Makmal Kesihatan Awam Ipoh

Makmal Kesihatan Awam Ipoh Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Makmal Kesihatan Awam Ipoh, Government Organization, Jalan Jelapang, Ipoh.

20/03/2026
20/03/2026

🌙✨Selamat Hari Raya Aidilfitri,
Maaf Zahir & Batin kepada semua! 🌙✨

Raya, Raya Juga! Maaf Zahir Batin semua! 🕌💎

Jangan lupa dua "J" penting tahun ni:

✅ Jaga Kesihatan: Makan rendang dan ketupat biar berpada-pada.

✅ Jaga Keselamatan: Fokus masa memandu, jangan main telefon.

Semoga Syawal anda penuh kegembiraan dan dilindungi sepanjang masa! 🍬✨

Refresher Training SOPA06-027 Handling the Test Item dan Taklimat Proses Kerja Penerimaan Sampel Makanan berdasarkan SOP...
03/03/2026

Refresher Training SOPA06-027 Handling the Test Item dan Taklimat Proses Kerja Penerimaan Sampel Makanan berdasarkan SOP A02-027 Handling of Test Item

Pada 5 Februari 2026, satu sesi Refresher Training bagi SOPA06-027: Handling the Test Item telah berjaya disampaikan kepada semua anggota teknikal Seksyen Makanan oleh Pn. Hasidah binti Mohd Yusof. Penerangan ini bertujuan untuk memastikan tiada aduan berulang berlaku serta mengelakkan penolakan sampel akibat ketidakpatuhan kepada prosedur yang ditetapkan. Sesi ini turut memberi penekanan kepada pemantapan pengetahuan anggota teknikal berkaitan pengurusan dan penerimaan sampel, termasuk maklumat berkenaan parameter, jenis sampel yang bersesuaian, berat minimum sampel, suhu sampel semasa penerimaan serta jenis pembungkusan sampel yang sesuai digunakan oleh setiap unit.

Pada hari yang sama, turut diadakan Taklimat Proses Kerja Penerimaan Sampel Makanan berdasarkan SOP A02-027: Handling of Test Item yang telah disampaikan oleh Pn. Noraini binti Mohamed Rosly dan Pn. Norcahaya binti Alias. Taklimat ini bertujuan memastikan semua anggota Seksyen Makanan mempunyai kefahaman yang seragam mengenai langkah-langkah penerimaan sampel mengikut garis panduan yang telah ditetapkan. Sesi ini juga merangkumi tunjuk ajar cara mengisi data penerimaan sampel dalam sistem FOSIM bagi sampel-sampel yang berkaitan. Penekanan turut diberikan kepada semakan nama sampel, nombor rujukan dan pencatatan suhu sampel semasa penerimaan. Perkara ini penting bagi memastikan integriti sampel sentiasa terpelihara sepanjang proses penerimaan dijalankan.

Echo Training Internal Audit ISO/IEC 17025:2017Echo Training Internal Audit ISO/IEC 17025:2017 telah diadakan pada 16 Ja...
03/03/2026

Echo Training Internal Audit ISO/IEC 17025:2017

Echo Training Internal Audit ISO/IEC 17025:2017 telah diadakan pada 16 Januari 2026. Latihan ini disampaikan oleh En. Gurdip Singh Jasal a/l Anoke @ Sarjeet, Pn. Zahian binti Ibrahim dan Pn. Nurlinda binti Yaacob kepada semua anggota teknikal Seksyen Makanan. Latihan ini bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran anggota teknikal makmal dalam melaksanakan proses pengauditan selaras dengan keperluan ISO/IEC 17025:2017.
Dalam sesi latihan tersebut, penceramah menekankan bahawa seorang juruaudit dalaman yang berkesan perlu mempunyai integriti dan etika yang tinggi, bersikap bebas (independent), serta berfikiran analitikal dalam menilai sesuatu proses.

Secara keseluruhannya, latihan ini memberi penekanan kepada pembentukan ciri-ciri profesional juruaudit dalaman yang kompeten dan berintegriti, sekali gus menyumbang kepada penambahbaikan berterusan serta peningkatan keberkesanan operasi organisasi.

Echo Training Documenting Laboratory Management System ISO/IEC 17025:2017Satu Echo Training Documenting Laboratory Manag...
03/03/2026

Echo Training Documenting Laboratory Management System ISO/IEC 17025:2017

Satu Echo Training Documenting Laboratory Management System ISO/IEC 17025:2017 telah dijalankan pada 9 Januari 2026 kepada semua anggota teknikal Seksyen Makanan. Tujuan latihan ini adalah memastikan perkhidmatan yang diberikan kepada pelanggan sentiasa dalam keadaan efisyen, konsisten dan bebas berkepentingan. Latihan ini merangkumi penerangan menyeluruh berkaitan keperluan piawaian, termasuk keperluan umum seperti ketidak berpihakan dan kerahsiaan, serta keperluan teknikal melibatkan personel, kemudahan, peralatan dan kebolehkesanan.

Sepanjang latihan, penekanan diberikan terhadap pembangunan dan penyelenggaraan Sistem Pengurusan Kualiti (QMS) yang efektif serta didokumenkan dengan teratur. Ini termasuk penyediaan Prosedur Operasi Standard (SOP), manual kualiti dan rekod teknikal yang lengkap dan terkawal. Selain itu, peserta turut diberi pendedahan terperinci berkaitan klausa-kalusa utama piawaian iaitu klausa berkaitan Keperluan Am, Keperluan Struktur, Keperluan Sumber, Keperluan Proses dan Keperluan Sistem Pengurusan.

Selamat Tahun Baru Cina
16/02/2026

Selamat Tahun Baru Cina

PERHIMPUNAN BULANAN FEBRUARI 2026Pada 3 Februari 2026 (Selasa), warga Makmal Kesihatan Awam Ipoh (MKAI) telah berkumpul ...
05/02/2026

PERHIMPUNAN BULANAN FEBRUARI 2026

Pada 3 Februari 2026 (Selasa), warga Makmal Kesihatan Awam Ipoh (MKAI) telah berkumpul bagi Perhimpunan Bulanan bagi bulan Januari 2026. Majlis ini telah dikendalikan oleh Cik Niskala A/P Raju.

Majlis dimulakan dengan nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Negeri Perak, Lagu Kami Sedia Membantu dan Lagu Perkhidmatan Awam oleh Kump**an Koir MKAI yang dipersembahkan dengan penuh semangat dan bertenaga.

Bacaan doa telah dipimpin oleh Encik Muhammad Sazreen bin Md Zaki bagi memohon keberkatan serta kelancaran majlis.

Seterusnya, lafaz Ikrar Rukun Negara dan Ikrar Bebas Rasuah oleh Encik Adam bin Othman disampaikan dengan jelas dan penuh penghayatan, melambangkan komitmen warga MKAI terhadap amanah dan integriti sebagai penjawat awam.

Slot Renungan Pagi bertajuk “Tamak kepada Makanan” yang disampaikan oleh Puan Ku Syaridatul Irma binti Ku Ismail memberi peringatan ringkas namun bermakna tentang kepentingan gaya hidup sihat, disiplin diri dan nilai etika dalam kehidupan seharian.

Majlis turut mengambil kesempatan memperkenalkan warga baharu MKAI, iaitu Juruteknologi Makmal Perubatan Encik Adam bin Othman dan Puan Karen J. Joseph. Semoga kehadiran mereka dapat menyuntik semangat baharu dan mengukuhkan pasukan MKAI.

Pengumuman maklumat semasa p**a disampaikan oleh Puan Rohaya selaku wakil Kelab Kebajikan dan Rekreasi MKAI serta KOSPEN.

Majlis diteruskan dengan ucapan dan amanat Pengarah Makmal Kesihatan Awam Ipoh yang menekankan kepentingan pendekatan holistik merangkumi aspek fasiliti, sistem digital, budaya kerja serta kesihatan awam dan etika demi memastikan perkhidmatan terbaik dapat terus diberikan kepada rakyat.

Sebagai penutup, majlis dimeriahkan dengan penyampaian Anugerah Pekerja Contoh bagi sesi Julai hingga Disember 2025 kepada empat orang penerima yang mewakili setiap seksyen. Tahniah diucapkan—semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga MKAI untuk terus cemerlang bersama.

Tajuk : Bengkel Pengurusan RisikoTarikh : 20-21 Januari 2026Tempat : Bilik mesyuarat MKAIUnit : Seksyen PenyakitPenceram...
22/01/2026

Tajuk : Bengkel Pengurusan Risiko
Tarikh : 20-21 Januari 2026
Tempat : Bilik mesyuarat MKAI
Unit : Seksyen Penyakit
Penceramah : Puan Farah Wahida

Rumusan:

Bengkel Pengurusan Risiko yang dilaksanakan di Seksyen Penyakit, Makmal Kesihatan Awam Ipoh bertujuan meningkatkan pengetahuan dan kesedaran anggota dalam mengenal pasti, menilai dan mengurus risiko di tempat kerja. Bengkel ini menekankan kepentingan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP), amalan keselamatan serta dokumentasi yang sistematik bagi mengurangkan risiko kejadian tidak diingini. Pelaksanaan bengkel ini diharap dapat menyokong persekitaran kerja yang selamat dan berkesan selaras dengan keperluan Kementerian Kesihatan Malaysia.

✨ SAMBUTAN HARI BATIK MALAYSIA 2025 ✨  3 DISEMBER 2025 - Sebagai menyahut seruan Sambutan Hari Batik Malaysia 2025 dan m...
03/12/2025

✨ SAMBUTAN HARI BATIK MALAYSIA 2025 ✨

3 DISEMBER 2025 - Sebagai menyahut seruan Sambutan Hari Batik Malaysia 2025 dan menyemarakkan semangat cintakan warisan budaya negara, warga MKAI turut serta mengenakan Baju Batik Malaysia dengan penuh bangga dan gaya tersendiri.

✨Bertemakan "Jangan Salah Pilih Batik", sambutan ini adalah tanda sokongan terhadap usaha mengangkat batik sebagai simbol identiti nasional yang kaya dengan seni dan tradisi.

Bunga melati mekar berseri,
Batik disarung penuh bergaya,
Warisan lama kita hargai,
Lambang budaya, kebanggaan negara.

📸 Pelbagai corak serta gaya batik telah diperagakan, namun kepelbagaian ini tetap berpadu dalam semangat memperkasakan batik tempatan. Saksikanlah warga MKAI yang tampil segak dan anggun dalam persalinan batik pada hari ini

🌺Batik bukan hanya kain, ia adalah warisan.🌺




Address

Jalan Jelapang
Ipoh
30020

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Makmal Kesihatan Awam Ipoh posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share