Angkatan Pertahanan Awam Malaysia - APM Beluran

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia - APM Beluran Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Angkatan Pertahanan Awam Malaysia - APM Beluran, Public Service, Angkatan Pertahanan Awam Beluran, Rumah Kuartes AB 6&7 (JKR 11189) Jalan Pekan Beluran, Beluran.

π—§π—”π—žπ—₯π—œπ—™ π—£π—˜π—₯𝗧𝗔𝗛𝗔𝗑𝗔𝗑 𝗔π—ͺ𝗔𝗠

Maksud mengikut Akta Pertahanan Awam 1951(Akta 221) terbahagi kepada dua keadaan iaitu:

π—¦π—˜π— π—”π—¦π—” π—£π—˜π—£π—˜π—₯π—”π—‘π—šπ—”π—‘
Bermaksud apa-apa jua langkah yang tidak melibatkan penggunaan senjata bagi menghadapi serangan permusuhan samada langkah itu diambil sebelum, semasa atau selepas masa serangan musuh.

π’π„πŒπ€π’π€ π€πŒπ€π
Bermaksud apa-apa jua langkah yang diambil bagi melindungi nyawa dan harta benda samada langkah itu diambil sebelum, semasa atau selepas sesuatu bencana. Berdasarkan Akta 221 tersebut dapat difahami bahawa Pertahanan Awam itu berfungsi dalam masa aman, masa peperangan dan mangsa bencana dengan mengambil apa-apa jua langkah bagi menyelamat, melindungi dan mengurangkan kehilangan nyawa serta kerosakan ke atas harta benda penduduk awam.

  𝑼𝒍𝒂𝒓 π‘«π’Šπ’Œπ’†π’”π’‚π’ π‘«π’Š π‘©π’‚π’˜π’‚π’‰ π‘Ήπ’–π’Žπ’‚π’‰, 𝑨𝑷𝑴 𝑩𝒆𝒍𝒖𝒓𝒂𝒏 π‘Ίπ’†π’ˆπ’†π’“π’‚ π‘»π’‚π’π’ˆπ’‚π’π’Š 𝑨𝒅𝒖𝒂𝒏 π‘·π’†π’π’…π’–π’…π’–π’ŒBELURAN, 23 Julai 2026 – Angkatan Pertahanan Awa...
23/07/2026




𝑼𝒍𝒂𝒓 π‘«π’Šπ’Œπ’†π’”π’‚π’ π‘«π’Š π‘©π’‚π’˜π’‚π’‰ π‘Ήπ’–π’Žπ’‚π’‰, 𝑨𝑷𝑴 𝑩𝒆𝒍𝒖𝒓𝒂𝒏 π‘Ίπ’†π’ˆπ’†π’“π’‚ π‘»π’‚π’π’ˆπ’‚π’π’Š 𝑨𝒅𝒖𝒂𝒏 π‘·π’†π’π’…π’–π’…π’–π’Œ

BELURAN, 23 Julai 2026 – Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Beluran telah melaksanakan operasi menangkap ular selepas menerima aduan daripada orang awam berhubung kehadiran seekor ular di ruang bawah sebuah rumah di Kampung Matanggar, Beluran.

Laporan diterima pada jam 1152H pagi selepas penghuni rumah menyedari terdapat seekor ular berhampiran kawasan tandas di bawah rumah. Situasi tersebut menimbulkan kebimbangan terhadap keselamatan penghuni rumah, khususnya ahli keluarga yang menggunakan kawasan berkenaan.

Susulan itu, seramai 5Γ— anggota Skuad Delta telah digerakkan ke lokasi dan tiba pada jam 1205H tengah hari. Pasukan segera menjalankan pemeriksaan serta pencarian sebelum berjaya menangkap ular tersebut dalam keadaan terkawal.

Operasi berjaya diselesaikan sepenuhnya pada jam 1215H tengah hari. Tindakan pantas anggota APM berjaya mengurangkan risiko kepada penghuni rumah serta memastikan kawasan kediaman kembali selamat untuk didiami.

Keseluruhan operasi berjalan lancar sebelum pasukan kembali ke PKOD Beluran pada jam 1216H tengah hari.

APM sentiasa komited dalam memastikan keselamatan nyawa, kesejahteraan keluarga dan ketenteraman komuniti melalui tindakan pantas terhadap setiap aduan kecemasan yang diterima.

β€œπ’π„πƒπˆπ€. 𝐏𝐀𝐍𝐓𝐀𝐒. ππ„π‘πˆππ“π„π†π‘πˆπ“πˆ.”

Ikuti semua saluran media sosial rasmi APM Beluran untuk maklumat terkini dan sahih. Jangan lupa Like, Komen dan Share!

πŸ”Ή Facebook: APM Beluran
πŸ”Ή Instagram:
πŸ”Ή TikTok: APM Beluran

Jabatan Perdana Menteri
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia – APM Negeri Sabah
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia













21/07/2026




𝑨𝑷𝑴 𝑩𝒆𝒍𝒖𝒓𝒂𝒏 π‘»π’‚π’π’ˆπ’‚π’π’Š π‘¨π’π’‹π’Šπ’π’ˆ π‘³π’Šπ’‚π’“ π‘©π’†π’“π’‰π’‚π’Žπ’‘π’Šπ’“π’‚π’ π‘Ίπ’†π’Œπ’π’π’‚π’‰, π‘²π’†π’”π’†π’π’‚π’Žπ’‚π’•π’‚π’ π‘΄π’–π’“π’Šπ’… 𝑻𝒆𝒓𝒖𝒔 π‘«π’Šπ’–π’•π’‚π’Žπ’‚π’Œπ’‚π’

BELURAN, 20 Julai 2026 – Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Beluran telah melaksanakan operasi menangkap haiwan liar selepas menerima aduan berhubung kehadiran beberapa ekor anjing liar yang berkeliaran berhampiran Sekolah Kebangsaan Lidung, Beluran.

Laporan diterima pada jam 10.20 pagi selepas orang awam memaklumkan kehadiran anjing liar di kawasan sekolah yang dikhuatiri boleh mengancam keselamatan murid, warga sekolah serta orang awam yang berada di sekitar lokasi.

Susulan itu, seramai 4 anggota Skuad Charlie telah digerakkan ke lokasi dan tiba pada jam 12.14 tengah hari. Setibanya di lokasi, anggota yang lengkap memakai peralatan perlindungan diri (PPE) terus menjalankan operasi penangkapan haiwan tersebut dengan mengutamakan aspek keselamatan semua pihak.

Operasi berjaya diselesaikan pada jam 2.49 petang, dengan seekor anjing dewasa dan dua ekor anak anjing berjaya ditangkap dalam keadaan terkawal. Tindakan ini diambil bagi mengurangkan risiko terhadap keselamatan murid serta memastikan persekitaran sekolah kembali selamat.

Keseluruhan operasi berjalan lancar sebelum pasukan kembali ke PKOD Beluran pada jam 5.03 petang.

APM sentiasa komited dalam memastikan keselamatan nyawa, kesejahteraan keluarga dan ketenteraman komuniti melalui tindakan pantas terhadap setiap aduan yang diterima, khususnya melibatkan kawasan berisiko seperti institusi pendidikan.

β€œπ’π„πƒπˆπ€. 𝐏𝐀𝐍𝐓𝐀𝐒. ππ„π‘πˆππ“π„π†π‘πˆπ“πˆ.”

Ikuti semua saluran media sosial rasmi APM Beluran untuk maklumat terkini dan sahih. Jangan lupa Like, Komen dan Share!

πŸ”Ή Facebook: Apm Beluran
πŸ”Ή Instagram:
πŸ”Ή TikTok: APM Beluran

Jabatan Perdana Menteri
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia – APM Negeri Sabah
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia













Address

Angkatan Pertahanan Awam Beluran, Rumah Kuartes AB 6&7 (JKR 11189) Jalan Pekan Beluran
Beluran
90107

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Angkatan Pertahanan Awam Malaysia - APM Beluran posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share