04/06/2026
KUNJUNGAN HORMAT DELEGASI UTHM KEPADA KSU KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI (KPT)
Alhamdulillah, semalam saya dan pihak pengurusan UTHM telah mengadakan kunjungan hormat ke atas YBhg. Datuk Ts. Dr. Aminuddin Hassim, Ketua Setiausaha (KSU) KPT.
Dalam sesi pertemuan ini, saya telah membentangkan beberapa perkembangan universiti, termasuk status kemajuan dan pelaksanaan projek-projek di UTHM.
YBhg. Datuk KSU turut memberikan beberapa cadangan serta pandangan untuk kemajuan bidang pendidikan terutama dalam bidang TVET.
Turut hadir bersama saya ialah Prof. Ts. Dr. Rabiah Ahmad, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi), Prof. Ts. Dr. Abdul Rasid Abdul Razzaq, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni) dan Haji Naim Maslan, Pendaftar / Ketua Pegawai Operasi.
Semoga pertemuan ini akan membuka lebih banyak peluang kerjasama dan memperkukuhkan agenda pembangunan pendidikan tinggi negara.