RISDA Daerah Perak Tengah/Kinta

  • Home
  • RISDA Daerah Perak Tengah/Kinta

RISDA Daerah Perak Tengah/Kinta PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN GETAH

14/05/2026
12/05/2026
08/05/2026
KAMPUNG GAJAH, 7 Mei 2026 – Program Hari Bertemu Petani, Penternak dan Nelayan @ DUN Kg Gajah sempena Jelajah Sejahtera ...
07/05/2026

KAMPUNG GAJAH, 7 Mei 2026 – Program Hari Bertemu Petani, Penternak dan Nelayan @ DUN Kg Gajah sempena Jelajah Sejahtera Agro telah berlangsung dengan meriah di Dewan Millenium, Pejabat Tanah dan Daerah Kg Gajah.

Pelbagai pengisian menarik telah diadakan sepanjang program termasuk:
🌾 Interaksi secara langsung bersama YB Exco dan agensi agro
🌾 Kaunter khidmat nasihat daripada jabatan dan agensi
🌾 Pameran agensi kerajaan dan teknikal
🌾 Jualan Sejahtera Rakyat oleh FAMA
🌾 Jamuan Kenduri Rakyat

Program turut dihadiri YB Dato’ Mohd Zolkafly Bin Harun, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan Perak yang turut meluangkan masa berinteraksi bersama para petani, penternak, nelayan serta pengunjung yang hadir.

RISDA turut mengambil bahagian dengan membuka booth pameran serta kaunter khidmat nasihat kepada para pekebun kecil dan pengunjung yang hadir. Delegasi RISDA diketuai oleh Encik Rosnan Bin Ab Rahman selaku Pengarah RISDA Negeri Perak.

Turut hadir Puan Azlina Binti Mislan, Ketua Unit Pengembangan RISDA Negeri Perak dan Puan Nurul Haulah Binti Miswan, Pegawai RISDA Daerah Perak Tengah/Kinta bagi bersama-sama menyantuni pengunjung serta menyampaikan khidmat nasihat berkaitan sektor pekebun kecil.

RISDA melalui anak syarikatnya RPSB bukan hadir untuk menjadi pembeli paling tinggi, tetapi hadir sebagai pengimbang har...
06/05/2026

RISDA melalui anak syarikatnya RPSB bukan hadir untuk menjadi pembeli paling tinggi, tetapi hadir sebagai pengimbang harga supaya pekebun kecil tidak terus dipermainkan.

Bila wujud persaingan sihat dalam belian getah, pekebun kecil mempunyai lebih pilihan, harga menjadi lebih kompetitif dan kebajikan pekebun lebih terjamin.

“Harga bermaruah” bukan sekadar slogan — ia usaha memastikan setiap titik peluh pekebun kecil dihargai dengan nilai yang adil.

RPSB akan terus komited membantu mewujudkan ekosistem pemasaran yang lebih adil demi kesejahteraan pekebun kecil dan keluarga mereka.

PARIT, 5 Mei 2026 – Program Kemakmuran Pekebun Kecil (PKPK) peringkat Pejabat RISDA Stesen Bota telah diadakan di Dewan ...
05/05/2026

PARIT, 5 Mei 2026 – Program Kemakmuran Pekebun Kecil (PKPK) peringkat Pejabat RISDA Stesen Bota telah diadakan di Dewan Kampung Sungai Perah, Parit dengan penglibatan pekebun kecil setempat.

Program ini diisi dengan pelbagai taklimat bermanfaat termasuk perkongsian berkaitan bantuan terkini RISDA serta taklimat peningkatan produktiviti getah bagi membantu pekebun kecil meningkatkan hasil dan pendapatan.

Turut serta dalam program ini ialah pihak RPSB yang menyampaikan taklimat berkaitan pemasaran getah, di samping kehadiran JAKOA bagi sesi perbincangan bersama berhubung cadangan penubuhan Tanam Semula Berkelompok (TSB) Kampung Sungai Perah.

Program ini turut dihadiri oleh Puan Nurul Haulah Binti Miswan, Pegawai RISDA Daerah Perak Tengah/Kinta.

Semoga program seperti ini terus memberi manfaat dan memperkasakan pekebun kecil ke arah kehidupan yang lebih sejahtera.

BELIAN GETAH HARI INI (4 Mei 2026)Oleh : RPSB (RISDA Plantation Sdn Bhd)Kampung Pasir SalakHarga Belian:Skrap – RM 4.39/...
05/05/2026

BELIAN GETAH HARI INI (4 Mei 2026)

Oleh : RPSB (RISDA Plantation Sdn Bhd)
Kampung Pasir Salak

Harga Belian:
Skrap – RM 4.39/kg

Jumlah Berat:
345.5 KG

Terima kasih kepada semua pekebun kecil yang terus menyokong kami 🤝

BELIAN GETAH HARI INI (4 Mei 2026) Oleh : RPSB (RISDA Plantation Sdn Bhd)Kampung Sungai GapesHarga Belian:Skrap  – RM 3....
05/05/2026

BELIAN GETAH HARI INI (4 Mei 2026)

Oleh : RPSB (RISDA Plantation Sdn Bhd)
Kampung Sungai Gapes

Harga Belian:
Skrap – RM 3.54 hingga RM 4.11/kg

Jumlah Berat:
1091 KG

Terima kasih kepada semua pekebun kecil yang terus menyokong kami 🤝

30/04/2026

𝐏𝐞𝐤𝐞𝐫𝐣𝐚 𝐌𝐚𝐝𝐚𝐧𝐢 𝐊𝐞𝐬𝐮𝐦𝐚 𝐁𝐚𝐧𝐠𝐬𝐚

Setiap titik peluh anda adalah nadi kepada kemajuan negara. Dari ladang ke bandar, dari pagi hingga malam,anda yang menggerakkan Malaysia. 💪🇲🇾

Selamat Hari Pekerja 2026! Terus melangkah dengan semangat, kerana pekerja hari ini adalah kekuatan masa depan negara.

Ikhlas daripada warga 𝐑𝐈𝐒𝐃𝐀

Address

LOT.10, MUKIM BOTA

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when RISDA Daerah Perak Tengah/Kinta posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

  • Want your organization to be the top-listed Government Service?

Share