14/06/2026
14 Jun 2026 I Bukit Kayu Hitam
Sesi Libat Urus Universiti Utara Malaysia (UUM) ke MAQIS Negeri Kedah
MAQIS Negeri Kedah telah menerima kunjungan hormat daripada delegasi Universiti Utara Malaysia (UUM) bagi satu sesi libat urus dua hala. Majlis sambutan ini diketuai oleh Encik Sukor bin Shafie, Ketua Unit Pemeriksaan dan Penguatkuasaan, dengan diiringi oleh Encik Che Nor bin Che Hab, Ketua Unit Kuarantin, serta barisan pegawai MAQIS Negeri Kedah. Pertemuan ini bertujuan untuk memperkukuh jalinan kerjasama strategik serta perkongsian kepakaran akademik dan praktikal demi memantapkan lagi sekuriti makanan serta kawalan biosekuriti di pintu masuk sempadan negara.
Semoga usaha murni yang dirancang ini mampu memberikan impak positif yang berterusan, sekali gus memacu kecemerlangan serta memberikan manfaat yang besar kepada kedua-dua belah pihak.