05/06/2026
|Mesyuarat Penyelarasan Kempen Kesedaran Keselamatan Tahun 2026|
Pejabat Polis Bantuan & Keselamatan UTHM telah mengadakan Mesyuarat Penyelarasan Kempen Kesedaran Keselamatan Tahun 2026 pada 4 Jun 2026 (Khamis), jam 9.00 pagi bertempat di Bilik Mesyuarat Aras 2, Blok A4.
Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh YDH SUPT/PB Muhammad Khair bin Mahmood Dean dan turut dihadiri oleh wakil Transform UTHM, wakil Pejabat OSHE UTHM, serta jabatan-jabatan berkaitan.
Agenda utama mesyuarat:
-Menyusun gerak kerja program yang lebih sistematik dan berkesan.
-Perancangan pelaksanaan program dengan penekanan kepada capaian menyeluruh warga kampus.
-Aspek tambahan termasuk sokongan logistik, komunikasi, serta pemantauan berterusan.
Mesyuarat berjalan dengan lancar dalam suasana teratur dan penuh kerjasama. Semua keputusan serta cadangan telah direkodkan untuk tindakan lanjut oleh pihak berkaitan.