Perpustakaan Tunku Tun Aminah

  • Home
  • Perpustakaan Tunku Tun Aminah

Perpustakaan Tunku Tun Aminah Motto: Where wisdom begins

Vision: Aspires to be a dynamic knowledge gateway

โœจ Selamat Menyambut Hari Malaysia โœจPerpaduan adalah nadi kekuatan kita. Mari kita terus pelihara keamanan dan keharmonia...
16/09/2026

โœจ Selamat Menyambut Hari Malaysia โœจ
Perpaduan adalah nadi kekuatan kita. Mari kita terus pelihara keamanan dan keharmonian tanah air tercinta ini.



Tetamu Kehormat Santuni Galeri Interaktif Teknologi Kereta Api Johor & Makerspace@UTHM15 September 2026 | Bersempena Maj...
15/09/2026

Tetamu Kehormat Santuni Galeri Interaktif Teknologi Kereta Api Johor & Makerspace@UTHM

15 September 2026 | Bersempena Majlis Peluncuran Sekolah Angkat UTHM Fasa 3 dan Majlis Penutupan Kembara Merdeka Digital, barisan tetamu kehormat telah meluangkan masa mengunjungi Galeri Interaktif Teknologi Kereta Api Johor dan Makerspace@UTHM di Perpustakaan Tunku Tun Aminah (PTTA).

Kunjungan disertai oleh Encik Zulkurnain, Pengarah Pendidikan Negeri Johor, Dr. Raden Mohd Farhan Helmy, Pengarah Pusat Hubungan Industri dan Masyarakat (ICRC) UTHM serta barisan Guru Besar dari sekitar daerah Batu Pahat, Kluang dan Ayer Hitam. Delegasi telah disambut oleh Puan Siti Afifah Che Ismail, Ketua Pustakawan PTTA bersama barisan staf.

Para tetamu diberi pendedahan mengenai usaha PTTA menggabungkan warisan, teknologi dan pembelajaran interaktif, termasuk penggunaan teknologi dalam memperkayakan pengalaman pengunjung di Galeri Interaktif Teknologi Kereta Api Johor serta penerokaan inovasi di Makerspace@UTHM.

Kunjungan ini turut memperlihatkan potensi PTTA sebagai platform yang menghubungkan universiti, sekolah dan komuniti melalui pembelajaran berasaskan pengalaman, selari dengan aspirasi EduTourism UTHM.

๐Ÿ“–๐Ÿ’™ Di Sini Hikmah Bermula



14 September 2026 | Perpustakaan Tunku Tun Aminah (PTTA), UTHM mengalu-alukan kunjungan daripada MRSM Tun Dr. Ismail, Po...
14/09/2026

14 September 2026 | Perpustakaan Tunku Tun Aminah (PTTA), UTHM mengalu-alukan kunjungan daripada MRSM Tun Dr. Ismail, Pontian seramai 35 orang pelajar.

Para peserta dibawa meneroka ruang, kemudahan serta perkhidmatan yang terdapat di PTTA sebagai sebahagian daripada pendedahan kepada persekitaran pembelajaran dan kehidupan di universiti.

Lawatan dikendalikan oleh pihak PTTA yang diketuai oleh Encik Amizan Masri bersama barisan staf PTTA.

Semoga kunjungan ini memberi pengalaman bermakna, menambah pengetahuan dan menyuntik inspirasi kepada para pelajar untuk terus melangkah ke alam pengajian tinggi. ๐Ÿ“š๐ŸŽ“

Di Sini Hikmah Bermula




9 September 2026 | PTTA mengalu-alukan lawatan Sekolah Maahad Pontian. Terima kasih sudi bertandang.
14/09/2026

9 September 2026 | PTTA mengalu-alukan lawatan Sekolah Maahad Pontian. Terima kasih sudi bertandang.




๐—ฃ๐—ฟ๐—ผ๐—ด๐—ฟ๐—ฎ๐—บ ๐—ฃ๐—ง๐—ง๐—”โ€™๐˜€ ๐——๐—ฎ๐˜† ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐—ž๐—ผ๐—ป๐˜ƒ๐—ผ๐—ถ ๐— ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฑ๐—ฒ๐—ธ๐—ฎ ๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐—ธ๐˜‚๐—ธ๐˜‚๐—ต ๐—ฆ๐—ถ๐—ป๐—ฒ๐—ฟ๐—ด๐—ถ ๐—ช๐—ฎ๐—ฟ๐—ด๐—ฎ ๐—ž๐—ฒ๐—ฟ๐—ท๐—ฎ, ๐—ฅ๐—ฎ๐—ถ๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—ž๐—ฒ๐—ท๐—ฎ๐˜†๐—ฎ๐—ฎ๐—ป ๐Ÿฑ ๐—•๐—ถ๐—ป๐˜๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—š๐—š๐—ฅ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฑ10 September ...
10/09/2026

๐—ฃ๐—ฟ๐—ผ๐—ด๐—ฟ๐—ฎ๐—บ ๐—ฃ๐—ง๐—ง๐—”โ€™๐˜€ ๐——๐—ฎ๐˜† ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐—ž๐—ผ๐—ป๐˜ƒ๐—ผ๐—ถ ๐— ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฑ๐—ฒ๐—ธ๐—ฎ ๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐—ธ๐˜‚๐—ธ๐˜‚๐—ต ๐—ฆ๐—ถ๐—ป๐—ฒ๐—ฟ๐—ด๐—ถ ๐—ช๐—ฎ๐—ฟ๐—ด๐—ฎ ๐—ž๐—ฒ๐—ฟ๐—ท๐—ฎ, ๐—ฅ๐—ฎ๐—ถ๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—ž๐—ฒ๐—ท๐—ฎ๐˜†๐—ฎ๐—ฎ๐—ป ๐Ÿฑ ๐—•๐—ถ๐—ป๐˜๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—š๐—š๐—ฅ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฑ

10 September 2026 | Bagi menghargai komitmen cemerlang warga kerjanya, Perpustakaan Tunku Tun Aminah (PTTA), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah berjaya menganjurkan Program PTTAโ€™s Day 2026 bertempat di Ruqayyah Beach Resort, di sini, hari ini.

Program yang dianjurkan melalui insentif kemenangan bersempena dengan pencapaian penarafan 5 Bintang Anugerah Good Governance Rating (GGR) 2025 ini telah menghimpunkan staf PTTA daripada pelbagai fungsi dan semua bahagian.

Menurut En. Suhaimi bin Mohd Sukor, Pengarah Program, inisiatif ini dirangka khas sebagai 'give back' pihak pengurusan bagi menyegarkan minda staf, memelihara kesejahteraan emosi sebagai langkah proaktif mengelakkan โ€œburnout serta memupuk rasa kekitaan terhadap organisasi. "Program ini dilaksanakan untuk memperkukuh sinergi kerja berpasukan, memupuk rasa kekitaan, menyegarkan minda serta menghargai komitmen warga kerja demi menyelaraskan hala tuju jabatan untuk mengekalkan kecemerlangan pada masa hadapan," jelas beliau.

Terdahulu, program ini telah membuka tirainya pada 9 September lalu menerusi acara Konvoi Merdeka PTTA yang bermula di pekarangan Perpustakaan Permata Hikmah, Kampus Induk UTHM. Sesi pelepasan konvoi berkenaan telah disempurnakan oleh Ketua Pustakawan, Pn. Siti Afifah binti Che Ismail. Pergerakan konvoi ini bukan sahaja menzahirkan semangat patriotisme bersempena dengan Bulan Kebangsaan, malah menjadi simbolik kesatuan seluruh warga kerja PTTA bergerak seiringan menuju ke arah matlamat kecemerlangan yang sama.

Sepanjang berada di resort berkonsepkan tema hijau tersebut, para peserta telah diuji dengan pelbagai pengisian modul dinamika kumpulan. Melalui aktiviti-aktiviti ini, peserta berpeluang memecahkan jurang budaya kerja secara 'silo' menerusi jaringan komunikasi dan toleransi yang akrab merentas unit.
Kemuncak program ini diakhiri dengan ucapan penutup oleh Ketua Pustakawan yang menzahirkan harapan agar semua staf perpustakaan dapat melangkah seiringan dalam menyelaraskan hala tuju PTTA menerusi pembentukan pasukan kerja yang dinamik dan berprestasi tinggi, yang bakal menjadi nadi pemacu kecemerlangan jabatan.

Secara keseluruhannya, penganjuran Program PTTA's Day 2026 ini dilihat mampu menjadi pemangkin semangat warga kerja PTTA untuk terus memberikan perkhidmatan terbaik, sekali gus memastikan standard perkhidmatan 5 Bintang dapat dikekalkan, malah bersedia melangkah ke tahap 6 Bintang pada masa akan datang.



 MAKLUMAN PENUTUPAN PERPUSTAKAANDimaklumkan bahawa Perpustakaan Tunku Tun Aminah akan ditutup pada:๐Ÿ—“๏ธ 16 September 2026 ...
10/09/2026


MAKLUMAN PENUTUPAN PERPUSTAKAAN

Dimaklumkan bahawa Perpustakaan Tunku Tun Aminah akan ditutup pada:

๐Ÿ—“๏ธ 16 September 2026 (Rabu)
sempena Hari Malaysia

๐Ÿ“š Perpustakaan akan beroperasi semula pada:
๐Ÿ“… 17 September 2026 (Khamis)

โœ… Bilik 24 Jam masih beroperasi seperti biasa.
โœ… Sumber maklumat dalam talian juga boleh diakses sepanjang tempoh penutupan.

Segala kesulitan amat dikesali.
Terima kasih.



Perpustakaan Tunku Tun Aminah (PTTA) berasa amat berbesar hati menerima kunjungan delegasi khas sempena Bengkel Libat Ur...
09/09/2026

Perpustakaan Tunku Tun Aminah (PTTA) berasa amat berbesar hati menerima kunjungan delegasi khas sempena Bengkel Libat Urus Industri Edutourism anjuran Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) yang berlangsung selama 3 hari bermula 8 hingga 10 September 2026.

Satu penghormatan besar buat PTTA apabila menerima kehadiran wakil-wakil utama industri pelancongan negeri Johor yang dibarisi oleh
- Encik Awang Syawal bin Awang Sulaiman (Timbalan Pengarah Tourism Malaysia Wilayah Selatan),
- Puan Nurul Aisyah Abd Razak (Pegawai Pelancongan TMWS),
- Puan Marita binti A. Rahman (Ketua Unit Pembangunan Industri MOTAC Johor),
- Encik Mohd Hatta bin Md Zin (Pegawai Pelancongan Tourism Johor),
- Puan Nurul Hazimah binti Mas'om (Tour Consultant Psholidays),
- Encik Mohd Effendy bin Yusof @ Blerong Anak Usop (Geoguide JCNTGA), dan
- Puan Veliyemah a/p Loganathan (Astute Explore Academy).

Sesi lawatan ini turut diiringi oleh Prof. Ts. Dr. Aeslina binti Abdul Kadir (Pengarah Pejabat Kampus Lestari UTHM), Prof. Madya Ir. Dr. Mohd Adib bin Mohammad Razi (Ketua Unit Ekohidrologi dan Edu-Pelancongan, Pejabat Kampus Lestari UTHM), Pn. Aryanti binti Ahmad (Penyelaras EduTrail PTTA) serta dibantu oleh Jawatankuasa EduTrail PTTA.

Sepanjang sesi ini, para delegasi merasai sendiri pengalaman keunikan EduTrail@PTTA yang diketuai oleh Pn. Aryanti. Perkongsian maklum balas, pandangan, dan saranan penambahbaikan yang diberikan amat bernilai bagi memantapkan lagi kualiti penawaran pakej Edutourism ini agar sedia dikomersialkan ke peringkat yang lebih tinggi!

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua agensi dan rakan strategik yang terlibat. Semoga jalinan kerjasama ini terus mengukuhkan potensi UTHM dan Johor sebagai destinasi utama pelancongan pendidikan.



Setinggi-tinggi tahniah kepada Profesor Ts. Dr. Abdul Rasid Abdul Razzaq atas pelantikan semula sebagai Timbalan Naib Ca...
09/09/2026

Setinggi-tinggi tahniah kepada Profesor Ts. Dr. Abdul Rasid Abdul Razzaq atas pelantikan semula sebagai Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UTHM, berkuat kuasa mulai 15 September 2026 sehingga 14 September 2028.
Semoga Prof. Rasid terus diberikan kekuatan, kebijaksanaan dan ilham dalam menggalas amanah ini, seterusnya bersama-sama memperkasa ekosistem mahasiswa dan alumni serta menyumbang kepada kecemerlangan UTHM.



SEKITAR PROGRAM EKSPLORASI MINDA, AKHLAK, SAHSIAH DAN KERJAYA (E-MASK)BATU PAHAT, 3 September 2026 โ€“ Perpustakaan Tunku ...
04/09/2026

SEKITAR PROGRAM EKSPLORASI MINDA, AKHLAK, SAHSIAH DAN KERJAYA (E-MASK)

BATU PAHAT, 3 September 2026 โ€“ Perpustakaan Tunku Tun Aminah (PTTA), UTHM dengan kerjasama Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta'zim (YPKDT) Daerah Batu Pahat telah menganjurkan Program Eksplorasi Minda, Akhlak, Sahsiah dan Kerjaya (E-MASK) yang menghimpunkan seramai 81 orang peserta remaja.

Program dimulakan dengan aktiviti UTHM Indoor Trail @ PTTA, yang membawa para peserta meneroka pelbagai ruang, kemudahan dan tarikan pembelajaran di perpustakaan dalam suasana yang interaktif dan menyeronokkan.

Pada sebelah petang, peserta mengikuti Slot Merdeka @ Perpustakaan Permata yang dikendalikan oleh Puan Khairunnisa dan En Ahmad Faisal, sementara sesi Transisi Akademik bersama Dr. Zahrul Akmal Damin, Dekan Pusat Pengajian Umum dan Kokurikulum (PPUK), UTHM. Sesi tersebut memberi pendedahan mengenai perjalanan pendidikan selepas SPM serta persediaan menuju alam pengajian tinggi.

Program diakhiri dengan majlis penutup di Hotel Pintar, yang turut dihadiri YB Rashidah. Dalam majlis tersebut, peserta yang bakal melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi turut diraikan sebagai tanda penghargaan dan dorongan dalam memulakan fasa baharu perjalanan akademik mereka. ๐ŸŽ“โœจ

Setinggi-tinggi penghargaan kepada YPKDT Daerah Batu Pahat, para penceramah, fasilitator serta seluruh jawatankuasa PTTA yang terlibat bersama-sama menjayakan program ini. ๐Ÿ’™




๐Ÿ“ข NOMBOR BAHARU, PERKHIDMATAN LEBIH MUDAH! ๐Ÿ’šAda pertanyaan? Perlukan bantuan? Nak berhubung dengan Perpustakaan Tunku Tu...
02/09/2026

๐Ÿ“ข NOMBOR BAHARU, PERKHIDMATAN LEBIH MUDAH! ๐Ÿ’š

Ada pertanyaan? Perlukan bantuan? Nak berhubung dengan Perpustakaan Tunku Tun Aminah (PTTA), UTHM?

๐Ÿ’ฌ WhatsApp kami di nombor baharu:

๐Ÿฌ๐Ÿณ-๐Ÿต๐Ÿฑ๐Ÿฌ ๐Ÿต๐Ÿด๐Ÿฑ๐Ÿฐ

๐Ÿ“Œ Bermula ๐Ÿญ ๐—ฆ๐—ฒ๐—ฝ๐˜๐—ฒ๐—บ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ (๐—ฆ๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐˜€๐—ฎ)
Simpan nombor baharu ini dan hubungi kami dengan lebih mudah, pantas & mesra!

PTTA sentiasa dekat dengan anda. ๐Ÿ“š๐Ÿ’š
Klik, WhatsApp, kami bantu!





Address


Opening Hours

Monday 08:00 - 22:00
Tuesday 08:00 - 22:00
Wednesday 08:00 - 22:00
Thursday 08:00 - 22:00
Friday 08:00 - 22:00

Telephone

+6074533319

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Perpustakaan Tunku Tun Aminah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Perpustakaan Tunku Tun Aminah:

Shortcuts

  • Want your organization to be the top-listed Government Service?

Share