž๐‘›๐‘๐‘Ž ๐พ๐‘’๐‘ ๐‘–โ„Ž๐‘Ž๐‘ก๐‘Ž๐‘› ๐‘ƒ๐‘’๐‘Ÿ๐‘”๐‘–๐‘”๐‘–๐‘Ž๐‘›.โ€

Pada mulanya, saya melihat hebahan yang telah disediakan dan bercadang untuk sekadar menekan butang share.

Tetapi selepas berfikir semula, rasanya sekadar berkongsi semula tidak mencukupi.

Jadi, entah bagaimanaโ€ฆ

โ€ฆ๐’”๐’‚๐’š๐’‚ ๐’‘๐’–๐’ ๐’ƒ๐’†๐’“๐’•๐’–๐’Œ๐’‚๐’“ ๐’Ž๐’†๐’๐’‹๐’‚๐’…๐’Š ๐‘ป๐’๐’๐’•๐’‰ ๐‘ญ๐’‚๐’Š๐’“๐’š ๐’‘๐’–๐’๐’‚. ๐Ÿงšโ€โ™‚๏ธ๐Ÿฆท

Jika Pengarah Kesihatan Negeri Perak pun sanggup memakai sayap demi membantu pasukan pergigian, apa p**a alasan kita untuk tidak menjadi kreatif?

Sama ada anda anggota kesihatan, pelajar, ๐˜ค๐˜ฐ๐˜ฏ๐˜ต๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜ต ๐˜ค๐˜ณ๐˜ฆ๐˜ข๐˜ต๐˜ฐ๐˜ณ, artis, atau orang awam di negeri Perak yang mempunyai idea menarik; inilah masanya untuk anda tampilkan sisi kreatif anda dengan berkongsi mesej kesihatan pergigian dengan cara yang kreatif, segar dan dekat dengan masyarakat.

Kerana setiap senyuman ada penjaganya.

Dan kali ini, mungkin penjaga itu adalah anda.

Saya tahu rakyat Perak sememangnya kreatif.
Saya tidak sabar untuk melihat idea, bakat dan mesej kesihatan pergigian terbaik dari seluruh negeri.

Dan kepada warga Jabatan Kesihatan Negeri Perak,
saya mengharapkan sekurang-kurangnya satu penyertaan daripada setiap PTJ.

๐‘ป๐’‰๐’† ๐‘ป๐’๐’๐’•๐’‰ ๐‘ญ๐’‚๐’Š๐’“๐’š ๐’Š๐’” ๐’˜๐’‚๐’•๐’„๐’‰๐’Š๐’๐’ˆ. ๐Ÿ‘€

Imbas kod QR pada poster untuk maklumat lanjut.
Jom bantu rakyat Perak tersenyum dengan lebih sihat.

29/05/2026

๐—ฆ๐—ฒ๐—ฏ๐—ฎ๐—ด๐—ฎ๐—ถ ๐——๐—ผ๐—ธ๐˜๐—ผ๐—ฟ, ๐—ฆ๐—ฒ๐—ฏ๐—ฎ๐—ด๐—ฎ๐—ถ ๐—”๐˜†๐—ฎ๐—ต:
๐— ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ฝ๐—ฎ ๐—ฆ๐—ฎ๐˜†๐—ฎ ๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฐ๐—ฎ๐˜†๐—ฎ ๐—ฃ๐—ฎ๐—ฑ๐—ฎ ๐—ฆ๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป ๐—ง๐—ต๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐˜€๐˜€๐—ฎ๐—ฒ๐—บ๐—ถ๐—ฎ

Saya juga seorang pembawa Thalassaemia.
Begitu juga anak-anak saya.

Sebab itu mesej ini sangat dekat dengan saya - bukan sekadar sebagai seorang doktor kesihatan awam, tetapi juga sebagai seorang ayah.

Ramai pembawa Thalassaemia hidup sihat, aktif dan tidak mempunyai apa-apa gejala. Selalunya kita hanya tahu apabila menjalani ujian saringan darah.

Menjadi pembawa bukan bermakna seseorang itu sakit. Tetapi mengetahui status diri amat penting - terutamanya sebelum perkahwinan dan perancangan keluarga.

Sekiranya kedua-dua pasangan adalah pembawa, terdapat risiko untuk mendapat anak dengan Thalassaemia major, satu keadaan yang memerlukan rawatan sepanjang hayat.

Sebab itu saringan awal sangat penting.

Bukan untuk menakutkan.
Bukan untuk menghalang jodoh.
Tetapi supaya kita tahu, faham, dan boleh membuat keputusan dengan lebih bertanggungjawab.

Sebagai ibu bapa, kita juga perlu memastikan anak-anak kita tahu status mereka apabila sampai masanya. Ilmu ini bukan beban - ia satu bentuk perlindungan untuk masa depan mereka.

Satu ujian darah yang ringkas boleh membawa makna yang sangat besar kepada masa depan sebuah keluarga.

Buat saringan Thalassaemia.
Ketahui status diri.
Rancang masa depan dengan ilmu, kasih sayang dan tanggungjawab.

29/05/2026

๐‘ฑ๐’๐’Ž ๐’‹๐’–๐’Ž๐’‘๐’‚ ๐‘ช๐’Š๐’Œ ๐‘ฌ๐’“๐’‚โ€ฆ

Kadang-kadang, untuk berhenti merokok, seseorang itu bukan tidak mahu berubah.

Mungkin dia hanya perlukan dorongan.
Mungkin dia perlukan ruang untuk bertanya.
Mungkin dia perlukan seseorang untuk mula mendengar - tanpa menghukum.

Sebab itu inisiatif seperti JomQuit penting.

Kini, rakyat Malaysia boleh mendapatkan maklumat dan sokongan berhenti merokok dengan lebih mudah melalui Cik Era - satu pendekatan digital yang lebih mesra, santai dan dekat dengan masyarakat.

Berhenti merokok bukan sekadar tentang kemahuan individu. Ia juga tentang sistem sokongan di sekelilingnya - keluarga, rakan sekerja, anggota kesihatan, komuniti dan kemudahan yang mudah dicapai.

Kepada yang sedang berusaha untuk berhenti merokok, teruskan.
Kepada yang belum bersedia, mulakan dengan bertanya.
Kepada yang pernah gagal, cuba lagi.

Setiap langkah kecil tetap bermakna.

Jom hubungi Cik Era.
Layari: jomquit.moh.gov.my

Address

Ipoh

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pengarah Kesihatan Negeri Perak posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share