Balai Bomba Dan Penyelamat Bestari Jaya

Balai Bomba Dan Penyelamat Bestari Jaya Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Balai Bomba Dan Penyelamat Bestari Jaya, Government Organization, Balai Bomba Dan Penyelamat Bestari Jaya, bestari jaya.

🚒 Selamat datang ke Halaman Rasmi Balai Bomba dan Penyelamat Bestari Jaya! 🚒

🔥 Ikuti kami untuk:
- Maklumat keselamatan terkini
- Pengumuman latihan dan aktiviti
- Bantuan dan sokongan komuniti

👨‍🚒 Terima kasih atas sokongan anda!

01/03/2026
SELAMAT HARI ANGGOTA BOMBA4 MEI 2025Warga Balai Bomba dan Penyelamat Bestari Jaya mengucapkan Selamat Hari Anggota Bomba...
04/05/2025

SELAMAT HARI ANGGOTA BOMBA
4 MEI 2025

Warga Balai Bomba dan Penyelamat Bestari Jaya mengucapkan Selamat Hari Anggota Bomba kepada seluruh pegawai dan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

Penghargaan khas buat wira-wira api yang sentiasa bersedia, berani dan cekal dalam melaksanakan amanah demi keselamatan masyarakat.
Pengorbanan anda amat kami hargai.

Semoga terus diberi kekuatan, keselamatan dan semangat juang yang tinggi dalam menjalankan tugas.

03/05/2025

KUALA SELANGOR: Empat pekerja sebuah kilang kelapa sawit cedera selepas sebuah dandang stim (steam boiler) meletup dalam kejadian di Bestari Jaya, di sini, hari ini. Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) S...

02/05/2025

Amboi manjanya dia 😄..

02/05/2025
SELAMAT DATANG ANGGOTA BARU KE BALAI BOMBA DAN PENYELAMAT BESTARI JAYABalai Bomba dan Penyelamat Bestari Jaya mengalu-al...
28/03/2025

SELAMAT DATANG ANGGOTA BARU KE BALAI BOMBA DAN PENYELAMAT BESTARI JAYA

Balai Bomba dan Penyelamat Bestari Jaya mengalu-alukan kehadiran anggota baru yang melapor diri untuk bertugas bersama kami:

1️⃣ PB 21782 Fazirul Bin Esnok
2️⃣ PB 21849 Mohd Rafi Irsyaduddin Bin Ramli
3️⃣ PB 21788 Mohamad Alif Ashsaf Bin Sanadi

Selamat datang ke keluarga besar kami! Tugas sebagai seorang anggota bomba bukan sekadar kerjaya, tetapi satu amanah dan tanggungjawab kepada masyarakat. Sentiasa berpegang teguh pada disiplin, keberanian, dan semangat setiakawan dalam menjalankan tugas.

Semoga anda semua terus komited dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat serta menjaga keselamatan nyawa dan harta benda. BERSAMA CEKAP DAN SELAMAT!

LAPORAN KHIDMAT KHAS – PENYELAMATAN KUCING 14/03/2025Assalamualaikum dan Salam JBPM Berprestasi Tinggi, Cepat, dan Mesra...
14/03/2025

LAPORAN KHIDMAT KHAS – PENYELAMATAN KUCING 14/03/2025

Assalamualaikum dan Salam JBPM Berprestasi Tinggi, Cepat, dan Mesra.

Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bestari Jaya telah menerima panggilan kecemasan mengenai seekor kucing yang terperangkap di atas pokok di kawasan Alam Perdana, Puncak Alam, Selangor.

Sebuah jentera FRT bersama 4 anggota telah digerakkan ke lokasi sejauh 17KM.

Setibanya di lokasi, pasukan bomba mendapati seekor kucing dewasa berada di atas pokok di tepi jalan anggaran ketinggian 3 meter. Anggota bertindak menyelamatkan kucing tersebut dengan berhati-hati dan berjaya membawanya turun dengan selamat sebelum menyerahkan kembali kepada pemiliknya.

Operasi ditamatkan selepas memastikan keadaan selamat, dan pasukan kembali ke balai.

29/11/2024

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Kami, warga Balai Bomba dan Penyelamat Bestari Jaya, ingin merakamkan rasa simpati dan keprihatinan terhadap semua mangsa yang terkesan akibat bencana banjir yang melanda kawasan Pantai Timur dan Utara tanah air.

Kami memahami kesukaran dan cabaran yang sedang dihadapi oleh mereka yang terjejas. Pasukan Bomba dan Penyelamat di seluruh negara sentiasa bersiap siaga untuk memberikan bantuan serta memastikan keselamatan komuniti yang terlibat.

Kepada orang ramai, kami mengingatkan agar sentiasa peka dengan amaran cuaca, mematuhi arahan pihak berkuasa, dan mengutamakan keselamatan diri serta keluarga.

"Bersama, kita mampu mengharungi ujian ini."





Sekian, terima kasih.
Balai Bomba dan Penyelamat Bestari Jaya

TAHNIAH & SYABAS!Balai Bomba dan Penyelamat Bestari Jaya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada PB Mohd Amirul Shafi...
20/11/2024

TAHNIAH & SYABAS!

Balai Bomba dan Penyelamat Bestari Jaya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada PB Mohd Amirul Shafiq bin Mohamad Mahrim atas pencapaian cemerlang sebagai Naib Johan Pertandingan Pidato Kategori Bahasa Melayu sempena Minggu Inovasi Tahun 2024 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

Kejayaan ini membuktikan kehebatan, komitmen, dan bakat anggota BBP Bestari Jaya dalam mengharumkan nama balai serta Negeri Selangor.

Syabas diucapkan dan semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga bomba!




Address

Balai Bomba Dan Penyelamat Bestari Jaya
Bestari Jaya
45600

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Balai Bomba Dan Penyelamat Bestari Jaya posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share