16/08/2025
𝐊𝐞𝐜𝐚𝐦𝐚𝐧 𝐓𝐞𝐠𝐚𝐬 𝐭𝐞𝐫𝐡𝐚𝐝𝐚𝐩 𝐏𝐞𝐫𝐡𝐢𝐦𝐩𝐮𝐧𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐚𝐦 𝐨𝐥𝐞𝐡 𝐀𝐤𝐦𝐚𝐥 𝐒𝐚𝐥𝐞𝐡
𝐃𝐀𝐏𝐒𝐘 𝐏𝐮𝐥𝐚𝐮 𝐏𝐢𝐧𝐚𝐧𝐠 𝐃𝐞𝐬𝐚𝐤 𝐏𝐨𝐥𝐢𝐬 𝐀𝐦𝐛𝐢𝐥 𝐓𝐢𝐧𝐝𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐔𝐧𝐝𝐚𝐧𝐠-𝐔𝐧𝐝𝐚𝐧𝐠
DAPSY Pulau Pinang dalam sidang media pada hari ini ingin mengecam keras tindakan Ketua Pemuda UMNO, Akmal Saleh, yang mengingkari undang-undang dan arahan pihak polis dengan mengetuai sekumpulan besar ahli parti UMNO untuk berhimpun di luar kedai perkakasan di Kepala Batas, Pulau Pinang pada hari kelmarin. Tindakan ini secara terang-terangan mencabar Ketua Polis Negara dan Ketua Polis Pulau Pinang, serta menunjukkan sikap mencabar kedaulatan undang-undang serta merosakkan semangat
perpaduan.
Sehubungan itu, DAPSY Pulau Pinang untuk membuat laporan polis secara rasmi dan mendesak pihak polis untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Akmal bagi mempertahankan kedaulatan undang-undang serta ketenteraman masyarakat.
Dalam bulan kemerdekaan yang mulia ini, seluruh rakyat Malaysia seharusnya menghayati semangat perpaduan dan keharmonian. Namun, Akmal memilih untuk terus menyerang rakyat biasa berhubung insiden “menggantung terbalik bendera” yang tiada niat jahat. Sebenarnya, pemilik kedai berkenaan telah tampil membuat laporan polis serta memohon maaf secara terbuka, dan menggantung bendera bersaiz besar sebagai tanda keikhlasan dan penghormatan.
Walaupun begitu, Akmal terus memberi tekanan dan secara terbuka mengeluarkan amaran mencabar pihak berkuasa. Ketua Polis Pulau Pinang pada 13 Ogos dan Ketua Polis Negara pada 14 Ogos telah mengeluarkan arahan larangan berhimpun, namun Akmal tetap mengingkarinya dan memimpin ahli UMNO berarak ke luar premis tersebut. Ini telah mencetuskan kegusaran dan ketakutan dalam kalangan penduduk dan peniaga setempat, serta menyebabkan para peniaga terpaksa menutup kedai dan mengalami kerugian.
DAPSY Pulau Pinang mengiktiraf dan memuji keberanian Pengarah Lawyers for Liberty (LFL), Zaid Malek dan pasukannya yang tampil bersuara, mempertahankan keadilan dan kebenaran, hadir ke lokasi perhimpunan bagi memberi sokongan kepada para peniaga, dan menjunjung prinsip asas undang-undang “Tiada niat jenayah, maka tiada kesalahan” dalam usaha mempertahankan hak asasi manusia.
DAPSY Pulau Pinang sekali lagi menegaskan bahawa semua individu adalah sama di sisi undang-undang, tanpa mengira jawatan atau parti politik. Sesiapa yang melanggar undang-undang harus dikenakan tindakan undang-undang sewajarnya. Kami menyeru supaya Polis Diraja Malaysia untuk mengambil tindakan tegas mengikut undang-undang terhadap Akmal demi membuktikan bahawa undang-undang dan semangat perpaduan di Malaysia tidak boleh dihina sesuka hati oleh sesiapa pun.
Para hadirin termasuklah Ketua DAPSY Pulau Pinang, Chong Wei Hoong, Setiausaha DAPSY Pulau Pinang merangkap Ketua DAPSY Bhg. Tanjong, Benji Ang Ming Quan, Penolong Setiausaha Organisasi DAPSY Pulau Pinang merangkap Timbalan Ketua DAPSY Bhg. Tanjong, Kenny Ng Kai Lin, Setiausaha DAPSY Bhg. Tanjong, Darren Ng Tian Liang, Penolong Setiausaha DAPSY Bhg. Tanjong, Siti Humaira, serta AJK DAPSY Bhg. Tanjong, Pattipan Kim.
-----------
严正谴责阿克马违法集会
槟州社青团要求警方对付
槟州社青团今日召开记者会严厉谴责巫青团长阿克马无视法律与警方指令,率领大批党员闯入威北五金店外集会,公然挑衅全国总警长与槟州警长,行为明显挑衅法治,与破坏团结精神。
对此,槟州社青团前往警局正式报案,并要求警方立即对阿克马采取法律行动,以捍卫法律尊严与社会秩序。
在这神圣的国庆月,全体马来西亚人民理应以和谐与团结为核心精神。然而,阿克马却选择在毫无恶意的“倒挂国旗”事件上无情穷追猛打小市民。事实上,店主在报案后第一时间已公开道歉,并在店面悬挂大型国旗以示诚意与尊重。
尽管如此,阿克马仍持续施压,并公然对执法单位发出挑衅警告。槟城警长早在 8 月13 日,全国总警长在 14 日,双双明确发出禁止集会通知,但阿克马依旧无视总警长的劝告,带领大批巫统党员游行到该五金店外,引起当地居民与商家恐慌,制造不必要的紧张与对立。当地商家们也因此被迫闭门无法开店做生意,导致商店面临损失。
此外,槟州社青团高度表扬人权律师团总监再益马烈和他的团队勇敢发声,捍卫公正和真理,扑集会现场,声援该处的商家,秉承法律本原则是 “无犯罪意图即无罪”,捍卫人权。
槟州社青团重申,法律面前人人平等,不论职位与党派,违法者皆必须面对相应的法律制裁。我们呼吁大马皇家警察以相关法律和力度向阿克玛执法,证明马来西亚的法律与团结精神不容任何人践踏。
出席者包括槟州社青团团长张维宏,槟州社青团秘书兼丹绒区团团长洪明泉,槟州社青团副组织秘书兼丹绒区团副团长黄楷霖,丹绒区团秘书吴田糧,丹绒区团副秘书西蒂·胡迈拉与丹绒区团执委金庆华。