03/05/2026
MAJLIS SERAH TERIMA TUGAS KETUA POLIS BALAI KETENGAH JAYA.
Dungun, 3 Mei 2026 – Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Balai Ketengah Jaya, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dungun telah berlangsung di Bilik Mesyuarat Sri Tenggol, IPD Dungun pada jam 10.00 pagi.
Majlis ini disaksikan oleh YDH DSP Jumaidy Bah Chong Weh, Pemangku Ketua Polis Daerah Dungun. Serah terima jawatan melibatkan Sub Inspektor Noraida Binti Safa’ai sebagai penerima jawatan Ketua Balai Polis Ketengah Jaya daripada SM Abu Othman Bin Abu Hassan, yang sebelum ini memangku jawatan tersebut.
Turut hadir dalam majlis berkenaan ialah pegawai kanan dan anggota IPD Dungun, termasuk 12 pegawai kanan (PKP), 23 pegawai rendah polis (PRP) serta 2 pegawai awam (PA).
Dalam ucapan ringkasnya, YDH DSP Jumaidy Bah Chong Weh mengucapkan tahniah dan selamat menjawat jawatan kepada Sub Inspektor Noraida Binti Safa’ai. Beliau berharap agar Ketua Balai Polis yang baharu dapat melaksanakan amanah dan tanggungjawab dengan penuh dedikasi serta mematuhi arahan pucuk pimpinan.
Majlis ini mencerminkan komitmen Polis Diraja Malaysia dalam memastikan kesinambungan kepimpinan di peringkat balai, sekali gus memperkukuh keselamatan dan ketenteraman masyarakat setempat.