Pusat Komuniti Desa Pasir Raja-PKD PASIR RAJA

Pusat Komuniti Desa Pasir Raja-PKD PASIR RAJA Pusat Komuniti Desa Pasir Raja (PKD Pasir Raja)

KETENGAH peruntukkan RM5.9 Juta-Kemudahan Wifi Percuma Hotspot Desa.Projek Pembangunan dan Peningkatan Keupayaan Capaian...
16/04/2024

KETENGAH peruntukkan RM5.9 Juta-Kemudahan Wifi Percuma Hotspot Desa.

Projek Pembangunan dan Peningkatan Keupayaan Capaian dan Rangkaian Infrastruktur dalam Wilayah KETENGAH.

Projek ini merupakan kerja-kerja penyediaan perkhidmatan wifi secara percuma kepada penduduk wilayah yang meliputi daerah Dungun, Kemaman dan Hulu Terengganu.

Bagi fasa pertama, KETENGAH telah melaksanakan projek ini dan siap sepenuhnya pada tahun 2021 di beberapa lokasi iaitu di Bandar Al Muktafi Billah Shah (AMBS), Bandar Bukit Besi dan Kampung Air Putih. Perkhidmatan wifi percuma ini terletak di lokasi awam yang menjadi tempat tumpuan penduduk dengan kelajuan talian internet 100Mbps supaya dapat merapatkan jurang digital serta meningkatkan perkongsian strategik dan jalinan interaksi sosial dengan pelbagai pihak.

Pada tahun 2022, penduduk yang tinggal di Bandar Ketengah Jaya p**a mendapat perkhidmatan wifi secara percuma. Kawasan Kampung Pasir Gajah, Bandar Bukit Besi, Kampung Ibok, Bandar Ceneh Baharu dan Bandar Seri Bandi tidak ketinggalan mengecapi kemudahan yang sama seperti penduduk lain dimana projek ini diperluas dan siap sepenuhnya pada tahun 2023.

Pada tahun 2024 sebanyak RM1.8 juta telah diperuntukkan bagi memberi kemudahan kepada penduduk Kampung Padang Pulut, Kampung Pasir Raja dan di kawasan tarikan Tasik Kenyir.

Projek ini memberi manfaat kepada 168,200 orang penduduk wilayah KETENGAH dan KETENGAH berharap projek ini dapat membantu urusan seharian penduduk.

Gunalah kemudahan wifi percuma secara berhemah.




Assalamualaikum semua follower Mne2 yg brminat dengan ikan sungai salai & ikan pekasam & tempoyak ori blh dptkn di Pusat...
16/04/2024

Assalamualaikum semua follower

Mne2 yg brminat dengan ikan sungai salai & ikan pekasam & tempoyak ori blh dptkn di Pusat Komuniti Desa Pasir Raja-PKD PASIR RAJA

Yg jauh kite blh pos yg dekat brdekatan PKD kite blh COD je
Harge seperti di bawah :

IKAN PEKASAM - RM10.00 / PEK
IKAN SALAI (IKAN CAMPUR) -RM10.00 / PEK
TEMPOYAK ORI -RM10.00 (BEKAS) & RM30.00 / KILO

Berminat blh wasap Pengurus Pusat Komuniti Desa Pasir Raja

012-9613204 (Tengku Faizno Akma) - Pengurus PKD

Yg nk ikan sungai fresh pn blh wasap l01117963365-omar aziz)
Yg berminat nk join trip masuk hutan + cari ikan sungai / ngail / pukat / santai2 rasa suanasa kedamaian alam pn blh pm melalui wasap / pm fb personal
Kelah Shooter Ash Pro harge per trip blh dirunding..πŸ˜šπŸ˜™..utk pertanyaan berkaitan harge per trip blh wasap no di atas ye..TQ

29/01/2024

Skuad Sukarelawan KETENGAH telah digerakkan membantu penduduk yang dilanda musibah banjir. Skuad ini melibatkan seramai 80 orang yang terdiri daripada pegawai dan kakitangan KETENGAH telah membersihkan rumah di Kampung Pasir Raja dan Kampung Shukor bersama agensi-agensi Kerajaan lain.
Pengurus Besar KETENGAH, YM Dato’ Tengku Ahmad Nadzri bin Tengku Musa turut serta membersihkan rumah Encik Ramlan bin Ibrahim yang teruk dimasuki lumpur. Hampir kesemua barangan seperti pakaian, perabot dan perkakasan elektrik musnah dalam banjir melanda baru-baru ini. Keadaan lumpur yang tebal dan tekanan air yang rendah menyukarkan pihak sukarelawan melakukan pembersihan. Namun dengan ketabahan dan kudrat serta sifat kerjasama antara mereka, kerja-kerja tersebut dapat disiapkan.
YM Dato’ juga sempat meninjau kerosakan kediaman yang dialami penduduk di Kampung Shukor dan menyantuni mangsa yang terlibat. Hadir sama Timbalan Pengurus Besar (Operasi) Tuan Haji Ahmad Fakaruddin bin Ahmad.





TQ KETENGAH

Nama program : bengkel kemahiran PORTUGIS TART CHEESETarikh : 19/10/2023 (khamis)Tempat : Pusat Komuniti Desa Pasir Raja...
21/10/2023

Nama program : bengkel kemahiran PORTUGIS TART CHEESE
Tarikh : 19/10/2023 (khamis)
Tempat : Pusat Komuniti Desa Pasir Raja




(KKDW) adalah merupakan sebuah kementerian yang bertanggungjawab terhadap kemajuan luar bandar di bawah kerajaan Malaysi...
15/10/2023

(KKDW) adalah merupakan sebuah kementerian yang bertanggungjawab terhadap kemajuan luar bandar di bawah kerajaan Malaysia.

Nak tahu lebih lanjut tentang 'KKDW' dan apakah yang menarik dalam Overview KKDW : Guane Gamok?

Nantikan temubual bersama YBrs. Encik Mohd Faizal Bin Shamsudin selaku Pengarah Pejabat Kementerian Desa dan Wilayah Negeri Terengganu pada hari esok 15 Oktober 2023, 12.15 Tengah hari bersama , penyampai segmen Manis Sokmo.

Nama program : bengkel kemahiran JAPANESE COTTON CHEESE CAKE (JCCC)Tarikh : 05/10/2023 (khamis)Tempat : Pusat Komuniti D...
10/10/2023

Nama program : bengkel kemahiran JAPANESE COTTON CHEESE CAKE (JCCC)
Tarikh : 05/10/2023 (khamis)
Tempat : Pusat Komuniti Desa Pasir Raja




https://www.facebook.com/100064424960187/posts/682607730563386/?mibextid=cr9u03HARI BERTEMU PELANGGAN KKDW DAN AGENSI (S...
23/08/2023

https://www.facebook.com/100064424960187/posts/682607730563386/?mibextid=cr9u03

HARI BERTEMU PELANGGAN KKDW DAN AGENSI (SECARA DALAM TALIAN)

πŸ•΅πŸ» Anda ada permohonan/pertanyaan atau aduan yang berkaitan dengan perkhidmatan yang ditawarkan oleh KKDW dan Agensi?

πŸ”Ή Senarai Agensi dibawah KKDW:
MARA, KEMAS, FELCRA, RISDA, KEJORA, PERDA, KETENGAH, KEDA, JAKOA & KESEDAR

πŸ”Έ Anda dijemput untuk bertemu wakil KKDW dan Agensi (secara dalam talian) pada:

πŸ—’οΈ 24 Ogos 2023 (Khamis)
βŒ› 9:00 pagi - 1:00 petang
🌐 Layari : https://epelanggan.rurallink.gov.my

πŸ“ŒSave the date ya! πŸ‘©β€πŸ’»πŸ§‘πŸΎβ€πŸ’»




https://www.facebook.com/100064424960187/posts/682607730563386/?mibextid=cr9u03

https://x.com/kkdw_gov/status/1694258016860938523?s=46&t=TdsFXV-CtAlIod0c67mmEA

https://www.instagram.com/p/CwR5BrBpdb-/?igshid=MzRlODBiNWFlZA==

HARI BERTEMU PELANGGAN KKDW DAN AGENSI (SECARA DALAM TALIAN)

πŸ•΅πŸ» Anda ada permohonan/pertanyaan atau aduan yang berkaitan dengan perkhidmatan yang ditawarkan oleh KKDW dan Agensi?

πŸ”Ή Senarai Agensi dibawah KKDW:
MARA, KEMAS, FELCRA, RISDA, KEJORA, PERDA, KETENGAH, KEDA, JAKOA & KESEDAR

πŸ”Έ Anda dijemput untuk bertemu wakil KKDW dan Agensi (secara dalam talian) pada:

πŸ—’οΈ 24 Ogos 2023 (Khamis)
βŒ› 9:00 pagi - 1:00 petang
🌐 Layari : https://epelanggan.rurallink.gov.my

πŸ“ŒSave the date ya! πŸ‘©β€πŸ’»πŸ§‘πŸΎβ€πŸ’»


12/04/2023

https://fb.watch/jRIPkc9FsU/

Hari ini 12 April 2023, merupakan Jubli Emas Penubuhan KETENGAH, setelah 50 tahun menabur bakti di wilayahnya yang dahulu merupakan hutan belantara kini berubah wajah menjadi pusat penempatan.
Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) adalah merupakan sebuah agensi di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) yang telah diperbadankan pada 12 April 1973 melalui Akta Parlimen Bil. 104/73 dengan diberi kuasa untuk menjalankan pembangunan ekonomi dan sosial di kawasan seluas 443,876 hektar meliputi pedalaman Daerah Dungun, Kemaman dan Hulu Terengganu.
Pada 12 Jun 1993, Kawasan Pembangunan Tasik Kenyir, Hulu Terengganu seluas 209,199 hektar telah digezetkan melalui P.U.(B) 356 dan pelan warta kawasan No. PW486 sebagai sebahagian daripada kawasan KETENGAH menjadikan keseluruhan wilayah KETENGAH berjumlah 653,075 hektar atau kira-kira satu perdua daripada keluasan Negeri Terengganu.

Dengan slogan Peneraju Pemodenan Pembangunan, KETENGAH akan terus menabur bakti kepada masyarakat di wilayahnya. Selamat menyambut Sambutan Jubli Emas 50 Tahun Penubuhan KETENGAH.





Address

Kampung Pasir Raja Ulu Dungun
Dungun
23000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:30
Sunday 08:00 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Komuniti Desa Pasir Raja-PKD PASIR RAJA posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pusat Komuniti Desa Pasir Raja-PKD PASIR RAJA:

Share