Jabatan Pasti Kawasan Parit

Jabatan Pasti Kawasan Parit Tadika PASTI menekankan pembentukan akhlak peribadi dan juga pengenalan awal Islam dalam suasana yang riang mengikut kepada fitrah kanak-kanak.

Secebis memori 18 Jan 2023 : Trip to Gunung Lang - Padang Polo - Masjid Negeri
26/01/2023

Secebis memori 18 Jan 2023 :
Trip to Gunung Lang - Padang Polo - Masjid Negeri

09/01/2023

SELAMAT MENDUDUKI UJIAN CELIK MINDA SISTEM PERKEMBANGAN PRESTASI MURID (SPPM) PASTI MALAYSIA 2022

InsyaAllah esok semua murid PASTI seluruh negeri Perak dan Malaysia akan menduduki Ujian Celik Minda SPPM PASTI Malaysia.

Ujian ini akan mewakili 20% dari keseluruhan aspek penilaian selaras dengan SPMM yang telah diperkenalkan PASTI Malaysia bagi mengiktiraf semua aspek perkembangan murid PASTI.

Kita doakan semoga diberikan ketenangan, kelancaran dan dipermudahkan urusan anak-anak PASTI seterusnya cemerlang dunia dan akhirat.

بالتوفيق والنجاح

Ikhlas Daripada
JABATAN PASTI NEGERI PERAK




Selamat Menduduki Ujian Celik Minda PASTIEsok 10hb Januari 2023 | Hari Rabu semua murid 5&6 Tahun seramai 523 Murid Past...
09/01/2023

Selamat Menduduki Ujian Celik Minda PASTI

Esok 10hb Januari 2023 | Hari Rabu semua murid 5&6 Tahun seramai 523 Murid Pasti Parit akan terlibat dengan Ujian Cerdik Minda Perkembangan Prestasi Murid(SPPM) 2022.

Buat ibu bapa teruskan bagi semangat pada Anak2 dan doakan mereka diberikan Ilham dan kefahaman dlm menjawap Ujian.

Ustaz doakan agar semua Anak2 Pasti kekal tenang dalam Menjawab dan dipermudahkan segala urusan.


15 adab kita yang anak akan cepat tiru :1 - Panggil orangKalau dia nampak kita panggil orang woi woi, tak mustahil anak ...
08/03/2022

15 adab kita yang anak akan cepat tiru :

1 - Panggil orang

Kalau dia nampak kita panggil orang woi woi, tak mustahil anak pun akan ikut panggil woi woi.

2 - Bercakap

Kita s**a cakap tengking-tengking. Anak pun akan ikut cakap tengking-tengking.

3 - Mengarah

Ibu nak makan. Ibu nak susu. Ibu air tumpah. Bagaimana kita mengarah orang, begitu la anak akan tiru.

4 - Sebut tolong

Ibu tolong buatkan susu, adik haus. Mudah je tapi anak tak buat kalau dia tak nampak kita buat dulu.

5 - Ketika makan

Ketika makan jangan banyak bersungut. Anak ikut nanti, ada sahaja yang dia tak puas hati.

6 - Marah orang

Jika kita cepat marah orang, anak pun akan jadi begitu. Impulsif macam kita.

7 - Hormat orang tua

Anak perhati je cara jumpa mak ayah kita. Jika kita rajin salam, anak pun akan ikut begitu.

8 - Sabar

Anak belajar bersabar dengan melihat kita bersabar dengan dia.

9 - Mulut laser

Apa yang kita cakap, itu la yang anak akan cakap. Bahasa kita, itu la bahasa anak. Kamus yang sama digunakan.

10 - Senyum

Kita rajin senyum. Anak pun akan rajin senyum. Kita malas senyum, tak mustahil anak muka mencuka je.

11 - Ucap terima kasih

Setiap kali anak buat kebaikan kita cakap terima kasih, bukan sahaja rasa di hargai tapi dia belajar cara untuk ucap terima kasih.

12 - Meminta maaf

Ada anak dah jelas dia salah pun tak nak sebut minta maaf. Jarang dengar kita sebut minta maaf tu la anak ikut.

13 - Mendengar

Cara kita mendengar, itu la cara anak mendengar juga. Kalau anak tengah cakap kita dengar sambil main phone, tak mustahil anak pun begitu nanti.

14 - Toleh

Sekali panggil je anak dah toleh, jika nak begitu kita pun kena buat anak panggil sekali terus toleh.

15 - Mengamuk

Kalau kita s**a mengamuk tak kira tempat, bersedia untuk hadap anak yang akan mengamuk kat mana-mana sahaja jika ada tak puas hati.

Bukan salah anak jika dia tak beradab.

Wallahu A’lam,

Kredit :
Mohd Fhais Salim
Parenting Coach

*Gambar hiasan

PASTI: MELAHIRKAN GENERASI RABBANIPusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) adalah sebuah organisasi pendidikan bawah pemilikan D...
12/10/2021

PASTI: MELAHIRKAN GENERASI RABBANI

Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) adalah sebuah organisasi pendidikan bawah pemilikan Dewan Pemuda PAS Malaysia. Pendidikan PASTI merupakan satu usaha bersepadu dan berterusan ke arah melahirkan generasi tunas Islam yang unggul.
Cetusan untuk menubuhkan pusat prasekolah Islam telah bermula sejak akhir tahun 1970-an.

Perkembangan pendidikan yang semakin pesat dan pertumbuhan pusat-pusat pendidikan prasekolah yang semakin meningkat telah menyemarakkan lagi semangat para pejuang dan pencinta Islam untuk memberikan suatu alternatif kepada sistem pendidikan yang sedia berjalan. Hasil daripada itu timbullah idea untuk menubuhkan pusat pendidikan prasekolah Islam yang pada peringkat awalnya diberi nama Tadika Islam.

PASTI terus berkembang seiring dengan perkembangan zaman dan kemajuan dunia hari ni. Kelas-kelas PASTI di semua negeri terus bertambah dari sehari ke sehari. Kini, tadika PASTI telah diiktiraf oleh pelbagai pihak dan dianggap prasekolah berteraskan Islam yang terbaik di Malaysia.

Dengan hasrat untuk melahirkan anak bangsa berjiwa Rabbani, wujudlah Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) yang bermatlamat mendidik jiwa dan akal anak-anak dengan didikan Islam bersumberkan ajaran AI-Quran dan Hadis.
Banyak jasa PASTI dalam mencorak dan membina generasi hari ini supaya menjadi generasi Rabbani yang dapat melaksanakan seluruh tuntutan Al-Quran dalam kehidupan.

Ratusan ribu alumni PASTI kini berkhidmat membangunkan negara ini termasuk para profesional aras tinggi dengan lebih sejuta orang alumni PASTI.
Kita dapat lihat ramai lepasan PASTI membina kejayaan dalam pelbagai bidang seperti bidang agama, s**an dan akademik. Sebagai contoh;

1. Adik Ahmad Naufal dinobatkan sebagai Juara Qari Junior 2016.
2. Farihah Zulkifli dinobatkan juara Hafizah Kebangsaan 2016
3. Haikal Firdaus bin Mohd Jaafarudin muncul johan pertandingan akhir Qari Junior 2017
4. Uzair Zayyan Naimulddin mendapat tawaran ke Akademi Bola Sepak Cruzeiro Brazil-British
5. Enam peserta Musabaqah Hafazan AL-Quran 1443H/2021M yang pernah mendapat pendidikan awal di PASTI kawasan Tawau, telah berjaya mewakili Negeri Sabah ke peringkat kebangsaan.
6. Mohammad Syauqellah Razali dinobatkan pelajar paling cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Terengganu.

Semoga PASTI terus cemerlang mencetak generasi rabbani pemimpin masa depan buat negara tercinta.







https://www.facebook.com/231731987231/posts/10159531538922232/?d=n

📌Berikut ialah nombor telefon JPKK PAS Parlimen Parit.Jika tuan/puan ingin mohon bantuan boleh lah hubungi.Insya Allah, ...
02/07/2021

📌Berikut ialah nombor telefon JPKK PAS Parlimen Parit.
Jika tuan/puan ingin mohon bantuan boleh lah hubungi.
Insya Allah, kita sama-sama membantu.



Mewakili Jabatan PASTI Malaysia, saya mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua para guru di seluruh negara khususnya g...
16/05/2021

Mewakili Jabatan PASTI Malaysia, saya mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua para guru di seluruh negara khususnya guru-guru Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI). Anda adalah kebanggaan kami, kebanggaan warga pendidik dan kebanggaan saff perjuangan Islam.

"Berguru Dengan Ilmu, Membina Generasi Baharu"





Yang mengasihi guru,

SELAMAT HARI GURU 2021

"Berguru Demi Ilmu, Bina Generasi Baharu"

Ikhlas Daripada
Jabatan PASTI Negeri Perak

Andai ini Ramadan terkakhir kita, berilah yang terbaik untuk diri sendiri di akhirat."Bandingan ( pahala ) orang-orang y...
12/05/2021

Andai ini Ramadan terkakhir kita, berilah yang terbaik untuk diri sendiri di akhirat.

"Bandingan ( pahala ) orang-orang yang membelanjakan harta mereka pada jalan Allah seumpama sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai dan tiap-tiap tangkai itu p**a terdapat seratus biji. Dan ingatlah Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas ( KurniaNya ) lagi Maha Mengetahui”.

( Surah Al-Baqarah Ayat 261 )

Sebarang pertanyaan boleh Hubungi :
Cikgu Aida
http://www.wasap.my/60135323181/SumbanganAnnur

Pasti Annur,Pekan Parit Dewan Pemuda PAS Kawasan Parit


Address

Bota
32600

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jabatan Pasti Kawasan Parit posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share