Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Bagan Datuk

Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Bagan Datuk Facebook Rasmi PKMD Bagan Datuk

06/03/2025

Sekalung penghargaan buat Puan Che Pian binti Azimad yang telah bersara pilihan mulai 01 Mac 2025 atas jasa dan bakti yang tidak ternilai sepanjang berkhidmat di Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Bagan Datuk.

Selamat bersara dan semoga terus dikurniakan kesihatan, kebahagiaan, serta kejayaan dalam fasa kehidupan yang seterusnya.

Terima kasih atas segala sumbangan yang telah diberikan.

Assalamualaikum YDH. Dato' / YB. Tuan / Tuan / PuanPerkara : MAKLUMAN PERPINDAHAN PEJABAT KEBAJIKAN MASYARAKAT DAERAH BA...
22/02/2024

Assalamualaikum YDH. Dato' / YB. Tuan / Tuan / Puan

Perkara : MAKLUMAN PERPINDAHAN PEJABAT KEBAJIKAN MASYARAKAT DAERAH BAGAN DATUK

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD) Bagan Datuk kini dalam proses perpindahan daripada pejabat lama ke pejabat baharu beralamat di B20, REGAT KOMERSIAL 2, PUSAT KOMERSIAL SIMPANG 4, 36400 HUTAN MELINTANG bermula 1 Januari hingga 29 Februari 2024. Pejabat ini dijangka akan beroperasi bermula 4 Mac 2024.

3. Sebarang urusan berhubung perkara ini, YDH. Dato' / YB. Tuan / Tuan / Puan boleh menghubungi Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Bagan Datuk di talian 05-6413021.

Perhatian dan kerjasama pihak YDH. Dato' / YB. Tuan / Tuan / Puan berhubung perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

MUHAMMAD FAIRUZ BIN ABDUL SAMAD
PEGAWAI KEBAJIKAN MASYARAKAT DAERAH BAGAN DATUK

Assalamualaikum YDH. Dato' / YB. Tuan / Tuan / PuanMAKLUMAN PELANJUTAN TARIKH PERPINDAHAN PEJABAT KEBAJIKAN MASYARAKAT D...
31/01/2024

Assalamualaikum YDH. Dato' / YB. Tuan / Tuan / Puan

MAKLUMAN PELANJUTAN TARIKH PERPINDAHAN PEJABAT KEBAJIKAN MASYARAKAT DAERAH BAGAN DATUK

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Dukacita dimaklumkan bahawa Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD) Bagan Datuk terpaksa melanjutkan tarikh perpindahan daripada pejabat lama ke pejabat baharu beralamat di B20, REGAT KOMERSIAL 2, PUSAT KOMERSIAL SIMPANG 4, 36400 HUTAN MELINTANG atas masalah teknikal yang tidak dapat dielakkan. Tarikh perpindahan baru akan dimaklumkan kelak.

3.Sebarang urusan , YDH. Dato' / YB. Tuan / Tuan / Puan boleh menghubungi Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Bagan Datuk di talian 05-6413021 atau hadir ke pejabat lama kami di alamat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Bagan Datuk, No 19 A, Lorong 1, Taman Desa Bernam, 36400 Hutan Melintang.

Maaf atas kesulitan.

Perhatian dan kerjasama pihak YDH. Dato' / YB. Tuan / Tuan / Puan berhubung perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

MUHAMMAD FAIRUZ BIN ABDUL SAMAD
PEGAWAI KEBAJIKAN MASYARAKAT DAERAH BAGAN DATUK

Makluman:Assalamualaikum YDH. Dato' / YB. Tuan / Tuan / PuanPerkara : MAKLUMAN PERPINDAHAN PEJABAT KEBAJIKAN MASYARAKAT ...
09/01/2024

Makluman:

Assalamualaikum YDH. Dato' / YB. Tuan / Tuan / Puan

Perkara : MAKLUMAN PERPINDAHAN PEJABAT KEBAJIKAN MASYARAKAT DAERAH BAGAN DATUK

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD) Bagan Datuk kini dalam proses perpindahan daripada pejabat lama ke pejabat baharu beralamat di

B20, REGAT KOMERSIAL 2, PUSAT KOMERSIAL SIMPANG 4, 36400 HUTAN MELINTANG

bermula 1 Januari hingga 31 Januari 2024.

Pejabat ini dijangka mula beroperasi bermula
5 Februari 2024.

3. Sebarang urusan berhubung perkara ini, YDH. Dato' / YB. Tuan / Tuan / Puan boleh menghubungi Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Bagan Datuk di talian 05-6413021.

Perhatian dan kerjasama pihak YDH. Dato' / YB. Tuan / Tuan / Puan berhubung perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

MUHAMMAD FAIRUZ BIN ABDUL SAMAD
PEGAWAI KEBAJIKAN MASYARAKAT
DAERAH BAGAN DATUK

19/04/2023
30/03/2023

PERHATIAN, MAKLUMAT TIDAK TEPAT👇🏻

JKM ingin memaklumkan bahawa video yang tular di laman media sosial berhubung dengan "Bantuan Warga Emas" adalah TIDAK TEPAT.

Orang ramai dinasihatkan untuk mendapatkan maklumat yang tepat mengenai bantuan JKM di laman portal rasmi JKM sahaja.

Sila layari www.jkm.gov.my untuk mengetahui maklumat yang lebih lanjut.

INGAT, TIDAK PASTI JANGAN KONGSI‼️

Hajah Nancy Haji Shukri
Aiman Athirah Sabu
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat KPWKM
PMO Malaysia




15/03/2023
01/03/2023


• • • • • •
AMARAN HUJAN BERTERUSAN 🌧️🌧️🌧️ SEKSYEN A: AMARAN HUJAN BERTERUSAN (BAHAYA) Hujan sangat lebat berterusan dijangka berlaku di negeri Pahang (Bera, Pekan dan Rompin) • Negeri Sembilan • Melaka • Johor sehingga Khamis, 2 Mac 2023. SEKSYEN B: AMARAN HUJAN BERTERUSAN (BURUK) Hujan lebat berterusan dijangka berlaku di negeri Pahang (Jerantut, Bentong, Temerloh, Maran dan Kuantan) sehingga Khamis, 2 Mac 2023. SEKSYEN C: AMARAN HUJAN BERTERUSAN (WASPADA) Hujan berterusan dijangka berlaku di negeri Perak (Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim) • Terengganu • Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis dan Raub) • Selangor • WP Kuala Lumpur • WP Putrajaya • Sarawak: Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah dan Bintulu (Tatau dan Bintulu) sehingga Rabu, 1 Mac 2023. 🌧️🌧️🌧️Amaran Hujan Berterusan (Bahaya) dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda yang menunjukkan hujan lebat berterusan dijangka berlaku dengan jumlah hujan melebihi 150 mm dalam tempoh 24 jam. 🌧️🌧️🌧️Amaran Hujan Berterusan (Buruk) dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda yang menunjukkan hujan lebat berterusan dijangka berlaku dengan jumlah hujan melebihi 60 mm dalam tempoh 6 jam. 🌧️🌧️🌧️Amaran Hujan Berterusan (Waspada) dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda yang menunjukkan hujan/ribut petir sedang/dijangka berlaku melebihi 6 jam dalam tempoh tersebut di sesuatu kawasan. Dikeluarkan pada: 7:30 pagi, 1 Mac 2023

Address

No 19 A, Lorong 1, Taman Desa Bernam
Hutan Melintang
36400

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00
Saturday 08:00 - 17:00

Telephone

+6056413021

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Bagan Datuk posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share