Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia Negeri Melaka

  • Home
  • Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia Negeri Melaka

Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia Negeri Melaka FB INI MERUPAKAN FB RASMI BAGI JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA NEGERI MELAKA..

🏊‍♂️ PROGRAM JOM BELAJAR BERENANG BERSAMA BOMBA SIRI 9/2026 🏊‍♀️13 Jun 2026 (Sabtu) – Telah berlangsung Program Jom Bela...
14/06/2026

🏊‍♂️ PROGRAM JOM BELAJAR BERENANG BERSAMA BOMBA SIRI 9/2026 🏊‍♀️

13 Jun 2026 (Sabtu) – Telah berlangsung Program Jom Belajar Berenang Bersama Bomba Siri 9/2026 bertempat di Kolam Renang MBMB, Bandar Hilir, Melaka.

Program ini melibatkan seramai 23 orang peserta terdiri daripada doktor dan pegawai-pegawai perubatan Daerah Melaka Tengah.

Pelaksanaan program ini bertujuan memberi pendedahan kepada peserta berkaitan kemahiran asas renang, keselamatan di air serta meningkatkan keyakinan ketika berada di kawasan berisiko air.

JBPM Negeri Melaka sentiasa komited dalam memperkasa kesedaran keselamatan air melalui program bersama komuniti selaras dengan usaha pencegahan kejadian lemas.

“Bersama Bomba, Kita Tingkatkan Keselamatan Di Air”




🚨 PEMAKLUMAN PENTING: PERUBAHAN TARIKH 🚨Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua.Mohon perhatian, terdapat sedik...
09/06/2026

🚨 PEMAKLUMAN PENTING: PERUBAHAN TARIKH 🚨

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua.

Mohon perhatian, terdapat sedikit perubahan tarikh bagi Program Golf Amal Bomba Melaka Tahun 2026 seperti yang telah dihebahkan dalam poster sebelum ini. Pertukaran tarikh adalah seperti ketetapan berikut:

❌ Tarikh Asal: 4 Julai 2026 (Sabtu)
✅ Tarikh Baharu: 5 Julai 2026 (Ahad)

Pihak JBPM Negeri Melaka memohon maaf atas sebarang kesulitan yang timbul akibat daripada perubahan tarikh ini. Masa dan lokasi program adalah kekal seperti biasa.

Terima kasih atas segala sokongan, keprihatinan, dan sumbangan anda menjayakan program amal ini. Sila bantu kami kongsikan makluman ini kepada rakan-rakan pemain yang lain! 🏌️‍♂️⛳️🚒

Jumpa anda di sana!

🏊‍♂️ PROGRAM JOM BELAJAR BERENANG BERSAMA BOMBA SIRI 8/2026Pada 6 Jun 2026 telah berlangsung Program Jom Belajar Berenan...
08/06/2026

🏊‍♂️ PROGRAM JOM BELAJAR BERENANG BERSAMA BOMBA SIRI 8/2026

Pada 6 Jun 2026 telah berlangsung Program Jom Belajar Berenang Bersama Bomba Siri 8/2026 anjuran Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Melaka. Program ini bertujuan meningkatkan kemahiran asas berenang serta memberi pendedahan awal berkaitan keselamatan di air kepada para peserta.

Melalui program ini, peserta berpeluang mempelajari teknik asas berenang yang betul, kaedah menyelamat diri ketika kecemasan di air serta meningkatkan keyakinan dan kesedaran tentang aspek keselamatan semasa menjalankan aktiviti rekreasi air.

Tahniah dan terima kasih kepada semua peserta, jurulatih serta anggota yang terlibat dalam menjayakan program ini. Semoga ilmu dan kemahiran yang diperoleh dapat dimanfaatkan dalam kehidupan seharian serta membantu mengurangkan irisiko kemalangan dan lemas. 🚒🏊‍♀️

🏊‍♂️🚒 PROGRAM JOM BELAJAR BERENANG BERSAMA BOMBA SIRI 7/2026Pada 23 Mei 2026, telah berlangsung Program Jom Belajar Bere...
05/06/2026

🏊‍♂️🚒 PROGRAM JOM BELAJAR BERENANG BERSAMA BOMBA SIRI 7/2026

Pada 23 Mei 2026, telah berlangsung Program Jom Belajar Berenang Bersama Bomba Siri 7/2026 bertempat di Kolam Renang MBMB, Bandar Hilir, Melaka dengan penyertaan seramai 30 orang peserta.

Program ini dianjurkan bagi memberi pendedahan dan kemahiran asas berenang kepada masyarakat di samping meningkatkan kesedaran mengenai aspek keselamatan di air. Para peserta turut dibimbing oleh jurulatih yang berpengalaman dalam suasana pembelajaran yang selamat, menyeronokkan dan interaktif.

Diharapkan program ini dapat membantu melahirkan individu yang lebih yakin di dalam air serta mampu mengamalkan langkah-langkah keselamatan bagi mengurangkan risiko kejadian lemas.

“Berenang Untuk Keselamatan, Kemahiran Untuk Kehidupan” 🌊🏊‍♀️

SESI LIBAT URUS BERSAMA INDUSTRI BERKAITAN PELAKSANAAN PROSEDUR PENDAFTARAN ORANG KOMPETEN DAN KONTRAKTOR KESELAMATAN KE...
05/06/2026

SESI LIBAT URUS BERSAMA INDUSTRI BERKAITAN PELAKSANAAN PROSEDUR PENDAFTARAN ORANG KOMPETEN DAN KONTRAKTOR KESELAMATAN KEBAKARAN BAGI ZON SELATAN

4 Jun 2026 (Khamis) – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Melaka telah menganjurkan Sesi Libat Urus Bersama Industri Berkaitan Pelaksanaan Prosedur Pendaftaran Orang Kompeten dan Kontraktor Keselamatan Kebakaran Bagi Zon Selatan bertempat di Dewan Dato’ Sri Mohammad Hamdan, Ibu Pejabat JBPM Negeri Melaka, Bukit Katil.

Program yang berlangsung dari jam 10.00 pagi hingga 12.00 tengah hari ini menghimpunkan Orang Kompeten serta Kontraktor Keselamatan Kebakaran dari Zon Selatan bagi membincangkan dan mendapatkan penjelasan berkaitan pelaksanaan prosedur pendaftaran yang ditetapkan.

Sesi libat urus ini bertujuan memperkemas serta memantapkan pelaksanaan Prosedur Pendaftaran Orang Kompeten dan Kontraktor Keselamatan Kebakaran melalui perkongsian maklumat, penerangan serta perbincangan dua hala antara JBPM dan pihak industri.

Penganjuran program ini mencerminkan komitmen berterusan JBPM dalam memperkukuhkan kerjasama strategik bersama pemain industri ke arah meningkatkan tahap pematuhan, profesionalisme dan keselamatan kebakaran di negara ini.

🚒🔥

Sekalung TahniahWarga Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Melaka merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Sahi...
05/06/2026

Sekalung Tahniah

Warga Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Melaka merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Sahibus Samahah Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Tawil atas pelantikan sebagai M***i Kerajaan Negeri Melaka yang berkuat kuasa pada 5 Jun 2026.

Semoga pelantikan ini terus memperkukuh syiar Islam serta membawa keberkatan, kebijaksanaan dan kecemerlangan dalam memimpin urusan agama di Negeri Melaka.

Ikhlas daripada,

YS PPjB Mohd Zaidi bin Hj. Ma’at
Pengarah
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Melaka





DAULAT TUANKUWarga Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Melaka merafak sembah setinggi-tinggi ucapan tahniah dan...
31/05/2026

DAULAT TUANKU

Warga Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Melaka merafak sembah setinggi-tinggi ucapan tahniah dan menjunjung kasih ke hadapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Seri Paduka Baginda Tuanku.

Semoga KDYMM Tuanku dikurniakan keafiatan, kesejahteraan dan sentiasa berada dalam lindungan Allah SWT serta terus memayungi negara dengan penuh kebijaksanaan.

Daulat Tuanku. 🇲🇾🚒

"Seseorang yang diangkat martabat di sisi Allah SWT bukan atas segala yang dimilikinya... berkorban untuk memberi manfaa...
26/05/2026

"Seseorang yang diangkat martabat di sisi Allah SWT bukan atas segala yang dimilikinya... berkorban untuk memberi manfaat kepada orang lain."

Bersempena dengan hari yang penuh barakah ini, Pengarah serta seluruh warga kerja JBPM Negeri Melaka mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha 1447H / 2026M.

Semoga ibadah korban dan segala pengorbanan kita diterima oleh-Nya. Berhati-hati di jalan raya dan pastikan rumah ditinggalkan dalam keadaan selamat sebelum pulang ke kampung!

Ikhlas dari,
PPjB Mohd Zaidi bin Hj Ma’at
Pengarah, JBPM Negeri Melaka.

25/05/2026
🏊‍♂️🚒 PROGRAM JOM BELAJAR BERENANG BERSAMA BOMBA SIRI 6 🚒🏊‍♀️Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Melaka telah m...
25/05/2026

🏊‍♂️🚒 PROGRAM JOM BELAJAR BERENANG BERSAMA BOMBA SIRI 6 🚒🏊‍♀️

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Melaka telah menganjurkan Program Jom Belajar Berenang Bersama Bomba Siri 6 pada 16 Mei 2026 (Sabtu) bertempat di Kolam Renang MBMB, Bandar Hilir, Melaka.

Program bermula dari jam 9.00 pagi hingga 12.30 tengahari ini bertujuan memberi pendedahan asas kemahiran berenang serta meningkatkan kesedaran keselamatan di air kepada para peserta.

Seramai 30 orang peserta telah menyertai program ini melibatkan:
▪️ MPHTJ – 20 orang
▪️ Universiti Geomatika – 4 orang
▪️ Orang awam – 6 orang

Program dikendalikan oleh anggota JBPM Negeri Melaka yang berpengalaman dalam aspek keselamatan dan penyelamatan di air.

Diharapkan program seperti ini dapat membantu meningkatkan keyakinan diri peserta di samping memupuk budaya keselamatan air dalam kalangan masyarakat.





Address

Jalan Tun Hamzah Bukit Katil

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia Negeri Melaka posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia Negeri Melaka:

  • Want your organization to be the top-listed Government Service?

Share