Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Hulu Langat

  • Home
  • Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Hulu Langat

Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Hulu Langat Generasi Prihatin

11/09/2022

Sementara itu di UK dan Russia....

Sumber : The Sun

05/08/2022

Kelebihan Puasa Asyura dan Tasu’a
======
1. Tidak lama lagi (hari Isnin ini) kita akan bertemu dengan Hari Asyura, hari yang di mana Allah menganurgerahkan kemenangan buat Nabi Musa. Rasulullah ﷺ melihat kaum Yahudi meraikan kejayaan Nabi Musa tersebut lalu Baginda ﷺ bersabda:

فَأَنَا أَحَقُّ بِمُوسَى مِنْكُمْ، فَصَامَهُ، وَأَمَرَ بِصِيَامِهِ

Aku lebih layak dengan Nabi Musa berbanding dengan kamu, lalu Baginda berpuasa dan memerintahkan para sahabat agar berpuasa. (HR al-Bukhari)

2. Rasulullah ﷺ turut membimbing para sahabat agar berpuasa sehari sebelum hari Asyura atau sehari sesudahnya. Ini bagi membezakan daripada amalan yang dilaksanakan oleh orang-orang Yahudi. Sabda Rasulullah ﷺ:

صُومُوا يَوْمَ عَاشُورَاءَ، وَخَالِفُوا فِيهِ الْيَهُودَ، صُومُوا قَبْلَهُ يَوْمًا، أَوْ بَعْدَهُ يَوْمًا

“Berpuasalah kamu pada hari Asyura dan lakukanlah perbezaaan dengan Yahudi. Berpuasalah juga pada hari sebelumnya atau hari selepasnya.” (HR Ahmad)

3. Dalam sebuah hadis yang lain p**a Rasulullah ﷺ seakan lebih cenderung untuk berpuasa sehari sebelum hari Asyura. Hari ini dinamakan sebagai hari Tasu’a. Sabda Rasulullah ﷺ:

قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : فَإِذَا كَانَ الْعَامُ الْمُقْبِلُ إِنْ شَاءَ اللَّهُ صُمْنَا الْيَوْمَ التَّاسِعَ . قَالَ : فَلَمْ يَأْتِ الْعَامُ الْمُقْبِلُ حَتَّى تُوُفِّيَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

“Sabda Rasulullah: Sekiranya tiba tahun yang akan datang insyaAllah aku akan berpuasa pada hari yang ke sembilan Muharram. Maka tidak datang tahun hadapan melainkan Rasulullah saw telah pun wafat.” (HR Muslim)

4. Rasulullah ﷺ turut menceritakan kelebihan berpuasa pada hari Asyura. Perkara ini direkodkan dalam hadis Muslim yang menyebutkan:

سُئل النبي صلى الله عليه وسلم عن صيام يوم عاشوراء ، فقال أَحْتَسِبُ عَلَى اللَّهِ أَنْ يُكَفِّرَ السَّنَةَ الَّتِي قَبْلَهُ

“Rasulullah ditanya tentang puasa hari Asyura. Maka baginda bersabda : Sungguhnya aku mengira bahawa Allah akan menghapuskan dosa setahun yang sebelumnya.” (HR Muslim)

5. Oleh yang demikian, mari kita berpuasa pada hari Asyura (Isnin nanti) dan hari sebelum atau selepasnya. Semoga Allah membimbing kita.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
https://telegram.me/drahmadsanusiazmi

29/07/2022

Address


Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Hulu Langat posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

  • Want your organization to be the top-listed Government Service?

Share