18/05/2025
๐๐๐๐ข๐ก ๐ ๐จ๐ฆ๐ง๐๐๐๐
Shaun Kua, Calon NKAMK No. 11
Cuba lihat gambar calon No. 11 Naib Ketua AMK Malaysia. Gambar yang separa tertutup tu?
Ya, itulah saya.
โ
Saya ๐ผ๐ฟ๐ฎ๐ป๐ด ๐ธ๐ฒ๐ฐ๐ถ๐น ๐ฑ๐ฎ๐น๐ฎ๐บ ๐ฝ๐ฎ๐ฟ๐๐ถ, seorang ahli biasa tanpa jawatan. Pencalonan pun minit terakhir. TQ Abang Otai yang jadi jurugambar di kedai mamak.
Soalan standard musim ini, โAwak kem mana?โ:
Jawapan saya: Saya tiada kem. Jujur. Saya kem anti-kem.
Saya faham, mungkin anda keliru. Kadang-kadang saya ada di INVOKE โฆ (aiks!) tiba-tiba muncul p**a di war-room MPN Pulau Pinang. Begitulah serba perjalanan saya dalam parti.
Mustahil saya bertanding tanpa kem?
โ
Parti kita ๐ฝ๐ฎ๐ฟ๐๐ถ ๐บ๐๐๐๐ฎ๐ต๐ถ๐น.
Bila dianggap mustahil parti berbilang kaum boleh mekar di Malaysia, kita ๐น๐ฎ๐๐ฎ๐ป!
Bila disangka mustahil gerakan dari bawah, dari pinggiran, mampu capai Putrajaya, kita ๐น๐ฎ๐๐ฎ๐ป!
Bila dikatakan mustahil idealisme bertahan dengan gula-gula serta belantan kuasa, kita ๐น๐ฎ๐๐ฎ๐ป!
Parti kita lahir dari mustahil. Apakah makna โjawatanโ, โarahanโ, โkemโ atau โfraksiโ, jika sejak 1998 lagi kita tidak kenal maksud ๐บ๐๐๐๐ฎ๐ต๐ถ๐น?
โ-
Parti berdepan dengan cabaran atau โkemustahilanโ baharu - iaitu menyempurnakan visi nurani seorang sosok luar biasa bernama Anwar Ibrahim, meskipun sudah kesuntukan masa 25 tahun yang lepas.
Perjuangan reformasi tiada batas dan tiada penghujung. Tingginya - โ๐บ๐๐๐๐ฎ๐ต๐ถ๐น๐ป๐๐ฎโ - tekad kita kerana murninya niat kita.
Disebut atau tidak, dugaan ini melatari pertandingan Timbalan Presiden antara dua tokoh yang saya hormati.
Susulan daripada itu, pimpinan parti dikatakan perlu โsejalurโ, manakala anggota parti perlu โdi-GOTVโ menyatakan sokongan terhadap pemimpin.
Dalam usaha โperkemas safโ, masih wujudkah ruang untuk orang kecil dalam parti?
โ
Di manakah ruang selamat untuk tercetusnya idea yang radikal, idea yang menyemarakkan imaginasi rakyat, idea yang *mustahil*? Di manakah tempat itu, kalau bukan di AMK?
Sahutan Presiden merentas generasi. Menzahirkan Nahdah Asia dan Malaysia Madani bukan usaha sepenggal, mahupun dua.
Soalnya lebih besar daripada bagaimana menang saluran 5 dan 6 PRU16 nanti.
Sejak bila suara lantang teruna dari Cherok Tok Kun itu menyebut isu anak muda sahaja?
Jika sekarang bermulanya babak kemuncak perjalanan watak sehebat Nurul Izzah dan Rafizi Ramli setelah 27 tahun, hikmahnya: *๐๐ ๐ ๐ฝ๐ฒ๐ฟ๐น๐ ๐บ๐ฒ๐ฟ๐ฒ๐ป๐๐ป๐ด ๐ฎ๐ณ ๐๐ฎ๐ต๐๐ป ๐ธ๐ฒ ๐ฑ๐ฒ๐ฝ๐ฎ๐ป.*
โ
Saya ๐ฐ๐ฎ๐น๐ผ๐ป ๐บ๐๐๐๐ฎ๐ต๐ถ๐น - mustahil menang.
Antara lawan saya adalah tiga orang YB Ahli Parlimen semasa, seorang nyaris menjadi YB, dan enam lagi cukup potensi sebagai bakal YB.
Saya? Saya orang kecil dalam parti. Saya menawarkan idea untuk penggal 2025-2028, dengan harapan memanfaatkan parti menjelang penggal 2045-2048.
Antara hiruk-pikuk dan damai, kadang-kadang idea juga perlu turun masuk gelanggang.
Demokrasi bukan setakat undi. Pertembungan idea bukan perlawanan campur-tolak (zero-sum).
Daripada minta undi, saya cabar anda fikir.
Jika anda setuju, sila sebarkan mesej saya.
Jika anda minat, sila bersama saya.
Jika anda menang, sila cilok idea saya. Bawa lari terus. Jadikan milik anda, asalkan demi parti.
โ-
Adakah ini jalur tengah? Saya lebih cenderung istilah โfajarโ, kerana fajar merangkumi pelbagai warna, asalkan menghala ufuk biru muda yang sama, walhal setiap jalur terhad oleh batasnya.
Sekiranya gagal, sekurang-kurangnya menambah seri (dan sedikit lawak) pemilihan kali ini.
๐ฆ๐๐๐จ๐ก ๐๐จ๐
๐๐๐๐ข๐ก ๐ก๐๐๐ ๐ ๐ก๐ข. ๐ญ๐ญ