Penerangan HULU Langat.

Penerangan HULU Langat. Umno Bahagian Hulu Langat

20/07/2026
17/07/2026
Ketua UMNO Bahagian Hulu Langat - Datuk Wira Haji Johan Abd Aziz pemimpin kita semua peringkat & tanpa mengira bangsa di...
03/06/2026

Ketua UMNO Bahagian Hulu Langat - Datuk Wira Haji Johan Abd Aziz pemimpin kita semua peringkat & tanpa mengira bangsa diHulu Langat - berjiwa rakyat - khidmat bakti ikhlas diberi.

Saat dihujani kekalahan mahupun diraikan dengan kemenangan, kesetiaan Datuk Wira Haji Johan Abd Aziz kepada UMNO kekal utuh tanpa syarat. Kerana bagi seorang pejuang, parti bukan sekadar wadah, tetapi sebahagian daripada jiwa.

โ€‹Politik mungkin berubah, namun prinsip beliau tetap sekukuh batu karang. Kesetiaannya yang tidak berbelah bahagi kepada UMNO, baik ketika rebah mahupun ketika bangkit menawan puncak, melayakkan beliau digelar sebagai 'Pemimpin waktu susah dan senang.

#๐๐š๐ซ๐ข๐ฌ๐š๐ง๐๐š๐ฌ๐ข๐จ๐ง๐š๐ฅ


02/06/2026

Menjunjung kasih titah YDPA Sultan Ibrahim sempena Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran 2026 yang memberi amaran tegas agar kita tidak melupakan sejarah hitam rusuhan kaum 13 Mei 1969.

Titah baginda, peristiwa yang meruntuhkan perpaduan dan menghancurkan kestabilan negara itu berpunca daripada sikap keterlaluan menghina dan hilang rasa hormat. Jangan sampai 'pisang berbuah dua kali'!

Peringatan keras ini menuntut setiap rakyat untuk kembali menghayati dan berpegang teguh kepada prinsip Rukun Negara.

Mana-mana pihak yang cuba mencetuskan provokasi, mempersoalkan hak keistimewaan, atau memecahbelahkan keharmonian kaum mesti ditolak kerana mereka tidak layak bergelar warganegara Malaysia. Perpaduan adalah asas kekuatan negara yang perlu dipertahankan walau dengan apa cara sekalipun.

Mari kita bersama-sama menggalas tanggungjawab ini demi kestabilan masa depan anak cucu kita. UMNO akan terus berdiri teguh mempertahankan institusi beraja, kesucian agama Islam, hak kaum Melayu/Bumiputera, serta keharmonian masyarakat berbilang kaum di negara ini. Daulat Tuanku!

01/06/2026

Politik khidmat bakti sentiasa menjadi keutamaan UMNO apabila timbul isu-isu harian komuniti.

Contohnya seperti masalah parkir ibu bapa dan pemandu van di SRA Kampung Batu 18 yang berjaya diselesaikan dengan pantas menerusi sumbangan dana yang turun tepat pada waktunya.

Sikap proaktif wakil rakyat macam YB Datuk Wira Haji Johan Abd Aziz inilah yang rakyat mahu.

Hasilnya membawa impak yang boleh dinikmati bersama oleh penduduk kampung dan masyarakat sekitar.



Moga Urusetia Sekretariat Digital UBHL dapat memantapkan lagi pengurusan komunikasi digital yg lebih berkesan.
26/05/2026

Moga Urusetia Sekretariat Digital UBHL dapat memantapkan lagi pengurusan komunikasi digital yg lebih berkesan.

25/04/2026

๐’๐ž๐ซ๐š๐ฆ๐ฉ๐š๐ง๐  ๐ƒ๐ฎ๐š ๐Œ๐š๐ญ๐š : ๐ƒ๐š๐ฌ๐š๐ซ ๐„๐ค๐จ๐ง๐จ๐ฆ๐ข ๐๐š๐ซ๐ฎ (๐Ÿ๐Ÿ—๐Ÿ•๐Ÿ)

Dasar Ekonomi Baru diperkenalkan pada 1971 bagi membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum dan menyusun semula pengagihan ekonomi negara. Dengan sasaran meningkatkan ekuiti Bumiputera daripada 2.4% ke 30%, DEB menjadi asas transformasi sosioekonomi, membuka peluang untuk generasi baru memacu kemajuan negara.

Ini bukan sekadar angka tetapi ia janji pembangunan dan keadilan bagi semua rakyat Malaysia.


Pendaftaran keahlian UMNO kini dah masuk era digital. Lebih mudah, cepat dan straight to the point.Tak ada lagi alasan โ€œ...
21/04/2026

Pendaftaran keahlian UMNO kini dah masuk era digital. Lebih mudah, cepat dan straight to the point.

Tak ada lagi alasan โ€œsusah nak daftarโ€ atau proses yang leceh. Semua boleh buat online! Prosesnya dihujung jari.

Inisiatif ni buka peluang lebih luas untuk orang Melayu, khususnya anak muda yang minat nak jadi sebahagian daripada perubahan dan masa depan politik Negara.

UMNO sekarang bukan sekadar parti lama, tapi organisasi yang penuh pengalaman dan bergerak seiring zaman, lebih progresif dan kekal relevan untuk rakyat Malaysia.

Anak muda perlu ada ruang dan peluang yang cerah untuk membentuk masa depan.

Anak muda perlu pada ekonomi yang stabil.

Anak muda perlu pada masa depan negara yang gemilang.

Nak jadi sebahagian daripada perubahan?

Daftar sekarang!

Link : Selain melalui kaedah konvensional, keahlian secara โ€˜onlineโ€™ boleh dicapai melalui laman sesawang UMNO-Online:

Link pendaftaran keahlian online : https://myumno.org

Address

Cheras, Selangor

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Penerangan HULU Langat. posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share