Kumpulan Selendang Perak

  • Home
  • Kumpulan Selendang Perak

Kumpulan Selendang Perak Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Kumpulan Selendang Perak, Government Official, .

IPOH 14 FEBRUARI 2026 Kemeriahan Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina 2026 di Stadium Indera Mulia terserlah dengan penuh w...
16/02/2026

IPOH 14 FEBRUARI 2026

Kemeriahan Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina 2026 di Stadium Indera Mulia terserlah dengan penuh warna-warni budaya dan semangat perpaduan. Dalam suasana yang meriah dan penuh hormat, Kumpulan Selendang Perak telah diberi penghormatan untuk menyertai persembahan istimewa di hadapan ,Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Shah.

Persembahan Kumpulan Selendang Perak memukau hadirin dengan keindahan gerak tari yang lemah gemalai serta gabungan elemen tradisional yang mencerminkan keharmonian masyarakat majmuk di Negeri Perak. Setiap langkah dan alunan muzik yang dipersembahkan membawa mesej perpaduan dan kegembiraan sempena perayaan Tahun Baharu Cina.

Majlis ini turut diserikan dengan persembahan hebat daripada SJKC Wan Hwa 1, yang menampilkan tarian dan persembahan penuh semangat; Persatuan Seni Kebudayaan India Greentown dengan keunikan budaya India yang mempesona; Kelab Kesenian Kompang dan Gamelan (Noreasy) yang memukau dengan alunan muzik tradisional; serta Persatuan Chin Woo yang mempersembahkan aksi yang bertenaga dan mengagumkan.

Gabungan persembahan pelbagai kaum ini jelas mencerminkan semangat perpaduan, keharmonian dan kepelbagaian budaya yang menjadi kebanggaan rakyat Malaysia, khususnya di Negeri Perak Darul Ridzuan. Sambutan Tahun Baharu Cina 2026 di Stadium Indera Mulia bukan sahaja menjadi pentas hiburan, malah menjadi simbol eratnya hubungan antara masyarakat pelbagai bangsa yang hidup dalam suasana aman dan sejahtera.

Kumpulan Selendang Perak berasa amat berbesar hati dapat bersama-sama memeriahkan majlis berprestij ini, sekali gus mengangkat seni budaya tradisional sebagai jambatan perpaduan yang terus mekar di bumi Perak.

We have a great memories in Bangkok , and thank you for the opportunity Tourism Perak🥰💃🏻✨
20/01/2025

We have a great memories in Bangkok , and thank you for the opportunity Tourism Perak🥰💃🏻✨

Address


Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kumpulan Selendang Perak posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

  • Want your organization to be the top-listed Government Service?

Share