Kampung Sura Hujung

Kampung Sura Hujung KAMPUNG SURA HUJUNG Sura merupakan sebuah mukim yang terdapat di daerah Dungun, Terengganu.
23000 Dungun Terengganu.

16/07/2019

Kad Sejahtera : Terengganu Komited Laksana Manifesto

Kerajaan Negeri Terengganu komited untuk melaksana Kad Sejahtera seperti yang dijanji dalam manifesto Pilihan Raya Umum ke 14 yang lepas. Program Kad Sejahtera merupakan satu program ‘Bantuan Subsidi Rawatan Kesihatan Asas’ yang mensasarkan 20,000 penerima daripada golongan berpendapatan rendah, miskin dan miskin tegar dengan peruntukan sebanyak RM10.9 juta pada tahun 2019 sebagai permulaan.

Asas pertimbangan utama Kerajaan Negeri merealisasikan program ini adalah berdasarkan keperluan kebajikan dari aspek kesihatan yang merupakan salah satu tanggungjawab kerajaan bagi memastikan rakyat hidup sihat dan sejahtera.

Maklumat daripada Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) menunjukkan 90 peratus rakyat Terengganu menggunakan perkhidmatan rawatan serta memperolehi ubat-ubatan dari klinik dan hospital milik kerajaan. JKNT merekodkan jumlah kehadiran pesakit di semua klinik kesihatan dan hospital kerajaan di seluruh negeri seramai 1,121,917 orang pada tahun 2013, 1,246,557 orang pada tahun 2014, 1,326,163 orang pada tahun 2015, 1,451,167 orang pada tahun 2016, 1,457,682 orang pada tahun 2017 dan 1,461,879 orang pada tahun 2018.

Program ini bersifat penyelesaian jangka masa pendek supaya dapat memberi kemudahan kepada rakyat Terengganu bagi mendapatkan rawatan kesihatan seoptimum mungkin. Ia sekaligus dapat memperkasa golongan sasar secara berperingkat seterusnya mampu membebaskan mereka daripada belenggu kemiskinan.

Program ini akan bermula selewatnya pada bulan Ogos 2019 dan para pemegang Kad Sejahtera layak untuk mendapatkan rawatan kesihatan berjumlah maksimum sehingga RM500 setahun di klinik swasta terpilih yang dilantik oleh kerajaan.

Para peserta akan menerima kad ini melalui pejabat DUN masing-masing dan perlu dikemukakan sewaktu mendapatkan rawatan di klinik swasta terpilih dengan kos maksimum RM70 setiap rawatan.

“Terengganu Maju, Berkat dan Sejahtera”

Dr Ahmad Samsuri bin Mokhtar
Menteri Besar Terengganu
16 Julai 2019

(Kenyataan Media Menteri Besar Terengganu Darul Iman)

xpayah nok galok gatal try minuman ni..banyak lagi bende hok bileh minum.Haram tetap haram
16/07/2019

xpayah nok galok gatal try minuman ni..banyak lagi bende hok bileh minum.
Haram tetap haram

KUALA TERENGGANU, 16 Julai - Umat Islam di negara ini dinasihatkan supaya berhati-hati dan memandang serius terhadap minuman yang meletakkan tanda ‘0.0% Alcohol’.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sura, Cikgu Haji Wan Hapandi Wan Nik berkata, perkara tersebut amat membimbangkan kerana ramai anak muda keliru dengan pilihan minuman yang ada.

“Kita tidak tahu isi kandungan air tersebut sama ada betul-betul tiada alkohol atau tidak, tetapi yang lebih penting adalah ia berasal dari jenama dan pengilang arak yang terkenal.

“Perkara ini tidak boleh dibiarkan kerana boleh merosakkan anak muda yang mungkin tidak mendapat pengetahuan yang jelas tentang isu arak ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Sidang Dewan Undangan Negeri semalam.

Menurut Wan Hapandi lagi, isu status halal makanan dan minuman amat sensitif bagi rakyat Malaysia kerana majoriti beragama Islam.

“Apabila melibatkan status halal berkaitan makan minum, ia menjadi isu yang besar buat rakyat negara ini dan mengapa perkara ini berlaku?

“Siapa yang menaja dan siapa yang mengendalikan benda ini? Mungkin musuh Islam dan nasihat saya supaya jangan meminum air seperti ini,” tegasnya.

Dalam perkembangan sama, mengulas mengenai usaha memperkasa agama Islam, Wan Hapandi yang juga Pengarah Majlis Tindakan Dun (MTD) Sura itu menegaskan, pimpinan tempatan termasuk penghulu, imam dan ketua keluarga harus bekerjasama membasmi dan mencegah dari peringkat akar umbi agar perkara ini tidak berleluasa.

Terdahulu tular promosi penjualan arak berlabel 'zero-alcohol' keluaran sebuah syarikat minum keras di kedai serbaneka.

Sementara itu, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) turut memuat naik penerangan mengenai isu tersebut bertajuk 'Alkohol dan Arak' dalam laman Facebooknya, baru-baru ini.

Menurut Jakim, minuman ringan yang dibuat dengan niat dan cara sama seperti proses membuat arak, sama ada mengandungi banyak atau sedikit alkohol atau alkoholnya disuling, adalah haram diminum.

Jakim memetik hukum haram itu berdasarkan sumber daripada Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia.

Sape rasa nok terbang tu boleh la joint
16/07/2019

Sape rasa nok terbang tu boleh la joint

Jom saksikan lebih 30 peserta paramotor berterbangan di Terengganu pada 3 & 4 Ogos 2019. EKSPEDISI UDARA PARAMOTOR FLY IN TERENGGANU 2019. Nanti boleh saksikan mereka landing bersebelahan Terengganu Drawbridge. Anjuran Persatuan Paramotor Malaysia.




16/07/2019

Kampung kitee..

kredit video :nasir zehni muhamad

16/07/2019

BERITA BAIK UNTUK CALON² UPSR, PT3, SPM
••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••
👉 Program: ROCKET X'eM CAMP
👉 Tarikh: 17 - 18 OGOS 2019 (2 Hari 1 Malam)
👉 Lokasi: UiTM KAMPUS DUNGUN

Program Pecutan Kecemerlangan Akademik
Memfokuskan subjek² kritikal seperti:
💣 Bahasa Inggeris
💣 Matematik
💣 Fizik
💣 Matematik Tambahan

Dibarisi & dibimbing oleh para panel profesional dari bidang subjek berkaitan dengan rekod pencapaian cemerlang dalam subjek yang diajari
(+) Perkongsian tips & nota cemerlang oleh bekas² pelajar SBP yang kini melanjutkan pengajian di luar negara
(+) Pemantapan mental & fizikal bagi persediaan & pengalaman hadapi peperiksaan seakan peperiksaan sebenar

PENYERTAAN TERHAD

📍 UPSR: 50 ORANG (kekosongan 10)
📍 PT3: 50 ORANG (kekosongan 20)
📍 SPM: 50 ORANG (kekosongan 15)

KINI YANG DIANGGAP SUKAR, TIDAK LAGI MUSTAHIL UNTUK DI'SCORE'

Yuran Penyertaan SERENDAH RM90.00, merangkumi:
🔰 Penginapan
🔰 Makan Minum
🔰 Khidmat Bimbingan Pecutan
🔰 'Mock Examination'
🔰 Nota Pemudah Subtopik
🔰 Tips & Motivasi Peperiksaan
🔰 Sijil Penyertaan
🔰 Baju Rasmi Program
•••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••
‼️ RM90 UNTUK PROGRAM 2 HARI 1 MALAM ‼️
•••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••
Untuk Pertanyaan, klik:

http://www.wasap.my/60145015791/RocketXemCamp

http://www.wasap.my/60165344345/RocketXemCamp

Peluang cek arah kiblat hari ni.Kredit: Twitter M***i Wilayah
16/07/2019

Peluang cek arah kiblat hari ni.

Kredit: Twitter M***i Wilayah

16/07/2019

Dr Ahmad Samsuri Mokhtar. KUALA TERENGGANU, 15 Julai - Kerajaan negeri memperkenalkan insentif menarik kepada pelabur yang melabur di...

15/07/2019
13/07/2019
jaga2...amaran mari pulok dh.
25/12/2013

jaga2...amaran mari pulok dh.

10/12/2013

Address

Dungun

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kampung Sura Hujung posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share