13/05/2026
๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ (๐๐๐๐) ๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ (๐๐๐๐๐๐)
8 Mei 2026 โ Seramai 12 orang pegawai daripada SPAN yang diketuai oleh Encik Ahmad Hafizullah Amir, Pengarah Kanan Bahagian Operasi, telah mengadakan lawatan kerja ke Bilik Operasi NAWABS. Delegasi tersebut telah disambut oleh Ir. Ts. Sazali bin Osman, Timbalan Pengarah BPSAH, JPS Malaysia.
JPS dan SPAN merupakan antara agensi yang memantau status storan empangan serta keupayaan bekalan air semasa di Malaysia bagi memastikan kelangsungan sumber air negara, khususnya ketika musim kering dan kemarau.
Lawatan ini bertujuan untuk berkongsi pandangan, maklumat serta mekanisme pemantauan yang dilaksanakan oleh JPS, terutamanya berkaitan pemantauan empangan, laman web InfoKemarau dan Sistem NAWABS.
Semoga lawatan ini dapat terus mengukuhkan kerjasama strategik antara SPAN dan JPS dalam mempertingkat perkongsian maklumat serta pengurusan sumber air negara secara lebih berkesan dan mampan.
โPelihara Sumber Air ke arah Kehidupan Lestariโ