Puspanita Daerah Bentong

Puspanita Daerah Bentong Laman Facebook Rasmi
Persatuan Suri Rumah Dan Penjawat Awam (PUSPANITA)
Daerah Bentong
Pahang Darul Makmur

โœจ MAJLIS JALINAN KASIH AIDILFITRI 2026 โœจAlhamdulillah, program Majlis Jalinan Kasih Aidilfitri 2026 telah berlangsung de...
15/04/2026

โœจ MAJLIS JALINAN KASIH AIDILFITRI 2026 โœจ

Alhamdulillah, program Majlis Jalinan Kasih Aidilfitri 2026 telah berlangsung dengan jayanya pada 15 April 2026 bertempat di Dewan Perdana MPB, Kg. Baru. ๐Ÿ’

Program ini turut dijayakan melalui kolaborasi bersama NGO-NGO hebat seperti PERKEP, WI, MPWP, PERKIM, LKPIM, PANDU PUTERI, KBI dan RS yang sama-sama berganding bahu dalam menjayakan majlis yang penuh bermakna ini. ๐Ÿค

Suasana penuh meriah dengan kehadiran para tetamu jemputan, rakan kerjasama serta semua yang terlibat dalam menjayakan program ini. Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan seperti persembahan, cabutan bertuah, permainan santai dan tidak ketinggalan jamuan Aidilfitri yang menyatukan semua dalam suasana harmoni dan penuh keceriaan. ๐ŸŒ™โœจ

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah bertungkus-lumus menjayakan program ini sama ada secara langsung atau tidak langsung. Semoga ukhuwah yang terjalin akan terus kekal erat. ๐Ÿ’–

Jumpa lagi di program akan datang!

โœจ PENYERTAAN WAKIL BENTONG โœจAlhamdulillah, wakil dari PUSPANITA Bentong telah menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan PUSPANI...
31/03/2026

โœจ PENYERTAAN WAKIL BENTONG โœจ

Alhamdulillah, wakil dari PUSPANITA Bentong telah menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan PUSPANITA Cawangan Negeri Pahang Kali Ke-43 yang berlangsung pada 31 Mac 2026 di Dewan SUK, Wisma Sri Pahang.

Penyertaan ini mencerminkan komitmen dan sokongan berterusan dalam memperkukuh peranan serta jaringan PUSPANITA di peringkat negeri.

Sekalung penghargaan diucapkan kepada wakil yang terlibat atas dedikasi dan kehadiran.

Terima kasih ๐ŸŒธ

๐ŸŒ™โœจ Salam Aidilfitri 1447H โœจ๐ŸŒ™Barisan AJK PUSPANITA Bentong dengan penuh keikhlasan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfit...
19/03/2026

๐ŸŒ™โœจ Salam Aidilfitri 1447H โœจ๐ŸŒ™

Barisan AJK PUSPANITA Bentong dengan penuh keikhlasan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin kepada seluruh ahli PUSPANITA Bentong yang dikasihi.

Semoga Syawal yang mulia ini membawa seribu rahmat, kebahagiaan dan keberkatan buat kita semua. Didoakan agar silaturahim yang terjalin terus utuh, kasih sayang semakin erat, dan segala amal ibadah diterima oleh-Nya.

Ampun maaf dipohon atas segala kekhilafan, tutur kata dan perbuatan sepanjang kita bersama. Semoga Aidilfitri ini diraikan dengan penuh kegembiraan bersama keluarga tercinta.

Ikhlas daripada:
Barisan AJK PUSPANITA Bentong ๐Ÿ’

โœจ Alhamdulillah, program telah selesai dengan jayanya โœจSetinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah SWT kerana...
11/03/2026

โœจ Alhamdulillah, program telah selesai dengan jayanya โœจ

Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah SWT kerana Majlis Khatam Al-Quran Tahun 2026 / 1447H anjuran PUSPANITA Daerah Bentong yang telah berlangsung pada 11 Mac 2026 (Rabu) di Dewan Kuliah Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, Bentong telah selesai dilaksanakan dengan lancar dan penuh keberkatan.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada semua peserta, jawatankuasa, serta pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan majlis ini. Semoga usaha dan kebersamaan kita dalam memartabatkan Al-Quran mendapat ganjaran pahala dan keberkatan daripada Allah SWT.

๐Ÿ’œ Semoga majlis seperti ini dapat terus memperkukuhkan ukhuwah dan menyemai kecintaan terhadap Al-Quran dalam kalangan kita semua.




๐ŸŒ™โœจ Salam Ramadhan Al-Mubarak 1447H โœจ๐ŸŒ™Ahli Jawatankuasa PUSPANITA Daerah Bentong dengan penuh rasa syukur ingin mengucapk...
18/02/2026

๐ŸŒ™โœจ Salam Ramadhan Al-Mubarak 1447H โœจ๐ŸŒ™

Ahli Jawatankuasa PUSPANITA Daerah Bentong dengan penuh rasa syukur ingin mengucapkan Selamat Menjalani Ibadat Puasa kepada seluruh ahli PUSPANITA dan warga kerja.

Semoga Ramadhan yang mulia ini membawa keberkatan, ketenangan jiwa serta mengeratkan lagi silaturrahim sesama kita.
Semoga setiap amalan dan doa diterima Allah SWT serta dikurniakan kesihatan dan kekuatan sepanjang bulan yang penuh rahmat ini.

Marilah kita bersama-sama merebut ganjaran di bulan yang penuh kemuliaan ini ๐Ÿคฒ๐ŸŒ™

Ikhlas daripada,
Ahli Jawatankuasa PUSPANITA Daerah Bentong

Alhamdulillah, Berpeluang menghadiri Sesi Perjumpaan dan Penyampaian Amanat oleh YBhg. Puan Sri Maheran binti Jamil, Yan...
23/01/2026

Alhamdulillah, Berpeluang menghadiri Sesi Perjumpaan dan Penyampaian Amanat oleh YBhg. Puan Sri Maheran binti Jamil, Yang Dipertua Puspanita Kebangsaan.

Amanat yang disampaikan amat bermakna dalam memacu agenda pemerkasaan wanita serta memperkukuhkan semangat kebajikan dan kebersamaan dalam kalangan ahli.
Program telah berlangsung di Dewan Bandaraya Majlis Kuantan pada 23 Januari 2026.

Semoga segala perkongsian dan nasihat yang diterima dapat dimanfaatkan sebaiknya. ๐ŸŒธ๐Ÿค






โœจ MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PUSPANITA DAERAH BENTONGKALI KE-40 TAHUN 2026 โœจAlhamdulillah, Mesyuarat Agung Tahunan PUSPANIT...
21/01/2026

โœจ MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PUSPANITA DAERAH BENTONG
KALI KE-40 TAHUN 2026 โœจ

Alhamdulillah, Mesyuarat Agung Tahunan PUSPANITA Daerah Bentong Kali Ke-40 telah berlangsung dengan jayanya dalam suasana yang penuh tertib, bermakna dan meriah ๐Ÿ’œ

Program dimulakan dengan pendaftaran ahli, diikuti ketibaan jemputan serta perasmian oleh YH. Datoโ€™ Mohamad Shahid bin Ismail, Pegawai Daerah Bentong merangkap Penasihat PUSPANITA Daerah Bentong. Majlis turut diserikan dengan nyanyian lagu Negaraku, Allah Rahmatilah Sultan Kami dan Lagu PUSPANITA ๐ŸŽถ

Majlis diteruskan dengan tayangan video aktiviti PUSPANITA tahun 2025 serta ucapan aluan oleh YBhg. Datin Norkamalisa binti Razali, Pengerusi PUSPANITA Cawangan Daerah Bentong.

Pengisian program menjadi lebih bermakna dengan ceramah kesihatan bertajuk
๐Ÿง  โ€œOtak Sihat, Hidup Berkualiti: Strategi Mencegah Demensiaโ€,
selain pemeriksaan kesihatan, jamuan pagi, booth & gerai jualan serta goodies istimewa ๐ŸŒธ

๐ŸŽ‰ Cabutan bertuah turut mencuri tumpuan, dengan hadiah menarik menanti para ahli termasuk Grand Prize Gold Bar, pelbagai barangan elektrik, Tupperware dan banyak lagi ๐ŸŽ
๐ŸŽ‰ Tahniah kepada semua pemenang Cabutan Bertuah!
๐Ÿ† Grand Prize Gold Bar
โšก Barangan elektrik, Tupperware & pelbagai hadiah menarik

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua ahli, jawatankuasa, urus setia serta pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan Mesyuarat Agung ini. Semoga PUSPANITA Daerah Bentong terus maju dan cemerlang pada masa akan datang โœจ






๐Ÿ’œ

12/01/2026
Selamat Menyambut 1 Rejab 1447H ๐ŸŒ™Alhamdulillah, kita kini melangkah ke bulan Rejab โ€“ salah satu bulan mulia dalam Islam....
21/12/2025

Selamat Menyambut 1 Rejab 1447H ๐ŸŒ™

Alhamdulillah, kita kini melangkah ke bulan Rejab โ€“ salah satu bulan mulia dalam Islam. Masa terbaik untuk kita mula โ€˜panaskan enjinโ€™ menuju Ramadan. Jom sama-sama hidupkan amalan-amalan sunat seperti:

โœจ Puasa sunat
โœจ Bersedekah
โœจ Membaca Al-Quran
โœจ Berzikir
โœจ Solat sunat

ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ูู…ู‘ูŽ ุจูŽุงุฑููƒู’ ู„ูŽู†ูŽุง ูููŠ ุฑูŽุฌูŽุจูŽ ูˆูŽุดูŽุนู’ุจูŽุงู†ูŽ ูˆูŽุจูŽู„ู‘ูุบู’ู†ูŽุง ุฑูŽู…ูŽุถูŽุงู†ูŽ
โ€œYa Allah, berkatilah kami pada bulan Rejab dan Syaaban, dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadan.โ€

Moga kita semua terus diberi kesihatan, kekuatan dan kelapangan untuk tingkatkan amal dan persiapkan diri menyambut Ramadan.

18/12/2025

Program Penutup 2025๐Ÿ˜˜

๐ŸŽณโœจ PROGRAM SELESAI DENGAN JAYANYA! โœจ๐ŸŽณAlhamdulillah, PUSPANITA Ladies Strike Challenge 2025 telah berlangsung dengan lanc...
18/12/2025

๐ŸŽณโœจ PROGRAM SELESAI DENGAN JAYANYA! โœจ๐ŸŽณ

Alhamdulillah, PUSPANITA Ladies Strike Challenge 2025 telah berlangsung dengan lancar dan penuh kemeriahan! ๐Ÿ’œ
Gelak tawa, semangat kesukanan dan gaya Kampung People benar-benar menceriakan suasana sepanjang program ๐Ÿ”ฅ๐Ÿ™Œ

Terima kasih kepada semua ahli PUSPANITA yang hadir dan memberikan komitmen padu ๐Ÿ’ช
Tahniah juga kepada para pemenang serta semua peserta โ€” setiap strike dan spare memang padu! ๐Ÿ†๐ŸŽ‰

Jumpa lagi di program PUSPANITA akan datang ๐ŸŒธ
Kenangan hari ini, memori sampai bila-bila ๐Ÿ’–โœจ




๐ŸŽณ๐Ÿ’ƒ

โœจ PROGRAM MOTIVASI KEMBARA MAHSYAR & KESEDARAN KESIHATAN โœจ๐Ÿ“ Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, Bentong๐Ÿ“… 9 Disember 2025Alham...
10/12/2025

โœจ PROGRAM MOTIVASI KEMBARA MAHSYAR & KESEDARAN KESIHATAN โœจ
๐Ÿ“ Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, Bentong
๐Ÿ“… 9 Disember 2025

Alhamdulillah, program penuh ilmu dan kesedaran ini telah berjalan dengan sangat baik! ๐ŸŒŸ
Terima kasih kepada semua peserta yang hadir memeriahkan majlis sejak awal pagi tadi ๐Ÿ™๐Ÿ’–

๐Ÿ”ฅ โ€œRasai Pengembaraan Ke Alam Selepas Matiโ€ bersama penceramah jemputan
๐Ÿ‘ณโ€โ™‚๏ธ Saudara Muhammad Faris Bin Zulkharnane
telah benar-benar membuka mata dan hati kita semua ๐Ÿ’ซ๐Ÿ˜ญ

Sesi diteruskan dengan perkongsian kesihatan
๐Ÿ‘ฉโ€โš•๏ธ Dr Irna Hasymirayasmin Binti Mohd Yusof
tentang Influenza: Bukan Sekadar Selesema Biasa ๐Ÿฆ ๐Ÿ’ก
Memang banyak ilmu baru yang kami dapat! ๐Ÿ‘๐Ÿ˜ท

Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat ๐Ÿค
Teruskan sokongan anda dalam program-program bermanfaat seperti ini! ๐ŸŒ™๐Ÿ“˜โœจ

๐Ÿ•Œ๐ŸŒŒ๐Ÿ’™

Address

Bentong

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Puspanita Daerah Bentong posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Puspanita Daerah Bentong:

Share