Pejabat Perikanan Daerah Batu Pahat

Pejabat Perikanan Daerah Batu Pahat Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Pejabat Perikanan Daerah Batu Pahat, Government Organization, PEJABAT PERIKANAN DAERAH BATU PAHAT, JKR 1444 Jalan Pantai, Batu Pahat.

25/05/2026

PENGUMUMAN CUTI PERISTIWA PADA 25 MEI 2026 (ISNIN) SEMPENA KEJAYAAN KELAB BOLASEPAK JOHOR DARUL TA'ZIM (JDT) MENJUARAI PERLAWANAN AKHIR PIALA MALAYSIA 2025/26

22/05/2026

Pindaan Seksyen 27 telah memperluaskan larangan ke atas penyu untuk merangkumi perbuatan seperti membunuh, mengambil, memiliki, menjual, membeli, mengeksport, mengangkut atau menyimpan, termasuklah sebarang bahagian badan penyu.

Kenaikan Maksimum denda daripada RM5 Ribu kepada RM250 Ribu
Nak tahu apa lagi yang dipinda? Rujuk poster di sebelah untuk ringkasan penuh.







21/05/2026

Tilapia Dagu Hitam (Sarotherodon melanotheron) merupakan spesies ikan invasif yang sangat agresif, cepat membiak dan mampu hidup dalam pelbagai habitat termasuk air tawar, paya bakau serta muara sungai. Kehadirannya boleh mengganggu keseimbangan ekosistem dengan menyaingi spesies ikan tempatan dari segi makanan, habitat dan ruang hidup sehingga menjejaskan biodiversiti serta sumber perikanan negara.

Sebagai masyarakat yang prihatin terhadap kelestarian alam, elakkan pelepasan spesies asing ke perairan umum dan laporkan kehadiran Tilapia Dagu Hitam kepada pihak berkuasa sekiranya dikesan. Bersama kita lindungi ekosistem akuatik dan khazanah perikanan negara untuk generasi akan datang.







20/05/2026
20/05/2026
19/05/2026

HENTIKAN AMALAN MENANGKAP IKAN YANG MEMUSNAHKAN!

Tahukah anda? Menangkap ikan menggunakan bahan letupan, racun, pencemar, arus elektrik, atau alat yang dilarang adalah satu kesalahan yang amat serius.

Kini, hukuman yang jauh lebih berat menanti pesalah! Di bawah pindaan Seksyen 26 Akta Perikanan, pesalah boleh didenda maksimum sehingga RM 250,000, atau dipenjara tidak melebihi 5 tahun, atau kedua-duanya sekali.

Ingat, anda bukan sahaja bersalah jika menggunakannya, malah tindakan membawa, menyimpan peralatan berbahaya ini, atau memiliki ikan yang ditangkap melalui cara haram ini juga merupakan satu kesalahan di sisi undang-undang.

Mari bersama-sama lindungi ekosistem perairan kita daripada kemusnahan!







19/05/2026

𝗖𝗨𝗧𝗜 𝗨𝗠𝗨𝗠 𝟮𝟬𝟮𝟲 | 𝗛𝗔𝗥𝗜 𝗪𝗘𝗦𝗔𝗞 & 𝗛𝗔𝗥𝗜 𝗞𝗘𝗣𝗨𝗧𝗘𝗥𝗔𝗔𝗡 𝗬𝗔𝗡𝗚 𝗗𝗜-𝗣𝗘𝗥𝗧𝗨𝗔𝗡 𝗔𝗚𝗢𝗡𝗚

Dimaklumkan bahawa sambutan Hari Wesak yang jatuh pada 31 Mei 2026 (Ahad) melayakkan pekerja menerima cuti gantian pada 2 Jun 2026 (Selasa), selaras dengan peruntukan semasa yang berkuat kuasa.

Manakala, Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong pada 1 Jun 2026 (Isnin) merupakan cuti umum wajib yang perlu diberikan kepada pekerja dan tidak boleh digantikan, sebagaimana diperuntukkan di bawah Akta Kerja 1955.

Semoga hebahan ini menjadi panduan kepada semua pihak dalam merancang urusan kerja, perjalanan serta komitmen harian dengan lebih tersusun dan efisien.






abubakar

15/05/2026

Jom jadikan ikan akuakultur sebagai pilihan utama di meja makan anda! Ikan akuakultur bukan sahaja segar dan berkualiti, malah kaya dengan nutrien penting seperti protein, Omega-3, vitamin dan mineral yang baik untuk kesihatan seisi keluarga. Pelbagai spesies seperti tilapia, keli, patin, siakap dan udang putih menawarkan rasa yang enak serta boleh dipelbagaikan dalam pelbagai hidangan harian.

Selain memberikan sumber makanan yang selamat dan berkualiti, pemilihan produk akuakultur juga membantu menyokong kelestarian sumber perikanan negara. Produk akuakultur yang diperakui seperti myGAP dipantau dari aspek kebersihan, keselamatan dan kesegaran bagi memastikan pengguna mendapat hasil yang terbaik. Ayuh bersama-sama menyokong industri akuakultur tempatan demi kesihatan, ekonomi dan kelestarian alam sekitar.







𝗦𝗘𝗟𝗔𝗠𝗔𝗧 𝗛𝗔𝗥𝗜 𝗜𝗕𝗨“Kasih ibu membawa ke syurga,pengorbanan ibu tiada nilainya.Terima kasih atas segala kasih sayang, doa d...
10/05/2026

𝗦𝗘𝗟𝗔𝗠𝗔𝗧 𝗛𝗔𝗥𝗜 𝗜𝗕𝗨

“Kasih ibu membawa ke syurga,
pengorbanan ibu tiada nilainya.
Terima kasih atas segala kasih sayang, doa dan pengorbanan yang tidak pernah putus.
Semoga semua ibu sentiasa diberikan kesihatan, kebahagiaan dan keberkatan hidup.”

Ikhlas daripada
𝙒𝙖𝙧𝙜𝙖 𝙆𝙚𝙧𝙟𝙖 𝙋𝙚𝙟𝙖𝙗𝙖𝙩 𝙋𝙚𝙧𝙞𝙠𝙖𝙣𝙖𝙣 𝘿𝙖𝙚𝙧𝙖𝙝 𝘽𝙖𝙩𝙪 𝙋𝙖𝙝𝙖𝙩

𝗜𝗡𝗦𝗧𝗜𝗧𝗨𝗧 𝗣𝗘𝗡𝗬𝗘𝗟𝗜𝗗𝗜𝗞𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗥𝗜𝗞𝗔𝗡𝗔𝗡 𝗕𝗔𝗧𝗨 𝗠𝗔𝗨𝗡𝗚, 𝗣𝗨𝗟𝗔𝗨 𝗣𝗜𝗡𝗔𝗡𝗚 𝗠𝗘𝗡𝗚𝗔𝗗𝗔𝗞𝗔𝗡 𝗟𝗔𝗪𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗧𝗔𝗣𝗔𝗞 𝗕𝗔𝗚𝗜 𝗧𝗨𝗝𝗨𝗔𝗡 𝗞𝗔𝗝𝗜𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗥𝗔𝗡𝗚 𝗞𝗘 𝗗𝗔𝗘𝗥𝗔𝗛 𝗕𝗔...
08/05/2026

𝗜𝗡𝗦𝗧𝗜𝗧𝗨𝗧 𝗣𝗘𝗡𝗬𝗘𝗟𝗜𝗗𝗜𝗞𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗥𝗜𝗞𝗔𝗡𝗔𝗡 𝗕𝗔𝗧𝗨 𝗠𝗔𝗨𝗡𝗚, 𝗣𝗨𝗟𝗔𝗨 𝗣𝗜𝗡𝗔𝗡𝗚 𝗠𝗘𝗡𝗚𝗔𝗗𝗔𝗞𝗔𝗡 𝗟𝗔𝗪𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗧𝗔𝗣𝗔𝗞 𝗕𝗔𝗚𝗜 𝗧𝗨𝗝𝗨𝗔𝗡 𝗞𝗔𝗝𝗜𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗥𝗔𝗡𝗚 𝗞𝗘 𝗗𝗔𝗘𝗥𝗔𝗛 𝗕𝗔𝗧𝗨 𝗣𝗔𝗛𝗔𝗧 𝗦𝗘𝗕𝗔𝗚𝗔𝗜 𝗦𝗘𝗕𝗔𝗛𝗔𝗚𝗜𝗔𝗡 𝗗𝗔𝗥𝗜𝗣𝗔𝗗𝗔 𝗔𝗞𝗧𝗜𝗩𝗜𝗧𝗜 𝗞𝗢𝗟𝗔𝗕𝗢𝗥𝗔𝗦𝗜 𝗣𝗘𝗡𝗬𝗘𝗟𝗜𝗗𝗜𝗞𝗔𝗡 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔 𝗨𝗡𝗜𝗩𝗘𝗥𝗦𝗜𝗧𝗜 𝗠𝗔𝗟𝗔𝗬𝗦𝗜𝗔 𝗧𝗘𝗥𝗘𝗡𝗚𝗚𝗔𝗡𝗨

𝗕𝗮𝗴𝗮𝗻 𝗟𝗮𝘂𝘁, 𝗥𝗲𝗻𝗴𝗶𝘁, 𝗕𝗮𝘁𝘂 𝗣𝗮𝗵𝗮𝘁 | 𝟳 𝗠𝗲𝗶 𝟮𝟬𝟮𝟲 – Institut Penyelidikan Perikanan Batu Maung, Pulau Pinang mengadakan lawatan tapak bagi tujuan kajian kerang bersama bersama Universiti Malaysia Terengganu di kawasan perairan Tapak Lot Bagan Laut, Rengit.

Program tersebut dihadiri oleh Ketua Daerah Perikanan Daerah Batu Pahat (𝗘𝗻. 𝗭𝗮𝗸𝗶 𝗯𝗶𝗻 𝗔𝗹𝗶), Pegawai Pusat Penyelidikan Pentaksiran Impak IPP Batu Maung , Pulau Pinang (𝗘𝗻. 𝗠𝘂𝗵𝗮𝗺𝗺𝗮𝗱 𝗙𝗮𝗿𝗼𝘂𝗸 𝗯𝗶𝗻 𝗛𝗮𝗿𝗺𝗮𝗻), Pegawai IPP Gelang Patah (𝗘𝗻. 𝗔𝗯𝘂 𝗕𝗮𝗸𝗮𝗿 𝗯𝗶𝗻 𝗧𝘂𝗺𝗶𝗻) dan Pensyarah UMT (𝗗𝗿. 𝗠𝗼𝗵𝗮𝗺𝗮𝗱 𝗡𝗼𝗿 𝗔𝘇𝗿𝗮 𝗯𝗶𝗻 𝗠𝗱 𝗔𝗱𝗶𝗯) serta komuniti Nelayan Bagan Laut, Rengit Batu Pahat.

Lawatan ini bertujuan Mengenal Pasti Parameter Persekitaran Utama Yang Mempengaruhi Taburan Habitat Semula Jadi Dan Pertumbuhan Benih Kerang (Tegillarca Granosa) Di Kawasan Semula Jadi Dan Ternakan.

Program ini telah mendapat kerjasama yang baik daripada komuniti setempat dan dilihat sebagai satu usaha murni yang wajar diteruskan pada masa hadapan demi menjamin kelangsungan sumber rezeki nelayan kerang- kerangan di kawasan tersebut.

DOF Malaysia
Zahari Sarip.
Onn Hafiz Ghazi
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan



Address

PEJABAT PERIKANAN DAERAH BATU PAHAT, JKR 1444 Jalan Pantai
Batu Pahat
83000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 12:15
14:45 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Perikanan Daerah Batu Pahat posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share